IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Singapura Tuntut Pulau Pisang..????

>> Friday, March 11, 2011


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Dalam BHarian 10/03/2011 - Warga asing ceroboh Pulau Pisang, saya berkesempatan membaca berita pencerobohan dan kecurian pokok karas (gaharu) oleh warga asing di Pulau Pisang. Berita penuh:

PONTIAN: Pulau Pisang yang berkeluasan 400 hektar dikesan menjadi tumpuan pencerobohan warga asing untuk menebang pokok karas yang tumbuh meliar di situ, semata-mata mendapatkan gaharu yang dihasilkan tumbuhan itu kerana mempunyai nilai pasaran tinggi sehingga mencecah RM20,000 sekilogram.

Pencerobohan itu disedari penduduk dan nelayan tempatan baru-baru ini dan tinjauan Berita Harian semalam mendapati lebih 10 pokok karas ditebang serta diambil gaharu tumbuhan itu, manakala sisa pokok itu ditinggalkan menyebabkan kerosakan spesies flora dan fauna yang ada di pulau terbabit. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata siasatan mendapati kumpulan lelaki terbabit memasuki kawasan negara ini secara haram.

Awal bulan lalu, polis menahan sekumpulan warga asing berusia 29 hingga 47 tahun ketika cuba mencuri hasil pokok terbabit di Pulau Pisang, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. Nelayan, Kamal Othman, 39, berkata, tindakan sesetengah pihak menceroboh pulau itu bagi mencuri hasil tumbuhan sesuatu yang merugikan dan perlu dihentikan segera.

“Kesannya akan dilihat dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku kepupusan pokok dan hidupan liar.  Pokok karas yang ditebang itu juga boleh menyebabkan hakisan permukaan tanah ketika hujan. Ini secara tidak langsung memusnahkan seluruh ekosistem pulau ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A Karim berkata, Pulau Pisang tanah milik kerajaan negeri menyebabkan segala khazanah di pulau itu tidak boleh diceroboh. Mohamed mengakui pulau terbabit belum dibangunkan walaupun sudah menerima kunjungan pelancong tempatan dan asing yang mahu berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ketika ini ada penduduk tempatan yang mengusahakan kelong di perairan pulau ini serta menanam pokok buah-buahan di pulau terbabit terutama termasuk mangga dan kuini.

Di manakah terletaknya Pulau Pisang?


Sedikit masa dulu, pulau ini pernah disiarkan dalam Majalah 3 di TV3. Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, di mana penduduk asalnya telah berpindah ketanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, ia terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura.

Menurut sumber blog.limkitsiang.com, anggota TLDM pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut?


Adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya?

Menurut salah seorang anggota TLDM itu, selama penugasannya di pulau itu, anggota TLDM tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki ke dalam rumah api. Maka sepanjang tugasan mereka di sana, mereka hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk secara bebas ke pulau tersebut.

Sedikit masa dulu, kemenangan Malaysia ke atas kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah atas dasar pembangunan dan kawal selia Malaysia di pulau tersebut, begitu juga kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura juga atas alasan yang sama.

Tidakkah kerajaan Malaysia berasa risau dengan kedudukan Pulau Pisang yang mungkin akan dituntut haknya oleh Singapura pada masa akan datang? 


Jika tidak dituntutnya sekarang, siapa tahu 50 tahun akan datang mereka akan menuntut hak ke atas pulau itu?

Tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pun dilakukan setelah puluhan tahun ia mengawal selia pulau tersebut. Ada atau tidak perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang jelas menyatakan bahawa kehadiran Singapura di Pulau Pisang hanya mengawal selia rumah api sahaja?

Apa perlunya mereka mengawal selia rumah api di atas tanah yang bukan milik negara itu?


Jika mereka dilantik untuk mengawal selia rumah api berkenaan semasa Tanah Melayu di bawah jajahan Inggeris, apa perlunya kita terus benarkan mereka berada di dalam kawasan kita setelah merdeka?

Tidak adakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini?


Tidakkah ada yang terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini.

Mahukah kita melihat sebuah lagi pulau terlepas ke tangan orang lain?


Harap-harap tidak ada kejadian pisang berbuah dua kali. Kita pernah kehilangan menggadaikan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita, perlukah kita melihat sejarah berulang kembali?

Fikir-fikirkan!

Sumber rujukan: blog.limkitsiang.com dan BHarian 10/03/2011.

6 IkutSukaLu...::

pakwe Saturday, March 12, 2011 12:05:00 AM  

ingatkan kampung pisang..

alaaaaaa..masuk icj pun kemungkinan kalah..sbb dok pi hantar win2 rais yatim...

jngn nnti singapura pajak bendera kat situ plak...

bodohnye malaysia ni..adalah slow...pulau kosong nk claim tk reti2 nk pajak apa2..tengok mcm pedra brankak...dah ada menara api..cpat pajak pengkalan..maunye tk menang kes..harharhar..

Jiwa Kacau Sunday, March 13, 2011 2:11:00 AM  

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat tolong tanya PM atau mana-mana menteri, Pulau Pisang tu siapa yang punya. Tengok apa depa nak jawab.

Jiwa Kacau Sunday, March 13, 2011 2:14:00 AM  

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat tolong tanya PM atau mana-mana menteri, pulau pisang siapa yang punya.

merempat di tanahair sendiri,  Sunday, March 13, 2011 8:34:00 AM  

Segala agensi penguatkuasaan malaysia ni hanya mampu ambil tindakan pada rakyat sendiri sahaja sama la macam pemimpin kita yang dok perabih duit rakyat sendiri lepas tu rakyat sokong la bermati-matian perompak2 dibacking oleh juak2 malaun ni.... malaysia kan negara maju mana ada rakyat negara maju dalam dunia yang tak jadi gelandangan

Anonymous,  Sunday, March 13, 2011 9:08:00 AM  

Tuntutlah.
Nanti gempa bumi kat Sumatera, pulau tu pun tenggelam dek tsunami.
Padan muka.

Anonymous,  Sunday, March 13, 2011 11:08:00 AM  

SINGAPURA KALAU TUNTUT P.PISANG ... DAH MELAMPAU.. ISTIHAR PERANG EJE

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP