IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Penyakit Ginjal, Ramai Melayu Mati...???

>> Friday, March 25, 2011


Malam tadi bertempat di rumah Mufti Besar Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid, gua dan pramugari sempat bersembang bual dengan beliau dan isterinya Datin Norsiah. Banyak perkara yang di bualkan berkaitan agama dan peranan MAIS kepada rakyat/umat Islam negeri Selangor.

Apa yang menarik perhatian gua berkaitan masalah bantuan kepada golongan asnaf Selangor. Dalam banyak2 bantuan terhadap golongan miskin ini, gua tertarik dengan bantuan peruntukkan kewangan kepada pesakit buah pinggang yang memerlukan prosedur mencuci buah pinggang (hemodialisis) setiap minggu.

Seperti yang kita ketahui untuk menjalani prosedur hemodialisis memerlukan wang yang banyak, melalui bantuan daripada MAIS di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang memperuntukkan sebanyak hampir RM30 juta setahun kepada pesakit miskin untuk menjalani rawatan ini, di mana peruntukkan yang di anggarkan sebanyak RM2 juta lebih sebulan. Dan angka ini semakin meningkat setiap tahun.

Bagi gua di sini..., bukanlah isu peruntukkan daripada MAIS atau LZS yang hendak dipersoalkan. Daripada apa yang diberitahu semalam..., mengikut laporan hospital, statistik pesakit buah pinggang dalam negeri Selangor mengikut kaum..., bangsa Melayu masih lagi menjadi juara... kah... kah... kah... kenapa ekkk...???

Dan perkara itulah yang menjadi persoalan kepada gua..., apakah orang2 melayu ini tidak pandai menjaga kesihatan..., apakah orang melayu ini jenis tak tau berpantang... maksud gua pantang jumpa makanan.. semuanya bedal tak kira siang malam... (ada persamaan spesis gua jugak nih... ngeeee..., tapi gua dah lama insaf beb... sejak sakit tahun lepas makan minum gua dah kena kontrol oleh pramugari...).. atau ada sebab2 lain mengapa orang melayu yang ramai kena penyakit buah pinggang nih...???

Nampak perkara ini macam isu remeh tetapi... jika mengikut stastistik hospital ramai orang melayu yang mati akibat penyakit ginjal, kerana tidak mampu menanggung kos perubatannya... mana taknya seminggu 3 kali hemodialisis hampir RM520... sebulan dah berapa...??? yang dapat pencen RM3 ribu sebulan pun kantoi beb.... so... jawapannya.... innalillah.... jelah...



Tujuan gua bangkitkan perkara ini kerana gua terkenangkan kepada seorang member gua yang telah meninggal dunia pada penghujung tahun lepas akibat tiada kewangan untuk meneruskan perubatan hemodialisis nih... EPF, Socso semuanya ada had bantuannya (jika tak silap gua, mengikut penjelasan isterinya dulu), bantuan dari Baitulmal slow dan banyak songgeh... akhirnya beliau mati keras di rumah sorang2..., tidak pula beliau mahupun ahli keluarganya yang tahu berkaitan bantuan dari MAIS ini. Gua sendiri pun tak tahu beb sehinggalah malam tadi baru gua tahu...

Jadi kepada rakyat Selangor khususnya, yang memerlukan bantuan perubatan bolehlah berikhtiar dengan mendapatkan atau memohon dengan MAIS/LZS (klik link), insyallah... mungkin lu orang sempat atau dapat menyelamatkan insan yang tersayang....

Gua nak taip panjang lebar... nanti nampak macam nak promote pulak kan... soal promosi nih pihak MAIS dan LZS punya tanggungjawab lah... hahaha... apa kena mengena dengan gua pulak kan... kah..kah...kah... so cukup setakat ini jelah....

Sekadar berkongsi maklumat apa yang gua tau sahaja di sini.... selebihnya pandai2 lu orang lah...., janganlah pulak ada yang mengada-ngada hantar email kat gua bertanya pasal bantuan itu ini daripada MAIS/LZS... gua sekeh kepala lu orang baru tau...., klik link kat atas tu..., gua bukannya kaunter pertanyaan beb... hahaha...

Penyelesaiannya di sini, jagalah buah pinggang lu orang elok-elok..., salah satu petua yang perlu di amalkan ikut cara gua... minum air daun parsley dan daun ketumbar (beli 2 jenis daun tu..., rebus dan minum..., amalkan seminggu 3 kali... atau hari2 pun boleh... insyallah.. buah pinggang kuat dan mantop... hehehe... ustaz gua pasti senyum baca n3 nih....)

wallahuaklam...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP