IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Alasan Ro$mah Untuk Budak Tadika.

>> Wednesday, January 26, 2011


'Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana.

''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya.

Cuba lu orang perhatikan betul2 ayat ini;
"tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan" perghhh.... baiknya pihak istana kepada Ro$mah... Apakah status Ro$mah sama tarafnya dengan Permaisuri Agong...????

Persoalannya di sini...,

Apa keistimewaan pompuan ini dalam negara...???
Apa Jawatan Rasmi pompuan ini dalam negara sehingga Menteri Oman nak menjemputnya, kononnya...????
Ini urusan rasmi negara atau sekadar nak bersosial di Oman....????
Jika urusan sosial negara mengapa mesti di angkut seramai 20 orang lebih dalam delegasi tersebut..????
Benarkah ianya di taja sepenuhnya oleh Kerajaan Oman...????
Benarkah ianya di taja dari peruntukkan Istana Negara...????
Jika jemputan dari Menteri Oman, maka ianya sepatutnya di hadiri oleh Menteri dari Malaysia.
Baiknya hati Pihak Istana menaja perbelanjaan pompuan ini dan delegasinya.
Bukankah peruntukan perbelanjaan Istana juga hasilnya dari wang kerajaaaan/rakyat...????
Banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh di bangkitkan yang menyentuh pembaziran wang rakyat oleh seseorang yang tiada kapasiti dan hak dalam kerajaaan.

Segala alasan Ro$mah Man$or hanyalah bagi menghalalkan segala keterlanjuran dan kerakusan beliau yang telah mengambil alih tugas Menteri berkaitan dan mencampuri urusan pentadbiran negara. Sekaligus menyalahgunakan kewangan negara untuk tujuan peribadi beliau.

Jika benar dia bertanya pada Najib Razak selaku Perdana Menteri, maka kita mempunyai Perdana Menteri yang membelakangi jemaah Menterinya. Dan jika dia bertanya Najib Razak selaku seorang suami, seharusnya Najib Razak menasihatinya bahawa beliau seorang isteri kepada Perdana Menteri dan jangan mencampuri urusan rasmi Kerajaan.

Apa yang gua tahu, semua ini hanyalah helah Ro$mah untuk membazirkan wang rakyat semata-mata. Pihak Istana telah dipergunakan sebagai alasannya bagi mengaburi mata rakyat dan menghalalkan tindakannya.

Rakyat lebih bijak menilai siapa Ro$mah Man$or..!!!!

9 IkutSukaLu...::

5sal,  Wednesday, January 26, 2011 2:17:00 PM  

Salam!Istana Oman ty Istana Apco gak kut.Tetiba nak mengandung terus mengandung kut.Lawak,lawak, lawak biji nangka.Utk puak yg karat "BIRU" boleh kelengTong, tentu 1000% terus PERCAYA apa yg FLOM cakap.

Prof. Era Pasca Wednesday, January 26, 2011 2:31:00 PM  

sangat istimewa bro.. kat mesia nih sape yang terkecuali hukum? dia sorang jer.. cina pakai baju ketat pun salah tapi kalau dia takpa.. harharhar

Anonymous,  Wednesday, January 26, 2011 2:49:00 PM  

apa pasai kat negara malaysia ni asal geng umnoapco bagi alasan jer level lagi bawah dari taska

SELAMPIT Wednesday, January 26, 2011 2:53:00 PM  

MEMANG DAH MINAH NI TAK RETI BAHASA......die ingat die darah bangsawan ke....alasan yang boleh setaraf dengan j***r

keladi,  Wednesday, January 26, 2011 3:14:00 PM  

salam bro isa

kasi itu orang joli la,
pas ni kita halau je gi oman.
kita buat cam tunisia.
first lady depa lari gi saudi.
kita punya first lady gi oman la.
tu pun kalu sempat la..
tangkap lempak kat anjing gan babi la.tu pun kalu nak makan la...kahkahkah

pue,  Wednesday, January 26, 2011 4:08:00 PM  

kcian kat abg mah...semua yg abg mah buat slh...haha

Lau Tze Wednesday, January 26, 2011 6:00:00 PM  

berbulan madu la tu..tapi bukan dgn pm kita kahkah

Anonymous,  Thursday, January 27, 2011 2:14:00 PM  

byk tau dinda brjoli brg kt sana..kanda mare?wakakaka..

anti fat mama..,  Thursday, January 27, 2011 10:17:00 PM  

salam..
jom turun ke jalan kasi kejar itu FLOM..semua negara timur dah ebrjangkit, malaysia bila lagi..
akuu dah menggigil kaki dah nie nak ke jalan kejar flom..benci batul aku tengok, mengada2..
bro ISA, tolong buat pungutan suara, kalau ramai yang sokong kita turun kejalan ramai2 kasi kejar itu biawak hidup....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP