IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Blogger Pengkhianat Dan Blogger Lalang.

>> Saturday, January 01, 2011

hahaha... lawak betul dengan perangai sesetengah blogger nih... baik blogger pro PR atau blogger pro keraaaajaan, jenis kepala otak sendal dan sengal.

Apabila kritikan dan pendedahan salahlaku pemimpin atau parti yang disokong itu mendapat teguran atau didedahkan, maka mulalah penyokong2 (blogger yang setia secara khinzir buta akan mengamok) kononnya tak setia pada pemimpin dan parti.

Maka macam2 lah gelaran yang diberikan kepada blogger yang menegur itu seperti Blogger Lalang, Pengkhianat, Sudah di beli oleh parti lawan dan sebagainya.

Bagi gua blogger2 seperti merakalah pengkhianat sebenar kepada rakyat, kerana mereka yang jenis ini tidak jujur pada perjuangan untuk menegakan keadilan demi kepentingan rakyat, kerana taksub pada parti dan pemimpin mereka sanggup sembunyikan kejijikan dan pembohongan pemimpin2 mereka atas alasan untuk kebaikan parti.

Itu satu tindakan dan pemikiran yang bodoh dan bangang wa cakap lu....


Gua masih ingat semasa Pemilihan PKR bagaimana Blogger Anak Sungai Derhaka yang lantang bersuara di tuduh telah di beli dan sebagai agen umnoapco kononnya... hahaha ntahlah atas dasar dan asas apakah orang yang mengelarkannya begitu. (Sori bro... gua petik nama lu sebagai contoh).

Dan bagaimana gua dan beberapa orang blogger lain yang tak terlibat juga di gelarkan sebagai Blogger Lalang oleh seorang Blogger yang gua malas nak sebutkan namanya di sini (lu orang carilah dalam n3 gua yang lepas2 tu), gara2 menegur pembaziran sebuah parti dalam gabungan PR.

Terkini Blogger RockyBru pulak di tuduh sebagai pengkhianat perjuangan kerana mendedahkan salahlaku seorang Menteri Perogol. Kah..kah..kah.... lawak betul mentaliti blogger2 seperti itu.


 Boleh baca di sini. Gua malas nak kacau kisah diorang sebenarnya, gua cuma nak sentuh perihal blogger yang otak mereka mereng kepada parti dan pemimpin sehingga sanggup menyembunyikan kebenaran daripada rakyat/masyarakat.

Gua tak peduli, siapa yang gua sokong atau tidak selagi berada dilandasan perjuangan sebenar demi rakyat/masyarakat  akan gua sokong, jika ada sebarang salahlaku akan gua belasah... kerana para pemimpin ini adalah pilihan dan lantikan dari rakyat, jadi mereka bekerja untuk rakyat, mereka adalah hamba kepada rakyat, mereka dilantik sebagai wakil kepada rakyat, bukannya menjadi bahan pujaan dan untuk di sanjung oleh rakyat.

Sedangkan Rasulullah sendiri akan potong tangan puteri baginda jika di dapati mencuri, inikan pulak pemimpin2 parti yang kebanyakannya haprak dan korup. Kebanyakan Ahli Politik mana ada yang jujur... semuanya ada kepentingan...

So kepada blogger2 yang bangang dan mereng kepala otaknya itu..., tanya pada diri sendiri... lu orang berblogging ini kerana apa dan untuk apa...??? Kalau untuk mempertahankan pemimpin dan parti yang perangai macam sundal dan penyangak... baik ghentikan jelah... jangan jadi penipu atau hipokrit dengan menyusahkan masyarakat..

Seorang blogger yang jujur, adalah seorang Neutral. Walau ada dokongan parti dan pemimpin pilihannya, beliau tetap jujur dalam memberi pandangan dan teguran, yang baik di sokong yang tidak elok akan di tegur... bukan sembunyikan perkara sebenar.

Sendiri mau ingat laaaaa...

8 IkutSukaLu...::

Unknown Saturday, January 01, 2011 8:48:00 PM  

wa sokong hujah lu bro,prinsip untuk menegakkan kebenaran adalah matlamat perjuangan kita ,tak kiralah subjek kritikan kita tu dipihak mana sekalipun.

KaratEjau,  Saturday, January 01, 2011 10:29:00 PM  

Bro... Lu ckp tak serupa bikinlahhh.. Lu pun sama jugak laa.. Mcm kepala b**oh!!

Admin Saturday, January 01, 2011 10:41:00 PM  

prinsip kena tetap baru kuat pegangan..

ISA Saturday, January 01, 2011 10:48:00 PM  

KaratEjau;

Buktikan...!!! Kalau gua cakap macam kepala b**toh.

Lu pakai nickname KaratEjau ni.. yang ori atau yang palsu beb..

Jangan buat dosa beb... kena laknat nanti... hehehe...

Lang Monday, January 03, 2011 12:17:00 AM  

bro,

zaman era milinium IT ni, title blogger tu juga kadang-kadang merupakan jawatan tidak langsung yg mendapat imbuhan seperti gaji... kalau perut dah penuh duit suapan... otak pon jadi sebu bro... tolak kanan dia golek kanan, tolak kiri dia golek kiri, asal tuannya tidak pijak perut udah le... pendirian dan maruah tolak tepi bro... itu yg ramai sekarang ni timbul dikedua2 pihak... kerja tetap tak berpencen... tp imbuhan lumayan beb...

khazinatul,  Friday, April 08, 2011 2:06:00 PM  

suka bca tulisan aspan alias..walopun dia ahli umno (vteren) tp dia menulis berdasarkan fakta..bukan auta..sungguh dia bkn lembu umno walopun dia umno..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP