IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Takut Suami Marah Atau Nyawa Anak..???

>> Monday, December 06, 2010

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife penulis email ini.

Kejadian ini berlaku pada (1 Feb 2008). Walaupun ianya adalah kisah lama, tetapi boleh di jadikan iktibar kepada semua. Di mana perasaan takut/patuh kepada suami lebih utama daripada nyawa seorang anak.... hahaha...


Masa rehat Jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall. Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park. Carpark yang mengadap DEMC tu....

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis... alahai kesiannya... Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ... terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A: umpil aje... la pintu kereta ni...

Mak Budak tu: tak boleh... (sambil menangis)... nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...

Pompuan C: Iskkk...  tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, you sanggup biar anak you mati ke..?

Mak budak tu: (sambil menangis)... nanti suami saya marah...

Pakcik B: isk... kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C: "Mana bapaknya???"

Mak Budak tu: "Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang: "Apa! Meru...!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu... suasana gamat macam perhimpunan haram... tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata... "saya takut suami saya marah"... "Tunggu suami saya datang"...

Tetiba ada sorang akak tampil dan jerit: Pergi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke...?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools untuk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen "aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu... praannng. ...!!!!

Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan... kesian baby tu... berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC... bapak dia masih tak muncul-muncul... yea... la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

Info: Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Yeaa... betul... orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih compassionate berbanding orang Non-Muslim. Kononnya lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.

Semoga bermanfaat buat semua untuk di fikir-fikirkan..... apa yang tersurat dan tersirat di sebalik kisah ini.

5 IkutSukaLu...::

Unknown Monday, December 06, 2010 11:11:00 PM  

Cermin kete ada cover insurance dan bole diganti, nyawa anak mana bole ditukar ganti. Sayangkan anak tinggal tinggalkan? Lalalalalala...Kunci spare sepatutnya simpan dalam wallet bukan kat rumah! Lagi sekali lalalala......

Pak Oncu Monday, December 06, 2010 11:30:00 PM  

kalau mati anak boleh buek anak baru hahahahahahahh !!!!!!!! (jgn mare)

bunbinban,  Tuesday, December 07, 2010 1:00:00 AM  

mak budak atau bapak budak yg bangang ni. dua2 bangang. yg paling bangang si suami. pakai BMW 5 series tapi akai dok dlm telur. sayang kereta dari sayang anak, apa punya spesis la parent budak malang tu. elok time bapak tu sampai, pakat sekeh kepala sorang satu kot2 bergerak balik otak tu dari beku. eeeee..aku lempang la gak parent budak ni...ptuihhhh.

noorafzan.blogspot.com Tuesday, December 07, 2010 2:17:00 AM  

Ya Allah.
Ada juga mak pak berfikiran dangkal macam tu.
hhuhu~

p/s : persoalannya bapak budak tu balik meru naik pe? naik bas ke? kete dah terkunci.

Anonymous,  Tuesday, December 07, 2010 11:26:00 PM  

Cube kau orang check.. BMW duit haram la tuu... kalau tak macam mana orang sebangang dan sebodoh tuu pakai kete BMW...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP