IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Isu Derhaka Kepada Sultan Akan Dimainkan.

>> Saturday, January 01, 2011

Artikel 52(4) perlembagaan negeri Selangor menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri perlu menyempurnakan majlis angkat sumpah kerahsiaan tugas di hadapan Menteri Besar. Tiada sebutan mengenai majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Sehubungan itu kata beliau, langkah tersebut bercanggah dengan perlembagaan negeri memandangkan ia tidak tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Selangor.

"Perlembagaan negeri tidak membenarkan perkara ini tetapi saya berharap ini tidak berlaku, itu sebabnya Sultan perlu berhati-hati sebelum meneruskan perkara ini," kata beliau lagi.

Sumber-The Malaysian Insider

Jikalau gua katakan umnoapco atau pihak putrajaya buta undang2 dan perlembagaan tubuh negeri selangor, ianya tak logik. Mereka lebih arif dengan perkara tersebut.

Dalam isu perlantikan SUK yang sedang panas sekarang ini, gua berpandangan sebaliknya. Dalam firasat ilmu strategi politik gua yang sempit ini, gua berpandangan bahawa si Khusrin Munawi ini adalah seekor kambing hitam yang dipermainkan oleh puak putrajaya. Sebabnya....

1) Khusrin Munawi terkenal dengan sifat mengampunya kepada pihak ketuanan melayu dan beliau telah terpalit dengan isu panas sebelum ini yang melibatkan istana selangor seperti kes Teo Nie Ching dan Dr. Asri.

2) Di sebalik modus operandi putrajaya untuk merampas negeri selangor seperti yang mereka lakukan di negeri perak dengan mempergunakan setiausaha kerajaan negeri, maka kini dengan perlantikan sebagai SUK giliran Khusrin pula dipergunakan.

3) Dengan kerjasama setiausaha sulit sultan si munir apa kejadah namanya itu yang setahu gua daripada maklumat yang boleh dipercayai mengatakan beliau adalah seorang umno yang terlebih umnoapco daripada umnoapco itu sendiri telah berkonspirasi dalam perlantikan ini dengan menyakinkan sultan.

4) Paling trajis sekali, apakah sultan itu sendiri tahu atau tidak akan perlantikan ini kerana beliau sedang bercuti.

5) Part yang paling tak boleh blah ialah, putrajaya sedang memainkan isu ini dengan niat untuk mempolitikan isu bahawa MB dan kerajaan negeri derhaka pada sultan jika membantah perlantikan ini. Dengan matlamat sebenar iaitu melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana.

6) Jika sebelum ini, rakyat sedia maklum dengan siri penderhakaan umnoapco kepada institusi raja2, maka kini tibalah giliran PR pula menderhaka kepada institusi raja2 dan akan menjadi bahan propaganda politik puak2 umnoapco yahudi laknatullah bagi menimbulkan kebencian rakyat.

7) Jika perlantikan ini berlaku juga, maka pihak kerajaan negeri sudah tentu akan membawa perkara ini ke mahkamah, dan berlakulah pertembungan krisis antara kerajaan negeri dengan istana. Sementara pihak umnoapco akan mempertikaikannya dengan cara perundangan mereka dan memenangkan pihak istana seperti yang sedia maklum.

Justeru itu, samada dalam pertelingkahan ini kerajaan negeri selangor akan tumbang atau tidak tak dapat gua pastikan kerana berbalik kepada perundangan dan perlembagaan negeri serta keputusan mahkamah kangaroo.

Yang pasti ianya akan mengugat keharmonian hubungan antara kerajaan negeri dan istana, dan itulah matlamat sebenar umnoapco yahudi laknatullah putrajaya.

Jika ada deal lain seperti Gamuda dan Istana Perak dahulu (you help me, I help you) itu gua tak tau... dan berkemungkinan bisa ada maka marilah kita ucapkan selamat jalan kepada kerajaan PR negeri selangor seawal mungkin...

wallahuaklam.....

Apa yang paling pasti ialah banner di bawah ini..... hahahaha....

6 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Saturday, January 01, 2011 11:17:00 AM  

Poie jahanam dgn undang undang,, MATLAMAT MENGHALAL KAN CARA !!!!!!!!!

Cumi Manzui,  Saturday, January 01, 2011 12:25:00 PM  

Malaysia Boleh .....
Harap-harap DYMM Sultan ialah Raja Yang Cerdik Minda dan Akal, agar baginda dapat melihat masalah ini dengan lebih jelas. Rakyat Baginda ialah Rakyat Negeri Selangor dan bukan Rakyat Malaysia. MB Selangor itu ialah MB baginda dan SUK Kerajaan Persekutuan. Jgn biarkan kera di hutan masuk mengganggu anak-anak yang disusui oleh ibunya.

Waris,  Saturday, January 01, 2011 1:51:00 PM  

Ini bukan zaman hang tuah lagi nak hormat atau derhaka pd sultan. Mintak ampun dan maaf je le. Mana2 manusia yg tak berapa bijak maka tidak layak dihormati walaupun bertaraf ulama, sultan, perdana menteri atau presiden. Biarlah meLAYU2 HUTAN saja yg nak tunduk hormat kat org2 mcm tu. Ini zaman realiti bukan zaman cerita dongeng lagi. Kalau rasa kita patut hormat, kita akan hormat. Tak perlu nak paksa2. Sultan pun kalau rasa diri ingin dihormati maka kelaku kena betul. Kena jadi role model pd rakyat. Kena jadi ketua agama yg baik mcm sultan kelantan skrg. Jgn sibuk nak pertahankan meLAYU tapi dlm istana ckp inglis. Anak2 pulak sepatah haram tak reti ckp meLAYU. Budaya meLAYU pulak hanya digunakan pd majlis rasmi saja serupa dgn pengantin (Raja Sehari) yg berjalan sopan santun bila bersanding tapi perangai disebalik tabir baik sikit dari setan. Rakyat skrg hidup dlm dunia realiti bukan khayalan. Apa yg sultan buat itu yg rakyat ikut. Kalau sultan ke hardrock cafe maka rakyat akan ikut ke hardrock cafe. Ini realiti... jgn salahkan bila ada rakyat yg kurang ajar mcm aku sebab ini kehidupan realiti. Rakyat mcm aku dah tak bergantung pd propaganda tv lg. Aku dah bertahun tak tgk tv3 apatah lg rtm. Aku pun tak pasti samada rtm masih ujud lagi atau tak. Terpulang samada meLAYU2 HUTAN nak marah atau maki aku. Aku peduli apa? Kalau penguasa atau sultan tak hormat undang2 maka jgn harap rakyat nak hormat sama. Undang2 tuhan pun org langgar inikan pula undang2 ciptaan manuasia... Apa ada hal?

Raja Pemburu,  Saturday, January 01, 2011 2:09:00 PM  

Waris;
Gua skong lu..gua harap sangat satu hari nanti akan ada KERAJAAN REPUBLIK ISLAM!!!!!tak perlu ada sultan..

Anonymous,  Sunday, January 02, 2011 2:02:00 AM  

salam tuan..

cma ingin bkongsi ilmu mngenai perkataan d bwh skali..

'wallahuaklam'..

link d sni ;
http://kalkulus2102.blogspot.com/2010/12/wallahu-alam-atau-wallahu-alam.html

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP