IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Spesis Makan Tanggung Berak Cangkung...!!!!

>> Wednesday, December 22, 2010


DEWAN NEGARA KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.


Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Kos perjalanan termahal
Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

Beliau turut membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

"Saya tidak tahu keuntungan sebenar dari perjalanan ke luar negara dan hasil yang diperoleh dari perbelanjaan ini," kata Syed Husin kepada pemberita.

Senator tersebut turut mendedahkan bahawa Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010). - Sumber.
Gilerrrr... ahhhh... PM laki bini nih...., perabih duit keraaajaan (duit rakyat) belanja macam duit mak bapak diorang jer...., pergi Amerika jer... RM 1 juta lebur....

Patutlah ramai sangat yang nak masuk politik, merebut kuasa nak jadi Menteri, TPM dan PM sebab banyak kepentingan pada diri dan kroni....

Yang si bini pulak, ahhhh... susah mau komen laaaa... jenis muka tak tau malu tu payah nak cakap aaarrr..., mana laki pergi semuanya nak mengikut, lepas tu duit rakyat jugak yang di belasah dan di bazirkan membesarkan kopek dan bontot dia...

Buat persidangan wanita pertama habis RM4.5 juta untuk bercakap2 makan minum tidor kat hotel 5 star untuk wanita2 pertama negara2 Afrika... bangang punya persidangan yang tak menampakkan hasil buat rakyat malaysia.

Kalau RM4.5 juta tu di agihkan untuk 1 juta lebih rakyat miskin tegar di Malaysia nih... ada juga faedahnya.. harap2 PRU 13 nih.... semua malaun2 nih... terkubur jahanam.... dah laaa hidup menyusahkan rakyat... rakyat pulak kena tanggung perbelanjaan diorang pi makan angin...

Inilah.... malaun2 yang di katakan "Makan Tanggung, Berak Cangkung".... rakyat jugak yang merana....!!!!

4 IkutSukaLu...::

pakwe Wednesday, December 22, 2010 9:19:00 PM  

aik gi vietnam pun mahal ke???

apa yg ada kat daerah komunis tu???

ahahahahaha

handbag??

Unknown Wednesday, December 22, 2010 9:48:00 PM  

Pandai jugak ko berpantun ye,tajuk tu mmg unik.
Pompuan vietnam pun ala-ala altantuya jugak,hehehe

tukang kata,  Thursday, December 23, 2010 8:39:00 AM  

alahai kalau macam ni lagi 50 tahun dok joli beli coli nampaknya kita sebagai rakyat spenda pun tak bole beli

Anonymous,  Thursday, December 23, 2010 10:28:00 AM  

sape2 pun seronok bro kalu buke duit sendiri...aku ni dah nak masuk separuh abad...masih lagi dok serabut
dengan hutang yg tak pernah habis..tak tau bila nok sene..harap2 duit 1/3 aje la..itu pun kalu sampai umur...adeyy!

i'm no king

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP