IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Melayu Kafir Sahaja Yang Sambut Valentine's...!!!!

>> Sunday, February 13, 2011

Tajuk kasar di atas khusus buat melayu kafir dan melayu yang mengaku beragama Islam... hahaha... melayu Islam yang bangang. Sebab melayu yang beragama Islam tak akan terikut dengan budaya barat dan pengaruh kaum kafirun...
Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada setiap 14 Februari dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.

Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.

Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.

Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.

Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.

Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Sumber : Blog Kawan

KEPADA YANG INGIN SAMBUT HARI KEKASIH TU, LUPAKANLAH... KALAU DAH HARAM, JANGAN TERUSKAN.. KALAU DAH TAU, JANGAN BUAT-BUAT TAK TAU....
BERDOSA BESAR... INGAT SAMA KEPADA ALLAH.. INGAT SAMA DENGAN AJARAN ISLAM.. SEBAR-SEBARKAN PERKARA NI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA...

p/s : RAMAI ORANG MELAYU SUKA SAMBUT HARI VALENTINE'S NI... KAN ? KONONNYA NAK TUNJUKKAN KASIH SAYANG LAAAA.... LEPAS TU PERUT PASANGAN POMPUANNYA MEMBUNCIT SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG. BILA DAH MENGELABAH KASIH SAYANG PUN NTAH KEMANA... JANTAN MENGHILANG, ANAK BUANG MERATA-RATA...


BODOH PUNYA MELAYU.....!!!! 

8 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, February 13, 2011 11:58:00 AM  

KJ menantu kpd Iman Hadhari kata dia ada sambut valentine bersama bininya dgn bagi bunga, keluar makan, menari dan menyanyi, sila baca Akhbar SINAR Harian m/s N11, (13/02/11).

Ada tak mufti yg berani tegur, halal ke haram ke? MUFTI mesti tegur, ada berani ke??? Takut dgn manusia ke @ takut dgn Allah?

ijoks2009 Sunday, February 13, 2011 1:25:00 PM  

Kawe setuju dgn cara N3 mcmni,kadang2 kalau nasihat cara baik tak masuk jugak dlm palo otak mereka ,mungkin dengan cara mcmni mereka akan sedar.

Satu hal lagi,dlm Islam Allah tdk mgharamkan sesuatu perkara melainkan diberi alternatif lain.
contohnya diharamkan riba,digalakkan berniaga.Diharamkan zina-dipermudahkan nikah.yang payahnya hukum melayu bukan hukum Allah.

Tapi bagi yang degil ni kalau xde pgganti ,selagi itulah diaorg akan buat jugak.apakata kita buat satu hari sebagai alternatif pd velentine.Kita namakan hari kasih sayang dan ambiklah tarikh perkahwinan Rasulullah s.a.w dg Siti Aisyah sebagai tarikh keramat tu.

apa
macam,demo setuju ??

AmenoWorld Sunday, February 13, 2011 1:53:00 PM  

Bro, bukan HALAL ke sambut valentine neh? hahahha

AmenoWorld Sunday, February 13, 2011 1:53:00 PM  

aik? kena tunggu approval ke?sejak bleee?

win win malaysians,  Monday, February 14, 2011 1:36:00 AM  

Citer2 mcm ni waa tak main lah bro`...waa anak 4 skrang tak main cara valentine ni citer bodo2kan umat islam,waa mesra jua walaupun waa punya mem tak sehabat siti nurhaliza,ini kes melayu mudah lupa,Dr M cakap memang betul dari segi kes ini,citer mcm ini cuma buang masa dan duit je,melayu suka Xsen,biar papa asal bergaya bro..sekali lagi waa takkan tabik jenis anggaw dan cyok sendiri..bro.

opisboi Monday, February 14, 2011 12:35:00 PM  

melayu memang ramai yg buduh bro..sampai eeeee mengaku melayu pun depa percaya & sokong.

mad Monday, February 14, 2011 3:40:00 PM  

kalau orang2 umno sambut takpe, sebab umno dah kafir...umno tolak hukum Allah bermakna umno telah jatuh kafir... yang menyambut hari valentine sebelum ni pun orang2 umno... kalau betul umno orang islam dah lama umno haramkan valentine pada umat islam di malaysia... yang menyedarkan umat islam tentang haramnya valentine ni pun ulama2 PAS dan ulama yang jujur... khairy jambanludin dengan bangganya berkata dia menyambut hari valentine dengan bini dia... jadi memang terbuktilah umno itu kafir... sesiapa yang menyokong umno walaupun mereka tahu dasar perjuangan umno adalah sekular bermakna mereka telah jatuh kafir, barangsiapa yang menyokong umno tetapi tidak tahu dasar perjuangan umno adalah munafiq... umno adalah munafiq dan kafir...

Anonymous,  Monday, February 14, 2011 4:02:00 PM  

KJ menantu kpd Iman Hadhari kata dia ada sambut valentine bersama bininya dgn bagi bunga, keluar makan, menari dan menyanyi, sila baca Akhbar SINAR Harian m/s N11, (13/02/11).

.. MUFTI X TEGUR SEBAB LAKI BINI..YG JADIK MASALAHNYA, YG SAMBUT VALENTINE TU BKN LAKI BINI.

-JOEY-

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP