IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Assalamualaikum...!!!!

>> Sunday, February 27, 2011


Mesti lu orang terperanjat baboon bila terbaca tajuk n3 ini... kahkahkah... sejak bila la pulak si Isa kurang ajaq nih pandai bagi ucapan "Assalamualaikum" kat pembacanya... hahaha... baca sampai habis nanti lu orang akan faham...
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan...., ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh.

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”.

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”.

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. Sekian, semoga ada manfaatnya. Petikan dari FB SKGTN. (T.Kasih Ckg Nor Azian)
Dan gua pula kopi kow2 artikel ini dari kiriman Abang Ali Saifuddin dalam FB gua, perkara yang bermanfaat harus di kongsi dan di bincangkan buat pencerahan kepada semua... hehehe... tak semua orang faham bahasa arab dan bukannya semua orang lulusan Al-Azhar... ha..ha..ha.. selainnya wallahuaklam....

Gua nak layan lagu Pak Pandir jap..... "yang remeh dan yang temeh..." lagi apa aaarrrr... lupa la pulak....

8 IkutSukaLu...::

baginda® Sunday, February 27, 2011 3:35:00 AM  

as salam 1 malaysia bro... tak tido lagi ke bro? hahaha

Isa Sunday, February 27, 2011 3:44:00 AM  

baginda;

musang... biasalah.. lepas subuh baru tidoq... kah..kah..kah..

Anonymous,  Sunday, February 27, 2011 4:10:00 AM  

hanya ingin dibincangkan...
http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html

Anonymous,  Sunday, February 27, 2011 4:31:00 AM  

Ni le balanya tak reti bahasa arab. Kalau gitu Allah kata Salam kat nabi Ibrahim tu selamat tinggal le. Satu lagi Allah juga kata "salamun 'ala mani tabaa'l huda" tu maksudnya Allah ucap selamat tinggal kat orang yang dapat petunjuk le? Tu le orang suruh belajar bahasa Arab malas. Tak paham psaikologi Allah guna perkataan 'salam' dalam ayat tersebut. Lepas tu main forward-forward email yang tak tentu hala.

Alepela Sunday, February 27, 2011 7:42:00 AM  

Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" oleh MOhd Fadli Yusof

http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719&id=1222273047

wak salam,  Sunday, February 27, 2011 6:06:00 PM  

ahli syurga guna "salam" rilex jer..tak leh ke orang yg nk msuk syurga macam aku ni tiru..

Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam". Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin"-yunus 10:10

mistik vs sains Monday, February 28, 2011 2:34:00 AM  

email mcm ni lah yg mneyusah kan orang islam''ni dpt kat kaum2 hawa !! semua dia forward
Dah malaysia ada sembahyang lain2.yg sini kate sembahyang dia ikut care nabi yg asli ''yg sane plak kate dia lgi betul ikut care nabi' habis yg kat arab tu mcm mane plak !! dpt plak email mcm ni ''' berpuak2 bab salam pulak ........
Berape mazhab Nk rujuk ni

Anonymous,  Monday, February 28, 2011 3:53:00 PM  

Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP