IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pertemuan Sahabat Lama dan Tomoi...

>> Thursday, December 23, 2010

Ini cerita selepas tengahari semalam, saja jer... gua nak kongsi kat sini... buat santai pagi, rehat jap cerita politik... kisahnya semalam di KL ada appointment berdekatan Jalan Sultan Ismail, on the way ke tempat parking kereta, ada orang tegur gua.... bila gua toleh rupanya kawan sekampung dan memang betul2 lama tak berjumpa.

Beliau dengan anak saudaranya 2 orang, so...  gua ajak diorang minum... anak saudara dia menolak sebab nak ke Maju Juntions ada hal, so... hanya kami berdua jelah pergi minum2... sambil bertanya khabar itu ini dan bla..bla..bla.... member buka cerita nostalgia yang gua sendiri sampai bila2 pun takan lupa... dan itulah ceritanya juga kalau gua sesekali balik ke kampung... pasti gua kena hamput seranah maki hamun dari member2 seperjuangan dahulu... yeaaaa... berjuang terjun tali air.... ber.. bla.. bla.. bla... hahaha... banyak lagi lah....

Semalam pun gua kena hamput lagi dengan member nih...., mana taknya pada pertengahan 80an dahulu... kebanyakkan remaja ghairah untuk memperkasakan badan... belajar silat sana sini... masa tu top dengan silat gayung, silat cekak, silat lincah, silat papan sekeping dan paling tak boleh blah silat nasrulhaq... kononnya dengan ayat2 tertentu yang tak pandai bersilat pun boleh jadi pandai... (maaf itu cerita versi yang gua dengarlah, kalau salah tolong betulkan... sebab gua kurang arif dengan silat2 nih...).

Ntahlah... naluri gua memang tak berminat langsung dengan silat2 nih... banyak sangat bunganya, letih aarrrr...., so berkebetulan masa tu member lain sibuk dengan silat... ada pula orang kampung kami yang dah capai tahap Tok Guru untuk  mengajar Tomoi...

Jadi kami beramai2 join Tomoi..., dari awal buka gelanggang kurang lebih 40 orang jugalah yang join tomoi..., dari kampung lain pun nak join gak.... layan..., gelanggang kampung biasa laaa... pagar/dindingnya di buat dengan pelepah daun kelapa dan nipah..., sepanjang pembelajaran hampir setahun tu dari 40 orang lepas tu lama kelamaan hanya tinggal cuma 7 orang jer... yang sampai ke malam penamat. Dan gua dengan member gua nih salah seorang daripadanya... hahaha...

Sepanjang belajar tomoi tu bermacam dugaan wa cakap luuu.... arwah tok gua mengamuk dengan gua... kejar gua dengan batang kayu api.... pasal rumpun pokok serai dia sampai mampus gua kerjakan, puncanya setiap hari gua dan kawan2 akan ambil batang serai untuk ketuk tulang keting bagi keras dan berlekuk.... mantap beb..., latihan tendang pokok kelapa jangan cerita aarrrr.... (batang pokok kelapa balut dengan guni padi... bukannya batang kelapa yang solid tu... mau patah kaki beb...)

Macam2 lah cara nak memantapkan badan kononnya... yang mengarut2 pun ada gak... ayat penderas penumbuk, ayat penderas penendang hahaha... gilababi betul masa tu...., di pendekkan cerita pada malam penamat... Tok guru sudah bawak orang2 kanan dan kiri beliau... semuanya kahaq2 belaka... giler siotttt.... tengok badan masing2 pun jiwa dah bergelora.... nak lawan tak lawan.... hehehe...

Tok Guru dah aturkan giliran masing2, member gua nombor 3 dan gua nombor 4...., masa malam penamat takda glove (sarung tangan), takda cover muka... cuma yang ada cover kemaluan jer... buah dalam boleh main... lagi bertambah gila.... penonton pun ramai beb..... muka pun dah seram sejuk...

Lepas nombor 1 dan 2 kena belasah... tibalah giliran member gua nombor 3.... sedang semua mata asyik menonton perlawanan diorang...., plepuk... plepak.... plepuk ... plepak...!!!!

Gua perlahan2 mengengsot ke tepi dinding gelanggang selak pelepah kelapa... perlahan2 meloloskan diri... dan cha... alif.... buuuuutttttt.... capai basikal kayuh pergi melepak kat kedai kopi simpang kepala jalan.... pekena kopi O ais dengan roti canai baeeekkk punyeaaarrrr.... tak sampai 10 minit calon nombor 5, 6 dan 7 pun sampai jugak.... masing2 tak sanggup.... beb... hahahaha.... riuh jugak laaaa... masa tu dengan gelak ketawa masing2.... kutuk mengutuk jangan cerita aarrr... berguni2 beb... bernanah telinga...

Dengar sok sek sok sek.... dari pemberita tv3 kampung, kat gelanggang kecoh.... tapi kami buat bodoh jer... tahan telinga kena kutuk.... apa ada hal, janji badan tak sakit..., tengah syok melantak tu.... Tok Guru and the gang pun sampai... apa lagi kena tiau kow-kow laaaa.... senyum dalam tangisan jelah di tazkirah kan... bla.. bla...bla...., gua bangun minta maaf.... bagitau gua sakit perut nak terberak... angkat kaki balik rumah tidoq....

Keesokkan petang harinya, seperti biasa keluar ke simpang kepala jalan tempat port.... gua tengok member gua nih... muka dah tak macam manusia lagi dah... lebam bengkak sana sini... bibir dah macam negro afrika mana ntah... gua dengan member2 yang lain bantai gelak guling2 beb... apalah bodoh sangat merelakan diri kena belasah hanya untuk dapat tauliah tamat perguruan....

Pada gua tak dapat tauliah tu pun tak apa beb.... asalkan gua sudah ada asas pertahanan diri, anytime ajak bergocoh "I am ready....", tapi la ni... perut pun dah boroi tak boleh aaarrr.... dah 20 tahun lebih... tak mengasah bakat... tumpul beb...

Tapi kalau setakat nak layan mamat 2 ekor kat bawah ni..... boleh lagi kot.... hahahaaaaa....



So... itulah kisah pertemuan dengan sahabat lama yang penuh dengan nostalgia.... kah...kah...kah...., gua nak layan cerita Ong Bak.... buat bangkit semangat... nak berlawan dengan Panglima Silat Gayong dan Panglima Silat Lincah dalam gambar tu.... ngeeeee.....

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, December 23, 2010 10:20:00 AM  

bro isa,
kawe sajo tanyo...mu kelataness ko?

i'm no king

ISA Thursday, December 23, 2010 10:34:00 AM  

I'm no king;

Gua Kedahans....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP