IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kedekutnya....

>> Wednesday, January 05, 2011


Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak..

Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara. Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami

'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.

'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan

Isterinya berlalu dari situ.

'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

'Jangan nak ngada-ngada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dalam bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpalah mereka dengan pilot tu, pilot yang sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

"Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah" kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa dengan pilot yang sama juga.

Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'

'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"

"Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi
setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot tadi sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buatlah aksi2 acrobatik yang diakui merbahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan pesawat dia. Rasa rugi pulak sebab cuma boleh dapat RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh..??? mana isteri encik..???" tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh.... apasal tak cakap"

"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran pulak" jawab si suami, sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu...

Moralnya: Carilah suami yang mengasihi isterinya.

2 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Wednesday, January 05, 2011 1:40:00 PM  

Tak payah bersuamilah kalau dapat suami yang macam tu...

ISA Wednesday, January 05, 2011 2:17:00 PM  

kakcik;

hahaha... nasib baiklah kakcik dapat cik abang tu yeaaa... dibawanya kemana saja pergi... sayang suami pada isteri... hehehe...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP