IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nyamuk Bentong Serang Tenang.

>> Saturday, January 29, 2011

TEMERLOH, 28 Jan: PAS Pahang menyelar tindakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang membenarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) ke satu kawasan Bentong secara senyap-senyap.

“Rakyat dikejutkan dengan berita pelepasan nyamuk Aedes GM di Kawasan Bentong, Pahang sebagaimana yang didedahkan melalui akhbar harian pada Januari0 2011.

"Lebih mengejutkan berita tersebut dikeluarkan setelah pihak kementerian selesai melakukan pelepasan  pada 21 hb Desember 2010,” kata  Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Menurut laporan, IMR telah melepaskan 6000 nyamuk GM di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu bertujuan untuk mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan.

Ia juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

“Ujikaji itu selesai pada 5 Januari. Proses pengasapan dibuat pada 6 Januari untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu,” IMR dipetik sebagai berkata.

IMR juga seolah-olah ingin menyakinkan rakyat bahawa proses penyelidikan itu 100 peratus selamat dengan memberi jaminan bahawa tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantauan pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. - Harakahdaily.
p/s: Lu orang pikirlah sendiri.... ini kerja orang cerdik ke... atau bangang bertingkat-tingkat....???

Pemantauan ??? hahahaha...... macamlah angin tak boleh tiup nyamuk2 tu sampai ke Tenang... Merlimau... dan lain-lain tempat..., nanti kalau ada YB yang mati kena penyakit dari nyamuk ni... macam mana...???

PRK... laaaaaaaggggiiiiiiiii............ kenapa perlu memeningkan kepala Najib Razak yang sememangnya dah biul tuuuuu........ kah...kah...kah....

1 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, January 31, 2011 3:30:00 AM  

Hek eleh Isa hoi,

Ko tu yang biol lagi bengap.
Kalu tak tau ape2 psl pendidikan dan penyelidikan, baik jangan cakap coz nanti lebih menampakkan kebodohan dan ketulian ko tu.Ish2 kalu aku la, aku malu ar..
Hahaha...

Spesis nyamuk tu dah dikaji manusia sejak dulu lagi..tak mampu nak terbang berkilo-kilo meter jauhnya.
nyamuk cuma mampu terbang antara 1.5km-2.5 km.
nyamuk2 tu cuma aktif dalam kawasan sekitarnya.
Then..dibuat research tu untuk tengok tempoh hayat dalam lapangan tu..bagi dapatkan data yang accurate untuk fieldwork tu (lapangan tu bukan bermaksud kws lapang fhm??).
Ade faham??So dari hutan tu nak ke penempatan manusia terdekat berapa kilometer bengap wei?? da pi check belum??


Then..tempat tu akan dibasmi semula dengan semburan membunuh nyamuk dalam tempoh terdekat. Tu pun susah ke nak faham??

Lagipun itu kwsn hutan..bukan kawasan lapang.kalu angin nak tiup pun, confirm nyamuk2 tu tersangkut dengan segala jenis pokok dan daun.
So..sape yang bangang bertingkat2??

Itulah, soh belajar dan timba ilmu Allah ni luas2, tak nak..tapi sanggup buat blog yang mencacai, merepek meraban.Kalu berangan nak jadi researcher tentang perangai manusia, pi la buat research betoi2 dengan dapatan data yang tepat, bukan ntah ape2 macam blog bengap ko ni.bengang?? GUA PEDULI APA..

Nape orang barat boleh maju ke depan dari org2 sini??coz org barat sendiri rajin explore ilmu, rajin buat kajian dan hasil kajian tu di double triple check..untuk confirmkan dan untuk cube settle kan masalah besar lain.
Bukan mcm ko ni, link dari ntah mane2 blog dan berita tanpa tapis dan check dulu samaada sahih ke tak.tp tak settle pun masalah isu semasa, masih kat takat bengap tu gak.
So..KO LA YANG BENGAP DAN BANGANG BERATUS TINGKATNYE..

Huhu..kesian..kesian..selamat bergembira..selama ni ko suke menghina, mengutuk, mengeji,membodohkan orang dan segala kejelikan lagi..nah now ko sendiri dibengapkan oleh diri ko sendiri..

Hahaha..kesian..kesian..

- My name is NO BENGAP-BENGAP

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP