IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Renungan Malam Jumaat

>> Thursday, March 17, 2011

Untuk renungan bersama (terutamanya diri gua ini), bahawasanya untuk mendapat redha Allah s.w.t. bukanlah suatu perkara yang mudah dan remeh.

Imam Al-Ghazali pernah meriwayatkan bahawa ada seseorang telah bertemu dalam mimpinya dengan Yahya ibn Aksam, seorang alim yang merupakan guru kepada Imam Al-Bukhori. Dalam pertemuan itu, Yahya ibn Aksam ditanyanya;

"Apakah yang Allah t.a. lakukan terhadapmu?"
Lalu Yahya ibn Aksam menjawab, "Ketika aku berada di hadapan Hadrat Yang Maha Suci, lalu Allah s.w.t. memanggilku...,
"Wahai ulama yang jahat, kamu buat itu dan ini, kesemuanya adalah perbuatan jahat."
Jawab Yahya ibn Aksam, "Bahwasanya aku mendengar satu Hadith daripada Zuhri, dan Zuhri mendengarnya daripada 'Ammar dan 'Ammar mendengarnya daripada 'Urwah dan 'Urwah mendengarnya daripada 'Aisyah dan 'Aisyah mendengarnya daripada Nabi s.a.w. dan Nabi s.a.w. mendengarnya daripada Jibril a.s. dan Jibril a.s. mendengarnya dari Allah s.w.t.

Hadith tersebut berbunyi, "Sesungguhnya Aku (Allah) merasa malu hendak menyiksa seorang yang sejak mudanya sehingga ke hari tuanya dalam keadaan taat dengan Islam. "Maka apabila aku bacakan Hadith tersebut, aku pun mematuhi apa yang Engkau kehendaki, aku tidak pernah syirik kepadaMu. Tetapi aku terkejut bila aku berhadapan denganMu wahai Tuhan, kerana dalam keadaan itu aku masih lagi tergolong dalam golongan ulama yang jahat.

Maka jawab Allah s.w.t., "Benarlah engkau wahai Yahya dan benarlah Zuhri, 'Ammar, 'Urwah, 'Aisyah, Nabi Muhammad dan juga Jibril. Oleh itu aku ampunkan segala dosa engkau." Setelah itu barulah tenang hati Yahya ibn Aksam.


Buat pengetahuan lu orang semua.., Yahya ibn Aksam bukanlah calang-calang orang. Beliau seorang alim yang terkenal yang telah berjaya mendidik seorang murid agung seperti Imam Al-Bukhori, tapi ketika berhadapan dengan Hadrat Ilahi, dia diseru sebagai ulama yang jahat.

Maka cuba bayangkan nasib kita (terutamanya diri gua sendiri, lu orang gua tak tau laaaa.... hahaha) yang hidup bercampur-baur antara taat dan maksiat, dosa dan pahala, baik dan jahat.... bayangkanlah.... Allahu...Allah...Allahuakbar.....

p/s: Jangan ikut perangai macam gua... gua memang jahat beb.... astaghfirullahalazim....

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, March 17, 2011 11:07:00 PM  

Cerita ini tidak munasabah dan kesahihannya dipersoal. Bukan saja isi ceritanya tidak munasabah tetapi puncanya pun meragukan. Cerita mimpi yang selain dari apa yg tertera dalam al-Quran jangan lah dibuat pedoman, terutama sekali jika ianya menyentuh hal-hal akidah.

Marking Bagpie

Anonymous,  Friday, March 18, 2011 12:01:00 AM  

aku pun renung juga malam jumaat..renung benda lain! kuangkuangkuang..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP