IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kepada Peminat Mat Saman Kati (MSK)

>> Saturday, March 26, 2011

Semenjak Ureka Asia di tamatkan, tiada perkhabaran berkaitan Blogger Mat Saman Kati (MSK). Kemana menghilang... hidup kaaa... mati kaaa... sapa pun tak tau...

Ramai juga yang berSMS dan bertanya dengan gua pasal MSK, pergghhh... macam laaa... gua tinggal serumah tidoq sebantal dengan MSK. Gua sendiri pun lost contact dengan MSK, nombor telefon dia semua out.. apa dah jadi gua pun tak tau.

Gua pun ada hal jugak dengan dia pasal projek yang di rancang untuk launch pada 1hb April 2011 (klik sini), walau ada yang komen kat situ kononnya AprilFool... hahaha... suka hati lu orang jer....

Walau apa pun petang semalam gua dapat maklumat yang Bro MSK ada di suatu tempat kononnya sedang bertapa... rupanya apabila gua sampai kat tempat yang di maksudkan, adussss... sedih wa cakap luuuu..., MSK hulurkan gulungan kertas sambil bagitau kat gua "hang posting"... lepas tu dia terus hilang belakang pintu kaca tuuu... that's it.... what the heaven...???

So.. gua posting jelah apa yang dia bagi kat gua..., baca kat bawah tuuu...;

Malam tu, demam aku bertambah kuat. Air penawar Bomoh Wahab tak cukup kaw. Bini aku nak panggil bomoh yang lebih terror… tapi aku cakap tak payah. Dia beria-ia nak panggil Ustaz Ripin, anak murid Haron Din, tapi aku kata jangan...

Aku rasa…ada sesuatu hikmah dari seksa ini. Nabi Muhammad dulu pun demam bila Jibrail suruh baca Iqra’. Mungkin malaikat nak datang bagi wahyu kat aku… supaya aku jadi penghulu kepada binatang.

Tengah malam, aku tak boleh tahan. Telan dua biji Paracetamol 650… aku lena sampai pagi.

Bila aku bangun, pemandangan aku dah lain macam. Semuanya kelabu. Aku tak dapat membezakan diantara merah dengan biru. Aku tak dapat membezakan diantara hijau dengan merah. Semuanya hampir sama. Yang ada hanyalah bayangan kelabu. (Shades of grey).

Ada yang lebih gelap dan ada yang lebih terang. Dari pemandangan yang berwarna-warni…aku hanya dapat melihat dalam monochrome. Colour blind!!

Bini aku semakin risau. Dia panggil Bomoh Wahab datang kerumah.

Bomoh Wahab pasang perasap dan bakar kemian. Habis seluruh badan dan pakaian aku berbau kemian. Tapi aku masih tak berubah. Bomoh Wahab memulakan jampi menteranya dan tiba-tiba aku nampak seorang wanita macam Amy Winehouse masuk kerumah. Celak hitam, rambut kusut masai.

Apa yang aku nampak.. seolah-olah Bomoh Wahab menyuruh Amy Winehouse mengorat aku. Pirrraaahh!! Tak stim langsung.

Amy bukak baju… tapi badan penuh tatoo. Haakk–ptuih!. Mak Nyah Taman Tasek Taiping lagi menawan. Amy cuba memeluk aku, tapi nasib baik aku selalu tengok wrestling. Aku gunakan Stone Cold’s Stunner. Lepas tu, aku bagi satu penerajang macam Superfly Amy hilang... yang tergolek ialah Bomoh Wahab.

Bomoh Wahab tewas.

Jiran-jiran mula datang kerumah aku. Member-member dalam parti pun ramai yang datang bila dapat tau aku sakit. Ramai yang suruh aku mengucap.. baca ayat Kursi. Depa hanya tau masalah aku dari pandangan depa. Depa tak tau apa yang aku hadapi. Depa tak tau yang aku sudah tidak dapat membezakan biru dengan merah. Malah warna hijau dan merah pun hampir serupa.

Aku masih terlentang diatas katil. Letih bergomol dengan Amy Winehouse.

Dua jiran lelaki datang kerumah. Depa nak bawa aku ke hospital. Pirraaah aku bukan sakit!! Pasai apa nak cari sakit pergi rumah sakit?

Depa cuba angkat aku dari katil..aku meronta tak mau. Dua orang lelaki tak berjaya angkat aku sorang. Aku bangun dari katil dan bagi tau depa aku tak sakit. Tapi depa kata aku sakit!!

Kedua-dua depa kemudian bersembang dengan bini aku. Lepas tu depa pun pergi. Semua yang ada dalam rumah aku memandang aku satu macam.

Aku buat tak peduli kat depa. Mampuih pi la apa yang depa fikirkan. Aku terus masuk bilik air untuk mandi. Sebaik keluar dari bilik mandi, aku tengok ada Land-Rover polis diluar rumah. Sarjan Tok Mat dari Balai Kati memang aku kenal. Dia bagi salam kat aku. Aku jawab salam dia.

“Mat... jom jalan-jalan makan angin.” dia kata.

Peerghh!! Satu macam saja dia cakap. Aku tau, depa ingat aku gila. Aku tengok muka Tok Mat. “Hang jangan ingat aku gila. Aku steady ja...” aku bagi tau Tok Mat.

“Memang la. Sapa kata hang gila? Aku nak ajak pi jalan-jalan makan angin. Kat rumah ni ramai sangat orang.

Kita pi Kedai Janda Bakaq, kita relax kat sana. ” Kata Tok Mat.

Aku pakai baju..terus ikut Tok Mat keluar. Aku dapat dengar dari kalangan yang ada kat rumah aku.

“huh... terror la Tok Mat tu.” ” Mungkin pasai nama depa serupa kot?” kata sorang lagi. Anak haraamm...!!

Aku duduk belakang dengan Tok Mat . Dalam Land Rover, Tok Mat bagi tau kat aku. “Hang jangan marah kat aku Mat. Hang buat apa kat bomoh Wahab?” dia tanya aku.

“Aku tak buat apa-apa pun. Aku bagi penerajang kat Amy Winehouse, tapi Bomoh Wahab yang tergolek.’ aku bagi tau kat Tok Mat.

“Amy Winehouse tu sapa?” Tok Mat tanya aku balik.

“Rockstar British. Muka macam setan.” aku bagi tau.

Tok Mat senyum. Aku tau…dia tak percaya. Dia lebih percaya kat Bomoh Wahab dari cakap aku.

Land Rover tak singgah kat Kedai Janda Bakaq.. tapi terus menghala ke Kuala Kangsar.

“Hang nak bawa aku pi Balai buat apa?” aku tanya Tok Mat.

“Tak…aku nak bawa hang pi hospital.” kata Tok Mat. “Aku minta tolong kat hang Mat. aku tau hang tak gila…tapi ini tugas aku. Hang jangan buat tak senonoh. Kalau hang buat tak senonoh…mesti orang kata hang gila.” kata Tok Mat.

So.. aku relax. Sampai hospital, Tok Mat dan dua polis lagi escort aku sampai bilik doktor. Semua orang dok tengok aku…”VIP mana yang sakit tu?” kata depa. Ha... ha... Manusia ramai yang gila tak tau pakai akai.

Aku dibawa masuk kedalam satu bilik. Dalam masa dua tiga minit, masuk seorang doktor Cina. dia ambil pressure, temperature…tak tau apa yang dia tulis dalam file, kemudian dia bagi kat tok Mat. Langsung tak cakap apa-apa kat aku. Macam ni ka doktor buat kerja?

Seorang misi masuk bawa dulang berisi jarum dan ubat. Aku boleh tau, ubat tersebut ialah Valium. Tok Mat tolong pegang aku sambil misi tersebut memberi aku satu suntikan. “Tahan sikit ya Pak cik” lembut saja kata misi tu. Kerana respek kat Tok Mat, aku diam saja. Walaupun aku tau, aku tak memerlukan suntikan tersebut.

Lepas tu, doktor tu keluar. Tok Mat ajak aku keluar dari bilik tu sambil membawa satu fail. “Kita kena pi Ipoh. Kat sini tak ada doktor pakar.” kata Tok Mat.

Apa sakit aku? Pasai apa aku kena hantar sampai ke Ipoh? Macam mana depa tau aku sakit sedangkan doktor tu tak cakap apa-apa pun kat aku?

Aku naik Landrover dengan Tok Mat. Kepala aku dah mula high. Tok Mat suruh aku baring kat stretcher yang ada kat dalam Landrover tu. Dah berapa mayat yang terbaring atas stretcher tu... aku tak tau. Aku baring sebab dah high.

Aku sedar bila dengar bunyi hon keretapi. Hoooooonnnnnkkkkk!!!!!

“Kat mana ni Tok Mat?” aku tanya dia.

“Hulu Kinta.” Dia jawab.

“Pasai apa pi Hulu Kinta? Hospital bukan dekat Greentown ka?” aku tanya balik.

“Tak... ini hospital spesel.” kata Tok Mat.

Landrover sampai ke pintu masuk hospital. Celaka!!!!!



So... kepada mereka2 yang selalu bertanya dengan gua pasal Bro Mat Saman Kati (MSK), jawapannya Bro Msk ada kat Hospital tu sekarang ini... tak caya lu orang boleh pi terjah kat situ... hahaha...

Semoga beliau sihat dan cepat sembuh.... Amin...

13 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Saturday, March 26, 2011 10:50:00 AM  

suruh dia masuk UMNGOK lah,,, pasti sakit yg di hidapi nya akan hilang hahahahahahha

Anak Sungai Derhaka Saturday, March 26, 2011 10:53:00 AM  

Salam..

Hang biaq betoi.. hari tu aku sembang dengan dia tak ada tanda-tanda nak masuk Hospital tu pun..

Tak tau la kot dah kena bomoh.. ha..ha..

matsamankati Saturday, March 26, 2011 11:08:00 AM  

Pak Oncu,

Tangan jangan sebarang gatai. Mulut jangan sebarang celupar.

ISA Saturday, March 26, 2011 1:10:00 PM  

zalizalu;

Pejuang Kebangsaan Negeri Perak Darul Silver... hehehe..

ISA Saturday, March 26, 2011 1:13:00 PM  

Pak Oncu;

Gua kenal MSK, mati hidup balik takan bersetubuh dengan umnoapco tu...

Tak semestinya keluar PKR mesti masuk umno, ataupun KITA.

Dia tetap perjuangkan prinsip Keadilan dan Kebenaran, sedangkan Parti Keadilan sendiri yang melalak pasal Keadilan pun tak Adil... apa barang bro...

Gua sendiri pun dah lama menyampah dengan Parti Keadilan... cakap tak serupa bikin...

MOH KEMBARA Saturday, March 26, 2011 1:14:00 PM  

Salam Yob, isyyy tak tau ler...sakit ni Tuhan jer yg tau, org punya badan rasa tak sakit, org lain kata sakit. Tp gangguan setan kot, muka Amy Winehouse tu memang cam setan betina!

ISA Saturday, March 26, 2011 1:14:00 PM  

Anak Sungai Derhaka;

hahaha... hang sembang masa dia ok..., sekarang ni dah tak ok... KO...

ISA Saturday, March 26, 2011 1:16:00 PM  

matsamankati;

Relax bro... Pak Oncu tak kenai lu secara dekat bro... nanti gua suruh dia baca kitab veda...

hahaha...

ISA Saturday, March 26, 2011 1:18:00 PM  

MohKembara;

Itu yang pening nak pikio tuuuu....

Amy Winehouse memang camtu pasai rumah dia penuh dengan wine... itukan ayor setan...

hahaha...

Yong Saturday, March 26, 2011 8:55:00 PM  

Takbaik kata orang sakit kalau dia sihat wal afiat. Tapi Yong risau bila dia tak boleh beza antara PAS (hijau) dengan DAP (merah). Yong syorkan MSK pergi sembang dengan dua orang Aziz. Satu Tunku (Senator DAP), satu Nik (MB PAS).

ISA Sunday, March 27, 2011 12:17:00 AM  

Yong;

MSK memang ada di Tanjung Rambutan la ni.... ini kenyataan bukan main2...

mr. x61s me Sunday, March 27, 2011 12:29:00 AM  

Video Cubaan Pertama Dato T yang gagal

http://reformasi2u.blogspot.com/2011/03/video-cubaan-pertama-dato-t-yang-gagal.html

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP