IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Berita Pembodohan Minda Rakyat

>> Monday, January 03, 2011


KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.
Ohhhh... berita seperti ini ka.... dah bertahun2 dan berkali2 keluar masuk suratkhabar dan ianya tak mengejutkan pun... berita basi beb... berita yang boleh di ketawakan oleh rakyat 1Malaysia.. kah..kah..kah...

Berita seperti ini juga boleh di kategorikan sebagai propaganda Pembodohan Minda oleh keraaaajaan barisan nasional terhadap rakyat.

Yuppp.... mula2 keluarkan berita minyak masak berkurangan dalam pasaran selepas itu dalam sehari dua atau seminggu dua... apabila harga minyak masak diselaraskan mengikut definasi Najib Razak (selaras harga bukannya naik harga), keesokkan harinya lu orang boleh lihat melimpah ruah minyak masak dalam pasaran, ntah dari mana datangnya gua pun tak tahu.... mungkin Jin-Jin Kapitalis menyorokannya....

Kalau rakyat malaysia terbaca sahaja berita sebegini, maknanya bersiap sedialah untuk kena sembelih lagi dengan kerajaan barisan nasional.... Harga Minyak Masak akan NAIK beb.... tungggggguuuuu.....

3 IkutSukaLu...::

pisangmalaysia Monday, January 03, 2011 1:30:00 PM  

Semestinya Naik...org yg pandai, cepat dapat baca tanda2 kenaikan. Jika berdasarkan harga semasa minyak sawit mentah (CPO), HAMPIR dan SEMEMANGNYA PASTI minyak masak akan NAIK...Bagus...siapa undi BN pasti bangga giler sampai kembang ternganga lubang idung!Undilah BN supaya Barang sentiasa NAIK!

tukang kata,  Monday, January 03, 2011 3:33:00 PM  

aku ingat dapatlah kiranya pihak kerjaan menerbitkan lagu paling bermakna buat rakyat 1malaysia "PELARASAN OH PELARASAN PASTI ANDA TAK PERASAN"

lagu ni paling sesuai dinyanyikan oleh rosmah pak chot diiringi oleh orkestra haram jadah kebinet dry kitchen dan wet kitchen BN konduktornya RAIS THE RAPERS

amacam sempoi lah tu

Lang Tuesday, January 04, 2011 1:36:00 AM  

bro,

lepas ni ada lak ucapan... minyak masak banyak kolestrol... tak baik untuk rakyat malaysia... kurangkan penggunaan minyak semasa memasak... banyak kan lauk2 rebus... panggang... atau di sangan...

kerajaan prihatin.... kurangkan minyak dalam makanan anda... kurang minyak kurang kolestrol, hidup sihat negara selamat... pesanan dari Kantor kesehatan nasional.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP