IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Usah Gadai Masa Depan Negara Kepada Barisan Nasional - PM BolehLand

>> Saturday, December 11, 2010

Perdana Menteri BolehLand - Tun Datuk SeriMuka Toya.

PEKAN: Perdana Menteri Tun Datuk SeriMuka Toya berkata pihak Barisan Nasional tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan Pakatan Rakyat untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata rakyat BolehLand tidak perlu menggadai masa depan negara kepada Barisan Nasional yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di sini Sabtu.

Tun Datuk SeriMuka Toya berkata kepimpinan Pakatan Rakyat yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Alternatif, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemerdekaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah mengambil risiko (menyokong barisan nasional) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya.

Tun Datuk SeriMuka Toya berkata sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat.

Katanya kepimpinan PR selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini.

"Saya akan pegang kepada semangat 1BolehLand, dahulukan penyembelihan rakyat, Insya-Allah rakyat akan cepat mampus secara besar-besaran di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya.

Sumber dari Agensi Berita Fakap.
Antara pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat selama lebih 53 tahun ini adalah;

Singapura tergadai kepada Lee Kuan Yew.

Tanah orang Melayu di Pulau Pinang di gadai oleh Lim Guan Eng

Pulau Batu Putih di gadai oleh Anwar Ibrahim.

Tanah Rezab Melayu yang berjuta hektar/ekar semuanya di belasah oleh Nik Aziz, Haji Hadi, Wan Azizah, Nizar, Lim guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan kroni2 mereka.

Penyelewengan PKFZ sebanyak RM12 billion di lakukan oleh Ronnie Liu

Enjin Jet TUDM Hilang angkara Raja Petra

Skandal Komisyen Kapal Selam melibatkan PI Bala dalam siasatan Kerajaan Perancis.

Ohhhh... banyak lagi beb... kerja2 songsang dan jijik yang di lakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat selama 53 tahun memerintah negara BolehLand.

Selama ini Pakatan Rakyat telah bertumpah darah mempertahankan "Ketuanan Rakyat dan Tanah Rakyat" aka Negara BolehLand daripada kerakusan Barisan Nasional.

Selama 53 tahun Pakatan Rakyat memerintah, habis segala hak orang2 melayu tergadai, harga minyak dan barangan naik, indeks rasuah meningkat, dan banyak ketirisan berlaku... kalau lu orang tak tahu dan buta sejarah... cuba-cubalah bertanya dengan profesor2 kangkung yang berlambak2 kat universiti seluruh BolehLand.

1 IkutSukaLu...::

Kerajaan Rakyat Saturday, December 11, 2010 10:40:00 PM  

Salaam YAB PM BolehLand,

N3 dari wartawan terbaik..!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP