IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Gua Suka Orang Macam Ni...!!!

>> Monday, February 07, 2011

Pertanyaan mohon pencerahan ini gua petik dari Sim Groups, gua suka orang macam nih... tak faham tapi bertanya... daripada mengaku Islam dan taktau apa2 tapi buat2 tau..., kononnya mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah... but still Jahil dalam beragama.

Tambahan pula dalam bab beragama di Malaysia nih... kebanyakkannya yang mencampurkan agama dengan budaya hindu dan pelbagai... pasal tu Islam kat Malaysia nih... berkecamuk caca marba wa cakap lu....

Nak harapkan pemerintah.... hehehe... lu orang fikirlah sendiri... diorang sendiri yang mengaku Islam dan beramal dengan ahli sunnah wal jamaah pun 2x5 menggong... kah...kah...kah...., jamaah ke mana ... sunnah pulak ke laut...

Walaupun soalan yang di ajukan oleh sahabat tersebut nampak remeh tetapi jika di biarkan akan menjadi kronik beb... bagi yang arif dalam bab agama mungkin akan mentertawakannya... bagi yang tidak tahu boleh menambahkan ilmu pengetahuan... harap pada sesiapa yang arif dalam hal ini boleh memberikan pandangan sebagai pencerahan buat semua pembaca... jom kita layan kat bawah nih...;

(gua malas nak edit tulisan beliau)
From: blockberg
Date: 2011/2/4
Subject: [sim] MOHON PENCERAHAN : Permasalahan solat jamak
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

Salam ustaz atau sape2 yang arif... sy ingin menyuarakan persoalan berkenaan solat jamak...

perjalanan dari johor bahru ke kuala lumpur memakan masa 4jam... dalam tempoh berkenaan.... telah masuk waktu zohor. permasalahan sekarang ini... bagi masalah saya ustaz.. saya tidak mahu melakukan jamak iaitu menghimpunkan zohor n asar dalam satu waktu(waktu zohor)....saya meneruskan solat fardhu zohor seperti biasa iaitu 4 rakaat. saya berpendapat, di lebuhraya utara-selatan terdapat R&R yang menyediakan tempat sembahyang. jadi dengan alasan itu saya tidak mahu menjamakkan asar kepada waktu zohor..

Sy meneruskan perjalanan saya ke Kualau lumpur.. dan jam sudah menunjukkan waktu asar... Dan saya terlalu yakin bahawa setiap R&R terdapat menyediakan bilik sembahyang .. dan saya melakukan solat asar sy seperti biasa...

adakah cara saya itu benar ustaz.. ?.. alasan yang di buat adalah kerana perjalanan dari johor ke kuala lumpur terdapat R&R dan mempunyai tempat sembahyang... dan di sebabkan itu ... saya hanya melaksanakan solat fardhu...

Perlukah sy melakukan solat jamak atau perlukah saya meneruskan solat fardhu ... yang mana lebih baik ustaz ... saya tidak menjamakkan solat adalah kerana saya mengambil kira faktor penyediaan tempat solat yang banyak
p/s: Bagi gua pula... Anugerah Allah jangan di persia-siakan, jangan jadi orang yang sombong dengan Allah... kerana Allah itu MAHA SOMBONG lagi MAHA PEMURAH..

Jangan kufur Nikmat beb.....

14 IkutSukaLu...::

ASHAMSURI Saturday, February 05, 2011 9:46:00 PM  

betul..aku pun rasa mcm tu jugak, pasal aku ingat ustaz aku dulu ngajo, dia ckp Allah dah beri kemudahan, so gunakanlah..

Anonymous,  Saturday, February 05, 2011 10:04:00 PM  

wa setuju ngan lu beb itu yg betul kite mesti ambil/praktikan anugerah Alllah dan jauhi larangan NYA

seliparjepung,  Saturday, February 05, 2011 10:22:00 PM  

salam...
rasenye sgt afdhal buat jama' kan sbb ni antara rukhsah yg Allah bagi..
so kena manfaat kan nye...
xbuat makruh rasenye sbb kita dianggap sombong.. if am not mstaken la.. kalu salah mntk maaf sgt & harap diprbetukan.. sekian.. :)
~biar hina disisi manusia,, ttpi mulia disisi Allah.. :)

rakan.cyber,  Saturday, February 05, 2011 10:47:00 PM  

Salam,

Gua sokong dengan bro ISA, kemudahan solat jamak tue adalah satu anugerah daripada Allah S.W.T. kepada hamba-Nya yang bermusafir. Tapi niat untuk perjalanan jauh tue kena ler niat yang elok...xkan nak g berjudi kat genting or g kat mana² untuk berbuat maksiat nak kena jamak plak kan? ;)

TQ

Waris,  Sunday, February 06, 2011 12:03:00 AM  

Salam bro,

Pada aku mudah je. Islam itu mudah tapi kita saja menyusahkannya. Banyak anugerah yg Allah berikan kita pulak pandai2 menyusahkan diri kita. Apa yg Allah larang itu yg berebut2 kita nak buat. Allah dah beri jalan permudahkan solat kita, kita meLAYU ni pandai2 pulak nak bagi susah. Bab hukum jgn tanya aku sb aku bkn ustaz. Contohnya soal poligami. Ramai yg takut berbini lebih dr 1 walaupun Allah dah berikan kelonggaran. Ketakutan selalunya adalah atas faktor takut bini mcm najib contoh yg paling afdal kita tgk. Maka zina akan berleluasa. Masa berzina tak takut bini pulak? Syok masa mengenjut tak ingat Allah dan tak ingat bini. Bila termengandung cari jalan nak letup pakai C4.

nh Sunday, February 06, 2011 12:32:00 AM  

salam bro..gua setuju dgn lu "Anugerah Allah jangan di persia-siakan, jangan jadi orang yang sombong dengan Allah..."
http://www.youtube.com/watch?v=8ftFuDfadp8&feature=related

wazahu,  Sunday, February 06, 2011 12:40:00 AM  

AKU PUN NAK TANYALA BRO KALAU2 ADA ORANG BOLEH JAWAB:

1. APA HUKUM MENGKAFIRKAN ORANG ??? NABI PERNAH KA MENGKAFIRKAN UMATNYA.

2. APA HUKUM BERKAWAN DENGAN SYAITAN.

3. APAKAH HUKUM SEMBAHYANG HAJAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM. RASULULLAH ADA BUAT KA ??

4. APA HUKUM TAK PANGKAH PAS ????

NI POK NIK CAKAP

AKU TAK RETI SEBAB TU TANYA...JAWAB YA

Independent Malay,  Sunday, February 06, 2011 1:45:00 AM  

Askm sdra,berkenaan adanya lebuhraya plus & tempat2 solat tu,Allah dah tahu sebelum plus buat jalan lagi,kalu kira macam tu yg naik kapalterbang 2,3jam tu pun tunggu sampai destinasi la.Cuba sdra fikir atas lebuhraya tu tak pernah jam ke & lagi kalau kemalangan atas diri sendiri, habis mati tak sempat solat.Tu lah sebab Allah bagi kemudahan untuk manusia, sama macam bos dgn pekerja bagi bonus,takkan pekerja kata tak payah dah cukup belanja!Mesti bos kata gila tul pekerja aku ni!Apa pun ikut AlQuran & sunnah.

Anonymous,  Sunday, February 06, 2011 3:06:00 PM  

Ada jugak JENIS kepala BATU.dalam flight Haji..Saudi Arabia..waktu balik ke Malaysia..ada jugak yang SOLAT ZOHOR 4 rokaat di tengah jalan SEMPIT flight..padahal USTAZ Tabung Haji..dah bagi tahu..cukup Solat JAMAK..kat kerusi..solat menghormati WAKTU..bayangkan kalo semua 400 penumpang nak solat..air tandas kering lah..pesawat pun boleh terHEMPAS..jika air melimpah ruah..

Inilah orang yang kononnya MODERN + BIJAKpandir..tetapi sebenornya bangang dalam AGAMA..

Fencesitter Sunday, February 06, 2011 7:43:00 PM  

Yalah WAHAZU, saya pun inginkan Jawapan.... ustaz bagilah jawapan.... saya yang duduk atas pagar..

casra Sunday, February 06, 2011 7:51:00 PM  

yup...
rukhsah tu macam hadiah dari Allah utk musafir..kenapa tak nak ambil??

aku diajar juga utk buat jamak kalau berjalan jauh even ada banyak tempat solat....mende ni aku ngan mak aku sendiri pon bertekak..tapi aku berpegang pada keyakinan aku..dah Allah bagi hadiah utk kita..kenapa tak nak terima?


hadiah manusia punye suke plak kalau dapat.....

so gunakanlah....

1 more,org yg tidak berdoa selepas soalt juga org yang bongkak pada Allah...Allah mahu memberi tapi siapa yang tidak minta itu sombong....kesian.

sheikh teluk intan Sunday, February 06, 2011 10:34:00 PM  

Bro Isa menulis tentang solat jamak yang merupakan rukhsah atau kemudahan bagi orang yang bermusafir, tiba-tiba anon yang guna nama wasahu mengemukakan soalan2 yang tiada kaitan dengan tajuk dan kandungan n3nya.

Pak Sheikh asalnya tak mau layan. Tapi bila nantinya, wasahu ingat,dia sudah hebat dengan beberapa soalannya kerana tidak ada siapa mahu menjawabnya(melayan kebangangannya?), maka Pak Sheikh cuba layan ala kadar.

Jawapan Soalan 1:

Di dalam Qur'an ada ayat yang matannya lebih kurang begini: barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah, maka kumpulan manusia itu boleh menjadi kafi. Di sini jelas, Allah yang mengkafirkan manusia yang tak mahu melaksanakan pada ayat-ayatNya.

Rasulullah s.a.w sendiri menjatuhkan hukum kafir lewat hadith: "Barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja , maka nyata dia kafir". Bukankah hadith ini dan banyak lagi yang jelas memberi isyarat Nabi S.A.W menjatuhkan hukum kafir.

Cuba baca kitab tafsir Al-Qur'an dan penjelasan hadith Nabi mengenai ayat-ayat seperti di atas. Tetapi konsensus Ulamak muktabar jelas menyatakan bahawa menolak hukum al Qur'an dan dan mengatakan hadith Nabi yang disebut seperti di atas atas dengan sengaja dan tahu, maka orang tersebut adalah kafir hukumnya.


Jawapan terhadap soalan no 2:

Berkawan dengan syaitan hukumnya adalah kafir kerana orang itu telah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.Erti berkawan dengan syaitan jangan dibataskan pengertiannya. Di antara contoh yang boleh diberi disini diantaranya: rela dengan ideologi ciptaan manusia hasil bisik syaitan , membina kilang arak yang seumpama dengannya kerana dipengaruhi syaitan yang membisikkan betapa untung perniagaan arak dan lain-lain perbuatan yang seumpama dengannya ,kesemuanya adalah perbuatan berkawan dengan syaitan.

Jelas sekali bersekongkol dengan syaitan yang selalui membisikkan agar terdorong melakukan perbuatan yang menderhakai Allah dan Rasul.

Orang yang bertanya ini sebenarnya hendak memanah Tok Guru Nik Aziz kerana kenyataan Tok Guru yang telah sengaja dimunipulasi atau disalah tafsirkan oleh orang yang tak faham ilmu mantik semasa Tok Guru Nik Aziz yang melafaskan perkataan 'berkawan dengan syaitan".

Jawapan terhadap soalan No 3.

Adakah sesiapa di Malaysia ini yang mengadakan solat untuk menghancurkan umat Islam. Yang ada solat hajat untuk memohon Allah agar membantu perjuangan umat Islam terhadap golongan munafikin di Malaysia yang zahirnya kelihatan tebal semangat keislamannya, tetapi dalam hati dan perlakuan jelas menunjukkan ciri-ciri munafik.

Oleh yang yang demikian soalan pernahkah Rasulullah S.A.W mengadakan solat yang sedemikian adalah sepatutnyua tak timbul. Solat hajat boleh dibuat kerana mengharapkan bantuan Allah. Hendak tahu lebih cuba baca kitab hukum Islam atau Sirah Nabi S.A.W. Jangan cakap apa yang kita tak tahu kerana dengan itu ianya boleh menonjolkan kebodohan dan kebangangan kita di mata umat ini.

Soalan:

Jawapan terhadap soalan no 4

Apa sahaja yang hendak kita lakukan bergantung kepada niat. Pas adalah sebuah parti siasah yang hendak memperjuangan Islam secara menyeluruh di Malaysia melalui cara yang dibenarkan oleh undang-undang negara. Dalam konteks ini, demokrasi ala Malaysia yang tahap kejelikannya amat dipertikaikan oleh dunia antarabangsa.

Manakala UBN , terutama UMNO dari sejak sebelum merdeka sehingga lebih 50 tahun kemerdekaannya tak pernah menjadikan Islam yang syumul sebagai ajendanya untuk melaksanakan syariat Islam seutuh dan sesempurna yang mungkin. Cara UBN memerintah sentiasa merujuk kepada akal pemikiran yang tak mutlak 100% tepat.

Selepas mengambil kira dasar perjuangan Pas dan UMNO secara ala kadar, maka dalam hal hukum tak memangkah Pas , maka adalah jelas ianya perbuatan maksiat kepada Allah. Namun demikian ,ianya masih bergantung kepada niat. Kalau niat seseorang itu ikhlas kerana menyokong perjuangan Pas yang mahu menegak hukum Allah ,insyaAllah dapat pahala.

As salam.

kepoklekor,  Monday, February 07, 2011 7:48:00 AM  

BRO SHEIKH teluk intan..rasenye wazahu tu tak blaja ilmu mantiq & ilmu balaghah... sbb tu stiap prkataan yg TGNA sebut dy ambk,,then dy buat mksud sndiri..klu dok dy akan phm sume tuh..ksian btol.. lnkali kena blaja biar abis dulu wazahu..klu dok org akan kate yg mu ni jahil,, tp nk ckp jgok..maka napoklah kejahilanmu..

cuma satu je nk bgtau,klu bro wazahu prasan tepi ni,,TGNA sdiri kate UMNO ni klu prjuangkan islam,,beliau sggup doh bubar pas.. pas ni wujud sbb apa,, satu je,, sbb nk pjuangkn islam.. jalankan hukum Allah..amar ma'ruf,nahi munkar..tp klu dah terang2 tolok Al-quran,,mknenye tolok Allah & Rasul lah..pahtu maroh sgt klu kate skong UMNO@BN masuk neraka..xyoh la mention 'Allah je thu kami ni akn masuk neraka ke syurga'.. xperlu doh kate gitu rasenye.. sbb budok joh tige pon tahu hukum tolok Al-quran tu jd gano...wal hasilnya ngaku saloh sudoh lah...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP