IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Raja Kena Kencing....

>> Friday, December 17, 2010


Maka terdengarlah Raja Melaka akan kecantikan rupa paras Si Puteri Gunung Ledang, Langsung baginda ingin memperisterikannya. Maka bertitahlah Raja Melaka akan hulubalang2 pergi ke gunung ledang untuk rombongan peminangan.

Laksamana Hang Tuah masa tu tak berapa sihat, kena Buasir kot... berak tahi keras.. dia pun kena pergi juga. Maka berjalan kaki lah mereka dalam 3-4 orang hulubalang yang lain termasuklah ketua rombongan iaitu Tun Mamat.

Bila sampai dipertengahan jalan hari pun dah gelap... maka diorang pasanglah khemah dan lampu minyak tanah, bermalamlah kat situ sementara menunggu hari siang. Kebetulan pula malam tu malam jumaat keliwon... jeng.. jeng.. jeng...

Sekonyong2 datanglah angin ribut yang amat dahsyat, masa tu semua hulubalang tengah masak bekalan masing2, ada yang masak mi maggi untuk makan malam, ada yang tengah masak burger, ada yang tengah makan ayam kfc, ada pulak yang tengah main sms dengan awek2 dia orang perghhh.....

Tiba2 terdengar satu suara yang amat dahsyat lagi menakutkan... melarang dia orang semua meneruskan perjalanan. Kalau tidak nyawa mereka dalam bahaya. Ada di antara hulubalang2 tu belum beristeri lagi, takut ada yang kempunan tak merasa kawin, maka mereka pun bermesyuaratlah sekejap nak cari jalan terbaik untuk menipu raja.

Hang Tuah : Hai Tun Mamat, aku sebenarnya dah tak larat nak teruskan perjalanan ni, lagi berjalan lagi tambah teruk sakit buasir aku ni. Aku tak nak pergi laa...

Hang Kasturi : Ye la Tun Mamat aku pun malas laaaa…, nak terus naik gunung ledang tu, buat penat je.. lebih baik kita ikut je pesanan suara tadi tu, lebih baik kita stop je kat sini. Aku takutlah apa2 terjadi kat kita... nanti nayaa jer.. aku ni kan masih lagi dalam edah bertunang, takut tak merasa pulak aku kawin.

Tun Mamat : Aku bersetuju sangat kalau kita tak jadi pergi, buat apa kita yang penat2, raja yang dapat sedapnya kat istana. Dah la dia tu dah ada ramai isteri, tak cukup lagi ke? Sekarang macam ni laa.., apa cara kita nak bagitau Raja akan peminangannya telah ditolak oleh Tuan Puteri Gunung Ledang.

Hang Tuah : Aku ada idea bbbaiiiik punyaaaaa... !!, apa kata kita letak macam2 syarat yang tak dimasuk akal yang raja tak boleh kabulkan... dah tentu dia tak jadi nak kawin dengan puteri. (Hang Tuah ni memang terkenal dengan kaki kelentong dan kaki belit masa tu. Semua orang Melaka dah tau...) hahaha…

Hang Kasturi : Ok kita letak 5 syarat2 dah cukup. Aku bagi 1 cadangan. Puteri minta jambatan emas dari gunung ke istana... dah tentu raja tak mampukan.. sebab melaka bukan ada lombong emas. Sekolah harapan ada laaaa….

Tun Mamat : Ok jugak tu.. aku pulak cadang hati kuman 7 dulang. Mana nak cari hati kuman... sedangkan kuman pun kita tak boleh nampak.

Hulubalang Pandikar Amin : Hamba cadangkan hati nyamuk juga 7 dulang, mesti raja takkan dapat sediakannya. Carilah satu Malaya pun takkan dapat punyeearrr….

Hulubalang Gani Petai : Hamba pula cadangkan puteri minta 7 set mesin video game. Dah tentu raja tak dapat sediakan. Masa ni mana ada mesin video game lagi. Lain laaaa... kalau zaman akan datang bila Malaya dah merdeka.. dan dunia sains dah berkembang hehehehhe…

Hang Tuah : Semua tu ok.. tapi aku cadangkan puteri nak semangkuk darah raja sendiri, bukan darah anak raja atau darah orang lain. Memang sampai mati pun raja takkan nak bagi darah dia... gilerrrr... ke apa kalau raja sanggup.... heheheheheh... pandai tak kepala otak aku ni..

Okay sekarang dah ada 5 syarat yang raja tak boleh sediakan.. lusa kau orang semua boleh turun balik ke melaka, besok aku nak balik kampung nak berubat kejap penyakit buasir aku ni.. besok kita mula berpecah.Kita jumpa lusa je kat istana persembahkan kepada raja... ok..???

Maka sampailah harinya.... Tun Mamat, Hang Kasturi dan hulubalang2 pun mengadap Sultan Melaka, diikuti dibelakang oleh Hang Tuah terkengkang-kengkang sebab masih buasir lagi. Tun Mamat selaku ketua rombongan peminangan terus mempersembahkan syarat2 yang dikehendakki oleh Puteri Gunung Ledang.

Apa lagi raja pun meraung2 dan terguling2 laa… bagai nak gila depan pembesar2 negeri. Kata raja... tak pernah dibuat orang pun syarat2 gila yang macam tu.. Dia pun batalkan rancangan nak kawin dengan Tuan Puteri Gunung Ledang dengan syarat2 yang direkacipta oleh Tan Sri Datuk Laksamana Hang Tuah and the gang yang penuh dengan tipu muslihat tu..

Sekianlah adanya....

p/s: Memanglah Hang Tuah tu pandai... Otak Penipu... Tidak Melayu Hilang Di Dunia… “Ketuanan Melayu” akhirnya Melayu jugak yang merempat… kena tipu dengan Melayu… hahahaha... Melayu mana…??? Lu orang pergi tanya umnoapco...

Tak begitu Sang Kerta Nala (Samarkhand)..???

6 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Friday, December 17, 2010 6:41:00 AM  

hang tuah tu pun tah ke betul ke tidak nye

NASIB MBMMBI

armal Friday, December 17, 2010 9:30:00 AM  

Hahaha..... kelakar betul n3 pagi2 Jumaat ni.

Prof. Era Pasca Friday, December 17, 2010 10:49:00 AM  

hang tuah tu masih idop nama dia ganti papagomo.. wakakak pasaitu pdi gebang...

MOH KEMBARA Friday, December 17, 2010 11:03:00 AM  

Salam Yob, dari dulu sampai sekarang menteri-mentara kat Tanah Malaya ni kencingkan Sultan dan Raja Melayu. Ada deme kisah?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Friday, December 17, 2010 11:26:00 AM  

RAJA GOPAL RAJA SEBENAR JIKA MENANG PIALA ,BOLEASEPAL ASIA TENGGARA

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP