IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Malu Pada Kaum Hawa..!!!!

>> Saturday, March 05, 2011

Gambar hiasan

Tengahari semalam aku keluar untuk makan tengahari bersama seorang sahabat perempuan yang telah kuanggap bagikan adik sendiri. Kami ke kedai makan yang agak terkenal, yang biasanya aku kunjungi bersama suami. Namun, tak pernah sekali pun aku dan suami berkunjung ke situ di tengahari Jumaat.

Tempat makan itu hanya sepelaung jaraknya dari sebuah masjid terkemuka dan tidak begitu jauh dari sebuah lagi masjid yang jadi tumpuan. Apa yang membuatkan aku merasa sedih dan bagai tidak tertelan makanan yang kusuap ke mulut ialah bila tibanya waktu Solat Jumaat, ramai juga kaum Adam yang sebangsa denganku (pastinya di kad pengenalan tertulis Islam sebagai agama mereka) yang sedang keuzuran.

Mungkinkah mereka semua musafir? Bersembang dan berbincang di meja makan tanpa menghiraukan azan dan khutbah yang jelas kedengaran. Ada juga yang baru tiba bersama pasangan, duduk dan makan dengan selamba.

Lebih membuatkan hatiku terasa, bila tuan kedai itu sendiri langsung tidak peduli. Hanya sibuk mengutip bayaran dan memberi arahan kepada pekerja supaya melayan pelanggan. Kemudian, dengan santainya beliau duduk bersembang dengan seseorang (lelaki juga) sambil menghisap rokok.

Apakah agaknya aku juga dikira bersubahat kerana datang makan di waktu itu hinggakan tuan kedai tidak sempat hendak menunaikan kewajipan solatnya...???

Mungkin selepas ini, aku akan berfikir berkali-kali untuk datang makan ke situ lagi.

Nukilan - Kakcik Seroja.  (gua main rembat jer... n3 tu.. tanpa pengetahuan tuan punya... hehehe...)

p/s: Islam Surat Beranak biasalah macam tu.... berlambak kat Malaysia nih... tapi kalau tuduh/cop diorang kapiaq... mau melenting dan berpencak sakan... mati2 diorang mengaku beragama Islam beb...

(Rock... Rock jugak beb... Brutal tuuu... brutal jugak.... Solat jangan tinggal...!!!! Sebab... ALLAH lagi MAHARock dan MAHABrutal... wa cakap luuu.... hehehe...

5 IkutSukaLu...::

Hashim,  Saturday, March 05, 2011 2:50:00 PM  

Salam Reformasi Wak

Ni mesti kedai Melayu.....kalau kedai Mamak, depa tutup sat masa pi solat Jumaat...tu pasal wa suka pi kedai mamak bukan pasal makanan..pasal depa lebih cerdik dari Melayu.

Wa cukup hangin bila wak penaya kedai mamak tu hari....wa cari wak kat Pekan Meru nasib baik tak jumpa, wa betui betui hangin tu hari..

Yang ni wa setuju....dunia nak terbalik ke.....solat tu wajip.....bagi lelaki wajibkan diri solat fardhu berjemaah..Nabi saw tidak pernah solat fardhu bersendirian............masa maulid sibuk berbuih mulut suruh ikut cara nabi...lepas maulid surau masjid tetap sunyi...

Isa Saturday, March 05, 2011 3:03:00 PM  

Hashim;

Lu sudah salah paham... Restoran Mamak dgn Melayu kalau bab Jumaat 2 x 5 jer...

Ada yang patuh dan ada yang celakesss... bukan semuanya. Apasal lu cari gua di Pekan Meru.. gua takda kat situ.. kalau nak cari gua pi Pekan New York.. boleh jumpa.. hahaha...

kakcik Saturday, March 05, 2011 3:04:00 PM  

Assalamu'alaikum Isa...

kakcik tak kisah kalau nak rembat atau nak sebat. Mana yang boleh kita kongsi, kita kongsikan bersama. Semoga dapat membuka mata dan hati andai ada yang sudi membaca. :)

streetsblogger Saturday, March 05, 2011 3:22:00 PM  

mungkin tokey kedai tu amalkan hukum...minggu lepas dah pi dah,minggu ni tak pi pun tak pa kot??

Anonymous,  Saturday, March 05, 2011 11:55:00 PM  

kedai mamak la ni.pekerja pun import dari india dan akan di klonkan menjadi mamak.paham paham je la

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP