IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kena Kejar Polis....

>> Saturday, January 01, 2011


Hari ini betul2 boring bagi gua, melepak kat rumah dan buat apa yang patut sikit2..., lepas maghrib tadi ingat nak ajak anak bini makan luar... bila memandangkan lauk yang pramugari masak siang tadi masih banyak terus cancel planing tu... membazir itu amalan syaitan...

Sementara menunggu pramugari dan bibik bergotong royong memanaskan lauk dan nasi, gua yang dalam keboringan ambik kunci kereta... gua start Evo-10.... masuk highway henjut tak ingat dunia.... terus lupa pasal makan malam..., sampai rumah nanti mampus gua kena hamput nih....

Perghhh... dalam syok layan tekan pedal minyak.... satu persatu kereta, lori tanker, bas persiaran, kereta polis habis semua gua potong...

Lepas tu gua dengar siren dan suara dari loud speaker "Berhenti... Berhenti ke tepi"... gua dah cuak... nak berhenti ke tak nak... akhirnya gua ambik keputusan... salah dah tetap salah pasal pandu laju... alang2 dah salah... apa salahnya kalau gua tambah lagi kesalahan tu...

Gua tekan pedal minyak pecut semahunya, jawapannya gua kena kejar beb... dari sejibik kereta peronda yang mulanya kejar gua tadi dah jadi dekat tujuh biji... jenuh change gear gua nak meloloskan diri... sampai kat satu simpang.... bukan simpang pulai atau simpang empat taiping yeaaa....

Ada tiga bijik peronda dah blok jalan... alamakkkkk... dalam kelajuan yang cecah 230km/j takan nak tekan brek kot.... mahu buat drif kat situ.... nak tak nak gua ambik keputusan rempuh jelah sekatan polis tu beb.... antara hidup dan mati... gua nekad... ngam2 dah dekat nak rempuh sekatan tu....

"Ayahhhh... mama panggil makannn..."

Terus gua tekan butang "Pause"... potong stim betul......

Moral: Jangan layan PS....


18 IkutSukaLu...::

Unknown Saturday, January 01, 2011 11:25:00 PM  

kahkahkah.... suspen gua tdi..ingt lu da kena bantai dgn pak polisi.. kahkahkah

Anonymous,  Saturday, January 01, 2011 11:43:00 PM  

pelaq hang, aku dah caya tadi





jamil

Anonymous,  Saturday, January 01, 2011 11:57:00 PM  

kah kah kah..aku agak dah....

pakwe Sunday, January 02, 2011 12:03:00 AM  

la..kaki game gak ke pak isao woi!!!!

ahahahahahahaha

ISA Sunday, January 02, 2011 12:08:00 AM  

Pencacai Semalaysia, Jamil dan Abu Nawas;

Ha..ha..ha... boring siottt... ide tak mari....

ISA Sunday, January 02, 2011 12:10:00 AM  

pakwe;

gua tak pernah pegang PS sebelum ni... jenuh anak2 gua mengajar camna nak jadi pemandu terhebat tadi...

hahaha....

Yong Sunday, January 02, 2011 12:20:00 AM  

Eleh! Penangan kristal dalam perut pun tak settle sepenuhnya lagi nak berlumba dengan polih.

ISA Sunday, January 02, 2011 12:23:00 AM  

Salam Yong;

Sebab dah setle laaa... boleh main2 dengan Polis... hehehe...

Tinta.Muallimah Sunday, January 02, 2011 2:03:00 AM  

Salam yeop. pandai gempo oghang yer !!

ISA Sunday, January 02, 2011 2:07:00 AM  

Tinta Mualimah;

Sekali dua kala jer... buat perangai camni... hehehe..

jai,  Sunday, January 02, 2011 2:10:00 AM  

Kah kah kah...

Nasib baik lu tak mimpi lu kena kejar dengan polis sebab lu minum kat kedai mamak.

Kah kah kah...

Gua sokong lu punya kempen bro.

Tadi gua lepak kat kedai siam.

chor,  Sunday, January 02, 2011 2:37:00 AM  

oghang kampung aku bila kena camni otomatik mulut depa cakap 'macam gampanggggg!' hih hih hih!

Prof. Era Pasca Sunday, January 02, 2011 2:55:00 AM  

harharhar seb baik lam game tu takde adengan polis tembak menembak... hakhakhak

boring ke pe nih? hahahah

Kerajaan Rakyat Sunday, January 02, 2011 3:18:00 AM  

Salaam bro,

Sekali lagi buat hal camne... gua kasi C4 sama lu bro...! Ingat bro gua ada darah tinggi... hehehe..

armal Sunday, January 02, 2011 9:49:00 AM  

Bro....lu kasi ramai orang feninlah.

tubelawak Sunday, January 02, 2011 4:14:00 PM  

kakakakaka.. tajuk yang sangat menarik minat pembaca.. demmit!!

Anonymous,  Monday, January 03, 2011 11:55:00 AM  

Ciloko ko...aku dah suspension dh td, biar betul...cilakak.

zalizalu Tuesday, April 05, 2011 11:08:00 PM  

arhh, da agak.. isa ni kaki lumba.... need for speed most wanted la nie

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP