IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pocong Di Sungai Congkak.

>> Thursday, December 09, 2010

Sabtu 2 minggu lepas check-in chalet di Sungai Congkak, saja bawa anak2 berehat. Gua ambil 1 chalet dan 1 khemah. Khemah tu permintaan Alisya (6 tahun).. katanya nak tidur dalam khemah.. macam dalam cerita kartun "My Friend Tigger and Pooh" ... wokey.. layan jelah pacak khemah depan chalet... saiznya cukup untuk 4 orang tidoq dalam tu...

Selesai mesyuarat keluarga dalam pembahagian tempat tidur, persetujuannya Alisya, Afiq dan gua tidoq dalam khemah manakala Pramugari, Aziq, Tasya dan Aleeya tidoq dalam chalet. Selesai mesyuarat petang tu... apalagi diorang semua dusyum2 terjun mandi sungai... lantak pi kat hangpa...

Gua dan Pramugari pulak merayau2 kat gerai jualan tepi jalan kat situ, gua sambar buah petai 3 papan.. ermmm... buat petai bakar pun sodap jugak nih...., balik dari jalan2 tu... tengok anak2 tak selesai lagi mandi manda, gua menyibukkan diri menghidupkan api buat bara barbeque malam nanti... Pramugari dah prepare udang, sotong dan ikan jenahak 2 ekoq... perghhh.. cicah air asam campur pulak petai bakar... aduhaiiii... wa cakap luuuu...

Selesai maghrib... proses bakar membakar bermula... sambil pot pet.. pot pet melayan kerenah anak2... sambil gua mengunyah bahan2 yang telah siap di bakar... sikit demi sedikit hingga perut terasa buncit... hahaha...

*****************

Tengah syok mengolek dan mengelek bahan2 tersebut...

Tiba2 si Aleeya (5 tahun) yang berdiri sebelah Alisya bantai gelak besar.. terkejut gua di buatnya.. apahal pulak budak nih.. tersampuk hantu hutan ke...??? selalunya kalau dia gelak macam tu.. bila dia nonton cerita kelakar jer... gua dah mula cuak..

Seronok sesangat sambil tangannya menunjuk ke arah lorong chalet yang kami sewa tu... dalam masa yang sama Tasya (12) menjerit terus peluk gua.. si Alisya (6) berdiri kaku dengan tangannya menyuap keropok sambil mengunyah selamba derrrkkk... jer..., Afiq (14) dan Aziq (13) dah menghimpit si pramugari dimana gua tengok muka pramugari.. dah pucat ketaq berjalan slow-slow mendapatkan perlindungan belakang gua...

Aleeya... masih ketawa berdekah2 kelakar sesangat... sambil yang lain2 suruh dia diam... gua pula berderau darah apabila melihat benda kelakar yang Aleeya ketawakan tu... huishhhh... seekor Pocong rupanya sedang melompat di lorong antara chalet tu...

Tiap kali Pocong tu melompat... ada suara deraian ketawa budak2, gua dah agak ini bukan betul punya Pocong... ini Pocong palsu yang nak menyakat... gua capai parang menerpa ke arah pocong tu.. dengan gaya pendekar menghayun parang... tiba2 boleh pulak Pocong tu.. cakap...

"chup...chup... bang... kita orang main2 jer....".... sambil membuka kain telekung yang dia pakai tu... wallaweeiiii.... first time gua dengar Pocong boleh bercakap... anak hantu betul budak2 nih... bikin suspension jer.. tahap gaban jugak budak2 kampung tu punya gurauan... kalau yang ada lemah jantung dah tentu2 padam kat situ jugak....

Pramugari gua yang kecut mecut tu.. dah mula membebel... siap bagi tazkirah kat budak2 tu.. bahaya lah.. apa lah.. bla..bla..bla... lah... dan budak2 tu pun terus blahhh....

Gua malas nak ambik pot... pasal perangai gua zaman budak2 dulu pun 2 x 5 jer... dengan budak2 tu...

Gambar hiasan. 
(dalam suasana menyeramkan tu.. takda siapa pun yang teringat nak ambil gambar Pocong palsu tu..)

Selepas kejadian yang menyeramkan tu...

Kami menghadap makan malam dengan penuh menyelerakan sambil mendengar cerita2 hantu dendangan Alisya dan Aleeya... yang kebanyakkannya di petik dari kisah2 seram khurafat RTM 3 dan Astro.

Kesimpulannya, patut la... si Aleeya dan Alisya cool jer... tengok Pocong tu.. langsung takda perasaan takut, mungkin sebab dah terbiasa tengok muka hantu kat TV...

Selesai makan jer... sambil berehat santai.. tiba2 ada mesyuarat tergempar dipengerusikan oleh pramugari gua, masing2 berdebat tak ingat dunia mempertahankan hujah masing2... nasib baik takda yang kena halau keluar dewan, akhirnya keputusan mesyuarat petang tadi dibatalkan...

Pocong punya pasal...!!! Semua tidoq dalam chalet...

Khemah...???

(n3 tengah bosan gilerrr.. petang2 khamis nih..)

6 IkutSukaLu...::

Unknown Thursday, December 09, 2010 4:46:00 PM  

salam,


hahahaahah lawak! nice story bro!

Pue,  Thursday, December 09, 2010 5:01:00 PM  

salam..
berani sungguh anak bro...haha lawak2...

Kakcik Seroja Thursday, December 09, 2010 5:52:00 PM  

Khemah tu pocong tumpang tidur ke? :)

Anonymous,  Thursday, December 09, 2010 6:30:00 PM  

salam
,
bahaye permainan ni klu org lain nmpk dulu mau dipelakung nye bebudak tu

KLIK SINI: TONGKAT

noorafzan Thursday, December 09, 2010 9:25:00 PM  

adeh.. kurang asam punya pocong palsu.
huhu~

mahaza Friday, December 10, 2010 12:16:00 PM  

nih kat mana nih? kat chalet kecik kecik tepi jalan ke atau yang beso beso kat tengah tengah? kena stanby gak nih sebab plan nak gi cuti lepas anak habih SPM

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP