IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

UmnoApco Dah Tenat...!!!!

>> Wednesday, December 08, 2010


UMNO yang berada di ambang sakaratul maut terusa mengamalkan demokrasi ala jakun bagi memastikan kelangsungan kuasa pemerintahan berada di pihaknya. Indeks Kebebasan Media yang dikeluarkan oleh satu badan penganalisa antarabangsa menunjukkan Malaysia berada pada ranking ke- 166 dari segi kebebasan media.

UMNO yang mencipta Perlembagaan Negara mencabulinya sendiri tanpa rasa segan dan silu kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan mahkamah membebaskan peserta Himpunan BERSIH dalam penghakimannya menegaskan pihak polis telah melanggar Artikel 11 - Kebebasan Beragama semasa menangkap para peserta tersebut'

UMNO cuba menipu rakyat untuk memulihkan imejnya dengan mengumunkan kejayaan pertumbuhan ekonomi negara tetapi dalam masa yang sama barang keperluan asas rakyat dinaikkan harga seperti gula, gas memasak, minyak diesel dan RON95.

Banyak pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh UMN/BN seperti bayaran pampasan RM400 Juta kepada kontraktor akibat kegagalan kerajaan UMNO/BN meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok di Selat Tebrau, Johor.

Sebanyak RM28 Billion wang negara hilang setiap tahun akibat perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahguaan kuasa para pemimpin UMNO/BN dan wang ini adalah wang rakyat sendiri bukannya wang dari poket seluar mereka.

UMNO mula cemas apabila hilang pengaruh dan sokongan orang Melayu kerana UMNO sebuah parti politik perkauman yang survival politiknya hanya bergantung kepada orang Melayu sahaja. Masyarakat orang Melayu di bandar dan orang Melayu di pinggir Bandar (semi urban) telah lama meluat, loya dan menyampah dengan UMNO. Hanya orang Melayu di luar bandar dan peneroka FELDA yang menjadi penyokong kuat UMNO.

UMNO menggunakan media cetak, media massa dan media elektronik untuk meracuni fikiran dua golongan orang Melayu ini dan terpaksa mengamalkan demokrasi ala jakun untuk memastikan mereka mendapat maklumat sehala sahaja iaitu dari UMNO sahaja,...

Dalam masa yang sama dua golongan ini menganggap apa sahaja yang dibaca di akhbar, di dengar di radio dan ditonton dalam tv adalah benar dan sahih, jadi menjadi tugas kita semua mengubah persepsi golongan ini jika inginkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Lihat apa yang berlaku di PRK DUN Galas di Kelantan, isu banjir di Kedah, isu wang loteri di Pulau Pinang dan isu orang bukan Islam memasuki masjid dimana pihak yang dituduh langsung tidak diberi ruang dan peluang untuk membuat penjelasan dan mempertahankan diri, inilah dia Demokrasi Jakun namanya...

Setelah selesai isu tersebut, UMNO mula mengasak dengan isu ketuanan melayu dan dimainkan isu agama seperti kebakaran gereja dan kepala babi dalam masjid supaya orang Melayu akan berasa panik dan cemas lalu mencari UMNO untuk menyelamatkan diri.

UMNO memasukkan doktrin Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu dan hanya UMNO yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan, kita hendak tegaskan di sini semua sandiwara ini adalah karut dan primitif kerana sudah 20 tahun UMNO berkubur di Kelantan tetapi negeri tersebut tetap mambangun dan maju....

Bila Dato' Tuan Guru Mursyidul Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS turun berjumpa dengan wakil - wakil gereja barulah isu ini mula sejuk dan terpadam kerana pendekatan yang digunakan ialah pendekatan Islam bukan dengan cara perkauman seperti di zaman jahilliyyah dulu....

Masih ingatkah kita dengan Tulisan Jawi, Akhbar Jawi, Bahasa Melayu dan biasiswa kepada anak Melayu yang cerdik bertukar menjadi PTPTN, siapa yang menghapuskannya kalau bukan pemimpin UMNO yang berkuasa yang celaka ini,...

UMNO lah yang membuat persempadanan semula menjadikan suara wakil rakyat berbangsa Melayu menjadi kurang di Parlimen, mereka tidak menambah kerusi parlimen di negeri yang orang Melayu menjadi majoriti kerana bimbang dimenangi oleh pembangkang'....

Jadi kita meminta rakyat membuat perubahan dalam PRU Ke-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini untuk mengelakkan kampung terus tergadai dan lenyap angkara perbuatan pemimpin UMNO sendiri.

1 Malaysia.

2 IkutSukaLu...::

a.samad jaafar Wednesday, December 08, 2010 6:27:00 PM  

kita harus bergerak sekarang.. beri maklumat yg tepat.. jgn jemu sebab orang UMNO ramai yg lembam dan pekak..jadi kene sabar..ayuh rakan2 seperjuangan jgn tertidor lagi..! Ingat..kalau kita kecundang, hancurlah negara..

AzizMostafa Friday, December 10, 2010 10:17:00 PM  

Masih ingatkah kita dengan Tulisan Jawi

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP