IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rakyat Miskin Di Tindas Lagi...!!!!

>> Thursday, January 20, 2011

1. Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan malah dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan UMNO dan BN kononnya Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

2. Surat Kementerian Pelajaran Malaysia [ KPM ] 29 / 12 / 2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar Rancangan Makanan Tambahan ditamatkan serta merta atau selewat - lewatnya 12/1/11 dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada dibawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut.

3. DPP Malaysia mempertikai langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

4. Jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor - sektor lain serta memberi peruntukan yang wajar, kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar - pelajar miskin ? apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana ? bukankah kerajaan telah mengwar - warkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik ?

5. Rakyat perlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan."

Oleh Nasrudin


Setuju bebonar arr.... pelajar miskin lazimyer duit saku pun belum tentu dapat RM0.50 sehari. Pengalaman bawa duit saku 50 sen masa zaman persekolahan tahun 80an dulu amat memeritkan. Zaman sekarang ni duit 50 sen laku apa??? Anak gua sekarang ni pun belanja sekolah RM3 hengget sehari, jauh berbeza beb...

Secara logiknya kanak-kanak malahan orang dewasa perlu bersarapan pagi bagi mengelakkan perut kosong dan kembung. Maka mereka dapat menumpukan pada pelajaran di kelas, sekurang-kurangnya mereka berasa kenyang hingga pulang ke rumah, itupun jika rumah mereka tiada lauk pauk yang sedap.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang penuh gizi makanan serta serat yang diperlukan oleh anak-anak miskin ini dapat membantu tumbesaran mereka dan sihat. Kasihan kepada mereka sepanjang hari terpaksa berlapar, apatah lagi apabila melihat kawan-kawan mereka memesan nasi lemak telur mata/mihun goreng dan air manisan yang kini harga makanan turut meningkat naik.

Bagi mengelak kelaparan anak2 miskin ini akan mencari paip air, minum air kosong sementara nak tunggu balik rumah makan lauk ikan masin atau ikan tongkol, jika ada. Rasanya lebih baik tarik balik minuman susu kerajaan dan kekalkan RMT, makan nasi lebih mengenyangkan daripada minum susu kosong.

Pengalaman sedara mara anak mereka dapat bantuan makanan RMT dan pendapatan ibu bapa memang di bawah garis kemiskinan. Kesian murid2 miskin kemana perginya semua duit beratus billion tiap2 tahun dok kutip cukai?

Kalau kerajaan takda duit untuk program RMT, tak payah la nak buat projek Menara Warisan. Tak payah la buat PERMATA tu... untuk Menara Warisan dengan PERMATA tu ada pulak duit.

Gua tengok PERMATA tu macam untuk anak2 yang tak berapa nak susah jer... kesian kat budak2 yang dari keluarga miskin. Dulu masa kecik selalu tengok member2 yang memang susah, selalu minum air paip sebab takda duit beli makanan.

Bila ada RMT dapat la diorang makan time rehat, so gua faham perasaan diorang yang memang betul2 perlukan bantuan RMT ni. Sedih betul la gua dengan ketua negara kita ni.. makin lama semakin kejam...!!! Sebab itulah gua lebih suka maki hamun jer... menteri2 malaysia nih akan kebodohan dan kezaliman mereka terhadap rakyat marhaen.

6 IkutSukaLu...::

Abu Widad al-Kilantani Thursday, January 20, 2011 12:55:00 PM  

inilah haramjadahnya umno..atas alasan apa lgi dia nk gunakan..

aku dlu pun bwk duit g sekolah RM 0.20 tahun 90an (tentu xpercaya kan, tp nila yg aku alami) tp nasib baik la dpt RMT dlu..skrg ni dgn kos sara hidup makin meningkat, rakyat makin miskin ditambah pulak xde RMT ni..kesian betul mak bapa nk penuhi keperluan..klula mak bapa x berjaya nk memenuhi keperluan ini, alamatnya anak2 nt sume jd besar kepala..makanan x cukup zat..jd spt masyarakat somalia..

undilah BN PRU 13 nt bru haramjadah sume..

undilah PR utk keselesaan bersama..

tukang kata,  Thursday, January 20, 2011 2:54:00 PM  

RMT aka RO$MAH MAN$OR TIBAI bukan rancangan makanan tambahan

Anonymous,  Thursday, January 20, 2011 5:30:00 PM  

Bagusle macam tu,

setahu aku yang dok makan makanan pelajar miskin tu anak orang2 Umno je.

kalau penghulu JPP tak tanda tangan jangan harap budak tu nak dapat makan.

Kesian anak2 Umno, makanan depa pun kena cantas jugak.

kalau x berapa caya sila datang ke negri kelantan.

duit kuan pun sama juga mereka tibai abis.


semua untuk rtakyat tu , maknanya untuk UMNO haramjadah le.....

Anonymous,  Thursday, January 20, 2011 6:18:00 PM  

salam..

sirius ka weih?
rsanya msyrt PPD mggu lps bru confirm yg bil murid prog rmt dtetapkan olh phk sek.. bkn dr ketua2 kg lg dah (kes plih kasih daa)..
wa x dgr le plak psl nak dtamatkan trus prog rmt nih..

Anonymous,  Friday, January 21, 2011 9:59:00 AM  

PPD tu bahagian Umno kementerian pelajaran.

macaman ni kamu ketinggalan zaman ke?....

Anonymous,  Sunday, January 30, 2011 9:38:00 PM  

Tak, prawdopodobnie tak jest

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP