IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kerajaan Penang Beri Subsidi Kepada Rakyat.

>> Tuesday, February 15, 2011


Lim Guan Eng bikin panas lagi di sini. hahaha... bikin umnoapco panas beb... kalau kerajaan negeri penang boleh buat... takan keraaaajaan negeri2 lain tak boleh buat kan..., secara tersiratnya banyak lebihan kewangan negeri jika di urus tadbir dengan baik.

Persoalannya..., sewaktu pemerintahan bn (gerakan) sebelum ini... kemanakan lebihan kewangan negeri ini pergi...???? itu yang perlu di fikirkan oleh rakyat sekalian... khususnya rakyat pulau pinang.

Berdasarkan kepada pulangan/lebihan wang negeri yang di capai oleh kerajaan negeri penang ini, timbul satu cadangan dari gua... hanya cadangan 2 kupang jer, kalau boleh di praktikan bagus untuk rakyat. Contohnya...

Apa kata jika kerajaan negeri menubuhkan satu konsortium barangan runcit  negeri, panggil semua pemborong2 barangan dagangan runcit dalam negeri pulau pinang buat perbincangan harga dan salurkan subsidi kepada pemborong2 ini bagi menurunkan harga barangan khusus kepada rakyat negeri pulau pinang sahaja.

Jika kos harga bawang yang di impot dari India tinggi/mahal mengikut kata kerajaan pusat, maka kerajaan negeri melalui pemborong atau pengimpot dari pulau pinang boleh impot secara terus dari india, malahan kos pengangkutan tambahan tidak perlu kerana ianya direct ke Pelabuhan Pulau Pinang. Begitu juga dengan barangan yang lain.

Begitu juga dengan gula, kerajaan negeri boleh beli secara pukal dari pengilang di Shah Alam mahupun perlis... turunkan harga gula untuk jualan dalam negeri, perbezaan harga di tanggung oleh kerajaan negeri (subsidi), dan begitulah seterusnya untuk barangan asas runcit yang lain seperti beras, cili, ayam dan sebagainya.

Jika dapat di salurkan lebihan kewangan negeri ini secara menyeluruh kepada rakyat negeri pulau pinang, ianya dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup/keluarga yang semakin menekan selama ini. Justeru itu ianya menepati sasaran dan janji Pakatan Rakyat sebelum ini, di mana wang rakyat di kembalikan kepada rakyat.

Jadi tidaklah ianya di berikan kepada golongan tertentu sahaja seperti guru2 kafa, golongan wargaemas dan sebagainya. Padahal alangkah bagus jikalau ianya menyeluruh kepada sekalian rakyat pulau pinang.

Oleh yang demikian... ianya juga menyahut cabaran bodoh dari Menteri keraaajaan bn selama ini yang mencabar supaya kerajaan negeri2 Pakatan Rakyat turunkan dahulu harga minyak dan barangan sebelum mendesak keraaaajaan pusat berbuat demikian.

Gua yakin pasti ada indikator dan solusi tertentu dalam menanggani permasalahan kenaikkan harga barangan sejak kebelakangan ini.

Gua berharap... pakar ekonomi/kewangan negeri pulau pinang dapat memikirkan kaedah terbaik buat rakyat pulau pinang. Dan jika perkara ini berjaya di lakukan, lu orang lihatlah impak positif dari rakyat terhadap pemerintahan kerajaan PR.

Rakyat hanya menyokong kerajaan yang memberi manfaat dan kebajikan kepada mereka... fikir-fikirkanlah...

Buat Kerajaan Negeri Kelantan, cubalah sesuatu yang positif... gua tak nafikan sememangnya Kerajaan Negeri Kelantan menghadapi kekangan kewangan dari Keraaajaan Pusat.. ini semua orang pun tahu betapa busuknya hati Keraaajaan Pusat sejak dulu lagi.

Buat Kerajaan Selangor dan Kedah pun begitu juga... menghadapi diskriminasi dari Keraaaajaan Pusat... jadi buatlah apa yang termampu setakat ini untuk mengembalikan wang rakyat demi kesejahteraan rakyat.

Semuanya itu boleh menjadi kenyataan jika Pakatan Rakyat mampu menguasai 1Malaysia, ianya telah terbukti di Pulau Pinang. Jadi tidak mustahil ianya boleh dilakukan untuk 1Malaysia. Kerana selama ini terlalu banyak pembaziran, ketirisan dan penyelewengan yang di lakukan oleh keraaaajaan barisan nasional. Tetapi jika keraaaajaan barisan nasional ini jujur dan amanah kepada rakyat... tidaklah rakyat terpaksa menanggung bebanan ekonomi yang tinggi pada hari ini.

"Hanya barisan nasional sahaja yang mampu memerintah adalah " BULLSHIT " wa cakap luuuuuu....

Itulah lolongan dan salakan bodoh sombong dari pak2 menteri keraaajaan barisan nasional selama ini.

Jadi perubahan Kerajaan atau Hijrah kepada pemerintahan yang baru itu perlu.

Itulah saranan dan perlakuan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya... dan Sunnah inilah yang perlu di contohi sebagai menunjukkan perasaan Cinta dan Kasihnya kita terhadap Baginda.

Bukannya berarak kesana kemari kononnya ingin menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Baginda. Entah budaya bidaah dari mana yang di amalkan oleh kera.. keraaaajaan bn selama ini wa pu chi tau...

p/s: Kepada kawan2 yang ucapkan "Selamat Maulidur Rasul" dalam shoutmix, sms dan ruang komen... gua ucapkan terima kasih banyak dan selamat bercuti hari ini.

Maaf gua tak buat ucapan tersebut kepada lu orang semua dalam blog ini. Sebab takda maknanya pun... lagipun Nabi dan para sahabatnya sendiri tak pernah meraikannya... entah malaun ulama mana mazhab mana pulak yang pandai2 reka cipta amalan ini...

Kalau nak zahirkan perasaan Cinta dan Sayang pada Baginda, banyakkan Selawat, ikut Al-Quran dan Sunnah, bukannya susah pun.... noktah.

3 IkutSukaLu...::

Cucuopah,  Tuesday, February 15, 2011 6:16:00 PM  

Satu cadangan yang amat dan terbaik dari bro ku ini..... Tunggu apa lagi Kerajaan2 Pakatan... fikir dan laksanakan.

Anonymous,  Wednesday, February 16, 2011 12:36:00 AM  

Post ini penuh dgn "Jika".. seperti angan-angan mat jenin.... bercakap sememangnya lebih mudah dari buat keje..

mari kita dgr ayat berikut..
1) Guan Eng amat berbesar hati JIKA dapat mnghrobohkan semua kedai peniaga melayu di pulau pinang. Jadi cuma tinggal peniaga cina sahaja.
2) DAP akan berkuasa dengan cemerlang JIKA berjaya memecah belahkan melayu melalui proxynya ALjuburi & hamPAS.
3) DAP pasti menang lagi di pulau pinang JIKA berjaya menghalau semua org melayu dari pulau pinang.
4) response ini jadi lebih bermakna JIKA saudara approve agar boleh dibaca pembaca lain dan dibincangkan.
5) selebihnya, anda boleh tambah sendri...

--nyamuk--

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP