IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ini Zaman Realiti Beb....!!!!

>> Saturday, January 01, 2011

Waris berkata...

Ini bukan zaman hang tuah lagi nak hormat atau derhaka pada sultan. Mintak ampun dan maaf je le. Mana2 manusia yang tak berapa bijak maka tidak layak dihormati walaupun bertaraf ulama, sultan, perdana menteri atau presiden.

Biarlah meLAYU2 HUTAN saja yang nak tunduk hormat kat orang2 macam tu. Ini zaman realiti bukan zaman cerita dongeng lagi. Kalau rasa kita patut hormat, kita akan hormat. Tak perlu nak paksa2.

Sultan pun kalau rasa diri ingin dihormati maka kelaku kena betul. Kena jadi role model pada rakyat. Kena jadi ketua agama yang baik macam sultan kelantan sekarang. Jangan sibuk nak pertahankan meLAYU tapi dalam istana cakap inglis. Anak2 pulak sepatah haram tak reti cakap meLAYU.

Budaya meLAYU pulak hanya digunakan pada majlis rasmi saja serupa dengan pengantin (Raja Sehari) yang berjalan sopan santun bila bersanding tapi perangai disebalik tabir baik sikit dari setan.

Rakyat sekarang hidup dalam dunia realiti bukan khayalan. Apa yang sultan buat itu yang rakyat ikut. Kalau sultan ke hardrock cafe maka rakyat akan ikut ke hardrock cafe. Ini realiti... jangan salahkan bila ada rakyat yang kurang ajar macam aku sebab ini kehidupan realiti.

Rakyat macam aku dah tak bergantung pada propaganda tv lagi. Aku dah bertahun tak tengok tv3 apatah lagi rtm. Aku pun tak pasti samada rtm masih ujud lagi atau tak. Terpulang samada meLAYU2 HUTAN nak marah atau maki aku. Aku peduli apa?

Kalau penguasa atau sultan tak hormat undang2 maka jangan harap rakyat nak hormat sama. Undang2 tuhan pun orang langgar inikan pula undang2 ciptaan manuasia... Apa ada hal?

N3 di atas tu... gua petik dari ruangan komen di sini, saja jer.. nak kongsi dengan lu orang semua bahawa kita sekarang ini berada dalam zaman realiti bukannya fantasi seperti zaman yang masih di perjuangkan oleh puak2 umnoapco iaitu zaman "Ketuanan Melayu" dan bla... bla.. bla... seperti yang selalu di melalakan oleh menteri2 umnoapco, terutama sekali Menteri yang menjaga Warisan dan Kebudayaan... hahahaha....

Kepada pengomen bernama "Waris", wa caya sama lu bro...

8 IkutSukaLu...::

Waris,  Saturday, January 01, 2011 3:48:00 PM  

TQ bro... aku dah tak kira org nak panggil aku ni melayu ke apa. Yg penting Tuhan terima aku masuk syurgaNya kalau layaklah. Aku pun sedar diri jgk. Tak kira aku ni bangsa apa. Jadi sultan pun belum tentu masuk syurga kalau hardrock cafe jadi rumah no 2.

Waris,  Saturday, January 01, 2011 4:34:00 PM  

Bro, dalam isu SUK ni aku dpt rasa akan ada petualang atau pengkhianat dlm PR yg akan memainkan peranannya. Berhati2 dgn puak2 pkr yg ada kepentingan. Juga berhati2 dgn puak2 pas yg oportunis mcm hasan ali. Harus diingat, mereka ni bangsa apa. Mereka ni melayu beb. Perangai melayu ni tak boleh nak ubah terutama meLAYU HUTAN. Tak boleh nak hrp pd TS Khalid sorg je. Puak2 yg menentang TS Khalid ni kena diperhatikan juga. TS Khalid mungkin tak ada kepentingan wang ringgit sb dia dah lama kaya. Yg aku risau ni ialah puak2 yg baru nak merasa kaya ni. Aku tak percaya dah kat dia org. Pres pas yg serban sebakul tu pun aku tak percaya inikan pula hasan ali si kaki ampu tu.

Watan,  Saturday, January 01, 2011 5:45:00 PM  

Salam,

Di Britain, keluarga diraja termasuk Ratu bayar cukai...Malaysia? Mungkin kot....
Dlm Quran dan terjemahan Aku, Engkau ...yang Maha Esa Pencipta alam semesta pun digunakan hanya Engkau,sedangkan dgn golongan itu tahap manusia yg bantu golongan itu ke tahap mereka sekarang sanggup berpatik, berhamba dan nak minta ampun pun pada kaki golongan itu.....entahlah, malu yang teramat sangat dgn Allah ...

Anonymous,  Saturday, January 01, 2011 7:00:00 PM  

betul bro gua pun dah tak suka tengok dan percaya sama TV 3 ke RTM1 ke 2 ke. Gua tak caya lagi, tengok melayu pun dah tak serupa dulu lagi dah mungkin Bn punya kaki ke pas punya kaki ke. Gua tengok movie saja.
Mana ada yang lagi dah sekarang nak jadi contoh.

Abang Chot,  Saturday, January 01, 2011 10:10:00 PM  

I change my mood.. huk huk

jebat x derhaka,  Sunday, January 02, 2011 2:20:00 PM  

sokong 100 peratus apa yg lu cakap,
ada kerabat sultan 2-3 negeri malam jumaat ( nak tau sapa pi cari sendiri )lepak HRC, karaoke, vip club langgan 1st class GRO mabuk mcm keling mamak tapi tghhari jumaat pi sembahyang jumaat..yg xleh blah siap jemaah x kira muda, tua, salam cium tgn...kahkahkah...padahal baru mlm tadi dok korek2...

Lang Monday, January 03, 2011 12:27:00 AM  

bro,

gua pon makin keliru dengan melayu ni... kemelayuannya lebih agung dari keislamannya... kesultanannya lebih tinggi dari ketuhanannya... ketuanannya lebih agung dari keimanannya...

soklan ku, mati sok nak kemana? yang terpekik terlolong tu dah ada ke tempatnya disyurga?

nnt di sana, Allah tak tanya ko ni bangsa apa? keturunan darah apa? pangkat apa? agama ko kat ic apa? hensem ke? cantik ke baju?... yang Allah tengok keimanan dihati...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP