IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Selagi bn Memerintah, Hentikanlah Projek Nuklear...!!!! 1Malaysia Boleh Pupus...

>> Monday, December 20, 2010

Akhbar Pencacai Utama Negara, melaporkan Malaysia akan membina loji nuklear pertamanya yang dijangka siap pada 2021, seram sejuk badan gua membaca berita ni..., bukannya apa...??? Gua tak berapa yakin dengan tahap kepakaran yang ada di Malaysia ni... selagi ianya dibawah pemerintahan barisan nasional.... gila sehhh....

Sebelum ini gua dah siarkan pandangan gua berkenaaan pembinaan loji nuklear ni...., dan gua ulangsiarkan demi menyatakan pandangan gua..., kalau stadium boleh runtuh dan jika ada kematian pun masih boleh kira berapa jumlah kematian, jika MRR2 runtuh... kita masih boleh kira berapa jumlah kematian, tapi kalau loji nuklear runtuh atau paling cikai pun... loji nuklear bocor... lu orang agak2 boleh pupus tak 1Malaysia...????


Selagi dibawah pemerintahan Barisan Najis nih... dalam firasat dan pemikiran lu orang yang cerdik dan bijaksana, apa pendapat lu orang dengan perancangan Kera....jaan Barisan Najis untuk membina Loji Nuklear pada tahun 2021 ini... selamat atau tidak untuk rakyat Malaysia..???

Gua bukan nak membangkang atau menentang idea Loji Nuklear tu... bagus juga untuk Malaysia, tetapi gua risau dengan perlaksanaan projek tersebut, apatah lagi dengan segala urusannya yang pasti ada selit menyelit untuk memenuhkan poket dari A sampai Z.... kesudahannya tak mustahil Loji Nuklear pun boleh runtuh dan natijahnya jadi macam Chernobyl.

Melalui pengalaman Malaysia Darul Runtuh;

Bina Mahkamah syiling runtuh, Bina sekolah bumbung runtuh, Bina makmal sekolah pun boleh runtuh, Bina Jalan MRR2 hampir2 nak runtuh (retak), yang paling tragis dan lawak bangang bina Stadium habis semuanya runtuh, nasib baik takda yang mampus, Gua Tempurung Highway Plus pun boleh runtuh, Hospital pun tak selamat syiling runtuh jugak, Bina Jambatan pun runtuh jugak... berapa orang murid sekolah mati...???

Bina Mahligai Putrajaya bila pulak nak runtuh...??? hahahahaaaa.....

Kesimpulannya, secara peribadi... selagi di bawah pemerintahan Barisan Najis nih... ghentikanlah nak bina Loji Nuklear tu.... gua seratus peratus tak percaya dan yakin dengan ketelusan perjalanan projek pembinaan tersebut. Faham2 jelah kenapa gua tak yakin, sedangkan Ling Leong Sick boleh kelentong kabinet MahaFiraun, inikan pulak kabinet Najib Razak... perghhhhh....

So... apa pendapat lu orang pulak jika suatu hari nanti pada tahun 2021, tiba2 lu orang terbaca papan cadangan yang dipacak oleh malaikat maut dan bertulis "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional - Pembinaan Loji Nuklear"

Selamatkah Kita....???

Dan kepada Kerajaan PR.... jangan beri keizinan/kelulusan untuk negeri2 PR menjadi tapak projek nuklear, biar Keraaa... keraaaa... keraaajaan bn bina dalam negeri yang diorang perintah... kalau loji nuklear tu bocor atau runtuh biar rakyat dalam negeri2 bn perintah mampus terlebih dulu.

Masa tuuu... baru diorang ada akai kot... tapi akai diorang dah tak berguna beb... sebab samada dah cacat atau kemungkinan mampus dulu... hahahaha.... 

4 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Monday, December 20, 2010 8:51:00 PM  

cari tukang sebat untuk hukuman minum arak pun menggagau nak cari orang bina loji... nasib la rakyat mesia.. takde orang hirau kalau lepas nih ramai lahir anak mutant... hahaha banyak le xman n xwoman pas nih...

pakwe Monday, December 20, 2010 8:56:00 PM  

pak baginda..pak isa..korang kalau jadi xmen korang nk kuasa apa??? ahahahaha...

ISA Monday, December 20, 2010 9:07:00 PM  

baginda;

jahanam mesia wooiiii.... kita test roswah dulu jadi mutan... amacam...

ISA Monday, December 20, 2010 9:09:00 PM  

pakwe;

kalau jadi mutant gua nak jadi invinsibleman... senang gua nak terjah... hahahahaaaa....

perkara pertama berdiri dalam bilik Najib n Rosmah... kah..kah..kah...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP