IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Nak Cari Pahala Sikit....

>> Friday, January 28, 2011

Sempena Jumaat yang mulia ini, kita off politik sekejap... jom kita fahami dan mengambil pengajaran di bawah ini untuk kebaikkan dunia dan akhirat. Yang mana dah terlupa tu.... boleh ingatkan kembali... almaklumlah.. nama pun manusia kan.... bila terlajak tu.... beringatlah untuk kembali ke pangkal jalan, bukannya terus hanyut... macammmmm.... hehehe... faham2 jelah...

Dalam kesempitan dan desakan harga barangan sekarang ini, jom pakat2 amalkan Surah Al-Waqiah... semoga di lapangkan rezeki yang diberkati oleh Allah SWT... insyallahhhh....



Surah Al-Waqi'ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi'ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama.

Di dalam surah Al-Waqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu." (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa').

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran." (Riwayat daripada Ibn Mas`ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

"Ajarkanlah surah Al-Waqi'ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan." (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya: "Barangsiapa membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula."

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi'ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.

Rasulullah bersabda: "Man qara'a suratal-Waqi'ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi'ati suratul-gina faqra'uha wa 'allimuha aulada-kum".

Ertinya:
"Barangsiapa membaca surat Al-Waqi'ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surah Al-Waqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu."

2. Berkata Masruq: "Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi'ah". (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja'far ra. berkata: "Barangsiapa membaca surat Al-Waqi'ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta'ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi'ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahnya kembali pada orang itu". (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur'an, siapa yang membaca surat Al-Waqi'ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi'ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki.

Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi'ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi'ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'd Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.

Rasulullah bersabda: "Man qara'a suratal-Waqi'ati lam yaftaqir abada".

Ertinya:
"Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi'ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya."

3 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Friday, January 28, 2011 2:52:00 PM  

salam bro Isa.

moga diberkati Allah sokmo. terima kasih atas perkongsian yg bermakna ni. kebetulan saya menghadapi kesulitan. insya Allah akan saya amalkan sedikit demi sedikit..perlahan2 sampai jadi amalan. moga Allah kurnia pahala pada bro dan keluarga. aminn ya rabbal a'lamin -domino

Anonymous,  Friday, January 28, 2011 3:00:00 PM  

saya kongsikan pautan sekiranya ada sahabat berminat untuk melihat terjemahan surah2 yg lain.

http://www.alquran-melayu.com/

-domino

zalizalu Saturday, January 29, 2011 9:53:00 AM  

assalammualaikum bro isa.. sy nak mohon untuk share ilmu berharga ni... thanks

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP