IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Robekngah Kena Robek Lagi...!!!! Oooolalaaaa...

>> Monday, March 14, 2011

Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran :dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Baca surat peringatan daripada Penyelaras SAMM berhubung NO REPORT: SEREMBAN/000357/11.


Norazizi A.Aziz
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia
No. 19, Jalan D'Elise 1,
Taman Bandar Senawang
70450 Seremban

Tarikh : 7 Mac 2011

Kepada

Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid
Ibu Pejabat Polis Daerah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Saudara ;

MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH ,
(NO REPORT: SEREMBAN/000357/11)

Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor 000357/11

Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran: dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas.

Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut.

Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang.

Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata.

Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami.

Sekian dan terima kasih.

Norazizi A. Aziz
Penyelaras SAMM
012-3696474

Sumber di atas gua rembat dari sini.

p/s: Betul jugak ekkk... sebelum ini Polis ada berkata dalam apa2 kes atau aduan sekalipun "Jika tak buat laporan polis, macamana Polis nak siasat, so.. kenalah buat laporan polis barulah siasatan boleh di jalankan"  

Tapi sekarang ini... dalam kes Robekngah di Robek nih...laporan Polis telah pun di buat tapi masih tak  ada siasatan jugak... yang mana satu betul nih...????

Apaaaaaa... adakah setiap laporan/siasatan polis pun ada double standard jugak kot.... kena kat ikan bilis... laju jer.... hahaha... kena kat ikan jerung... polis ca alif but dulu....... takuttttt... wa cakap lu.... nanti kalau jerung ngap.... kempunan nak dapat paku.... kih...kih...kih.....

4 IkutSukaLu...::

Waris,  Monday, March 14, 2011 8:30:00 PM  

Kenapa masih ada rakyat yg percaya pada pdrm?

Anonymous,  Monday, March 14, 2011 9:05:00 PM  

Puak2 pengampu UMNO laknatullah tak akan rasa bersalah bersalah bro!...

Lee Copper Monday, March 14, 2011 9:50:00 PM  

Tak pa lah, la ni polis ambek repot saja tapi depa tak seasat. Besa lah depa dengaq arahan daghi BN. Sabaq sat tak tinggai banyak Jumaat lagi BN angkat bungkuih. Masa tu semua repot baghu depa mula seasat. Lagu tu kalu anak yatim makan roti tawaq cicah teh o ceroi dalam lokap. Baghu dia tau langit tinggi rendah.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP