IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sejarah Jahat umnoapco Terhadap Raja2.

>> Sunday, December 05, 2010


Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob, MB Kelantan, pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke KL apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Annuar Musa ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak, telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra hanya kerana baginda (Sultan Ismail Petra) tidak sehaluan dengan Umno.

Mahathir pula cuba memalukan Tuanku dengan penyiaran berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablo dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu

Negeri Sembilan:
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor:
MB Selangor, Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan Puteri Tuanku (Ku Yah).

Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang perkara berkaitan dengan MBnya ketika itu, Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda pada Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang:
Walaupun Tuanku diketahui ramai adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau & membazir kerana Baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga pada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak:
Sultan Azlan Shah, Sultan yang tercerdik & terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan Baginda. Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.

Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku. Akhirnya Tuanku mengaku kalah tunduk pada Mahathir.

(Apakah cara jahat itu.... hehehe... ISA nama gua...)

Johor:
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno. Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai Sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Mahathir tentang Baginda. Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku, Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa. Memang ia satu kesalahan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu, adakah kisah itu akan disebarkan? atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu:
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali. Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa Sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan, kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu. Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja, ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan Sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu, maka Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. - petikan dari Blog PemudaSarawak.

Persoalannya, siapakah yang sepatutnya terlebih dahulu di ISA kan..???

Adakah si mamak mandeliar Mahathir Kutty atau Dr. Wan Azizah...??? Jadi.. janganlah terpedaya dengan dakyah karut puak2 haramjadah umnoapco yang memperjuangkan "Ketuanan Melayu" dan mempertahankan institusi Raja-Raja.

Banyak lagi sejarah Penderhakaan umnoapco yahudi laknatullah yang bersifat "talam dua muka" selama ini.

2 IkutSukaLu...::

Waris,  Sunday, December 05, 2010 1:13:00 PM  

Persoalan tentang perangai raja2 melayu ni aku sokong mahathir walaupun aku tau mahathir tidak ikhlas ada maksud yg tersirat disebaliknya. Raja2 melayu ni tidak menunjukkan contoh dan teladan yg baik kpd rakyat. Cara hidup mereka tidak menunjukkan mereka sbg ketua agama Islam (kalau agama lain aku tak tau) kecuali Sultan Kelantan yg baru ni. Sultan2 lain sibuk dgn ketuanan meLAYU tapi adakah gaya serta tindak tanduk mereka melambangkan meLAYU? Mungkin nampak meLAYU mereka dlm adat istiadat serta di majlis2 formal saja. Kehidupan biasa mereka mcm mana? Apabila berada di luar negara mcm mana cara hidup mereka? Bahasa pertuturan dlm istana merekamengunakan bahasa meLAYU ke? Rakyat tidak tau kehidupan raja2 mereka yg sebenarnya kerana kebanyakan rakyat tidak pernah masuk ke istana dan tidak pernah bergaul dgn puak2 istana terutamanya meLAYU yg terlalu mudah ditipu. Rakyat hanya dihidangkan dgn suasana formal raja2 melayu melalui media massa yg berlagak sbg ketua agama Islam di mana teks2 ucapan raja2 melayu telah disiapkan terlebih dahulu oleh penasihat2 (sebenarnya org yg dinasihat oleh sultan) seperti para ufti (bukan mufti). Apa yg didedahkan oleh mahathir adalah sbhgn saja dari cerita sebenar. Ada bnyk lagi cerita2 yg menjengkelkan. Raja2 meLAYU hanya dipergunakan sebagai alat utk menyelamatkan umno bila tersepit. Gaya hidup pemimpin umno sendiri tidak melambangkan meLAYU.

Berkata benarlah walaupun pahit...

Prof. Era Pasca Sunday, December 05, 2010 6:08:00 PM  

apsal nama gua jer di sebut... rindu ke bro?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP