IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jawapan Buat Wasahu...

>> Monday, February 07, 2011

Lain yang di tulis dan topiknya, lain yang di tanya. Tapi takpalah... walaupun soalan berbentuk provokasi dan nak mengenakan PAS oleh puak2 umnoapco nih... layan jelah semoga diorang mendapat penjelasan sewajarnya dan tidak tersesat jauh...

Soalan tersebut dari ruang komen di sini.

wazahu berkata...

AKU PUN NAK TANYALA BRO KALAU2 ADA ORANG BOLEH JAWAB:

1. APA HUKUM MENGKAFIRKAN ORANG ??? NABI PERNAH KA MENGKAFIRKAN UMATNYA.

2. APA HUKUM BERKAWAN DENGAN SYAITAN.

3. APAKAH HUKUM SEMBAHYANG HAJAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM. RASULULLAH ADA BUAT KA ??

4. APA HUKUM TAK PANGKAH PAS ????

NI POK NIK CAKAP, AKU TAK RETI SEBAB TU TANYA... JAWAB YA

Ahad, Februari 06, 2011 12:40:00AM


Persoalan tersebut telah di jawab oleh sifu gua... seperti di bawah;

sheikh teluk intan berkata... (sudah ada renovations tuuu..)

Bro Isa menulis tentang solat jamak yang merupakan rukhsah atau kemudahan bagi orang yang bermusafir, tiba-tiba anon yang guna nama wasahu mengemukakan soalan2 yang tiada kaitan dengan tajuk dan kandungan n3nya.

Pak Sheikh asalnya tak mau layan. Tapi bila nantinya, wasahu ingat,dia sudah hebat dengan beberapa soalannya kerana tidak ada siapa mahu menjawabnya (melayan kebangangannya), maka Pak Sheikh cuba layan ala kadar.

Jawapan Soalan 1:

Di dalam Qur'an ada ayat yang matannya lebih kurang begini: barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah, maka kumpulan manusia itu boleh menjadi kafir. Di sini jelas, Allah yang mengkafirkan manusia yang tak mahu melaksanakan pada ayat-ayatNya.

Rasulullah s.a.w sendiri menjatuhkan hukum kafir lewat hadith: "Barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja , maka nyata dia kafir". Bukankah hadith ini dan banyak lagi yang jelas memberi isyarat Nabi S.A.W menjatuhkan hukum kafir.

Cuba baca kitab tafsir Al-Qur'an dan penjelasan hadith Nabi mengenai ayat-ayat seperti di atas. Tetapi konsensus Ulamak muktabar jelas menyatakan bahawa menolak hukum al Qur'an dan mengatakan hadith Nabi yang disebut seperti di atas dengan sengaja dan tahu, maka orang tersebut adalah kafir hukumnya.

Jawapan terhadap soalan no 2:

Berkawan dengan syaitan hukumnya adalah kafir kerana orang itu telah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Erti berkawan dengan syaitan jangan dibataskan pengertiannya. Di antara contoh yang boleh diberi disini diantaranya: rela dengan ideologi ciptaan manusia hasil bisik syaitan, membina kilang arak yang seumpama dengannya kerana dipengaruhi syaitan yang membisikkan betapa untung perniagaan arak dan lain-lain perbuatan yang seumpama dengannya ,kesemuanya adalah perbuatan berkawan dengan syaitan.

Jelas sekali bersekongkol dengan syaitan yang selalu membisikkan agar terdorong melakukan perbuatan yang menderhakai Allah dan Rasul.

Orang yang bertanya ini sebenarnya hendak memanah Tok Guru Nik Aziz kerana kenyataan Tok Guru yang telah sengaja dimunipulasi atau disalah tafsirkan oleh orang yang tak faham ilmu mantik semasa Tok Guru Nik Aziz yang melafaskan perkataan 'berkawan dengan syaitan".

Jawapan terhadap soalan No 3;

Adakah sesiapa di Malaysia ini yang mengadakan solat untuk menghancurkan umat Islam. Yang ada solat hajat untuk memohon Allah agar membantu perjuangan umat Islam terhadap golongan munafikin di Malaysia yang zahirnya kelihatan tebal semangat keislamannya, tetapi dalam hati dan perlakuan jelas menunjukkan ciri-ciri munafik.

Oleh yang yang demikian soalan pernahkah Rasulullah S.A.W mengadakan solat yang sedemikian adalah sepatutnyua tak timbul. Solat hajat boleh dibuat kerana mengharapkan bantuan Allah. Hendak tahu lebih cuba baca kitab hukum Islam atau Sirah Nabi S.A.W. Jangan cakap apa yang kita tak tahu kerana dengan itu ianya boleh menonjolkan kebodohan dan kebangangan kita di mata umat ini.

Jawapan terhadap soalan no 4;

Apa sahaja yang hendak kita lakukan bergantung kepada niat. Pas adalah sebuah parti siasah yang hendak memperjuangan Islam secara menyeluruh di Malaysia melalui cara yang dibenarkan oleh undang-undang negara. Dalam konteks ini, demokrasi ala Malaysia yang tahap kejelikannya amat dipertikaikan oleh dunia antarabangsa.

Manakala UBN , terutama UMNO dari sejak sebelum merdeka sehingga lebih 50 tahun kemerdekaannya tak pernah menjadikan Islam yang syumul sebagai agendanya untuk melaksanakan syariat Islam seutuh dan sesempurna yang mungkin. Cara UBN memerintah sentiasa merujuk kepada akal pemikiran yang tak mutlak 100% tepat.

Selepas mengambil kira dasar perjuangan Pas dan UMNO secara ala kadar, maka dalam hal hukum tak memangkah Pas, maka adalah jelas ianya perbuatan maksiat kepada Allah. Namun demikian, ianya masih bergantung kepada niat. Kalau niat seseorang itu ikhlas kerana menyokong perjuangan Pas yang mahu menegak hukum Allah, insyaAllah dapat pahala.

As salam.

Ahad, Februari 06, 2011 10:34:00 PM
Boleh ke... kalau nak pancing barracuda tapi pakai mata kail ikan puyu.... hehehehe...
.

2 IkutSukaLu...::

ASHAMSURI Monday, February 07, 2011 6:19:00 PM  

thanks terutama kat pak Sheikh..jawapan bagi soalan 1 sangat2 baik dan bijaksana. mudah faham. dapat d terima secara aqli dan naqli..terima kasih..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP