IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Padan Muka Lu Orang Semua..!!!!

>> Saturday, December 25, 2010


Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.

Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.

Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.

Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.

Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.

Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.

Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.

Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.

Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.

Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.

Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.

Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.

Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.

Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.

Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggungjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.

Padan muka kita semua...!!!!

Aspan Alias

14 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Saturday, December 25, 2010 4:32:00 PM  

padan muka aku..ahahahaha!!!!

harap je la KALAU aku dapat kelas pertama..tk yah la bayar ptptipu ni..

nk try dulu jpa..ada slack lak satu subjek C+..

kesnye....ada jpa pun bagi kat anak2 orng kaya..

mmg la pandai..tp kalau dah dipanggil kaya sponsor la ank sndiri....tk yah main isu bayar cukai..apa melayu naik highway tk bayar tol ke??naik kete tak bayar road tax ke?

tu la..dah najib sibuk nk bg anak2 soi lek..pornstar cctv dah geng ngn pornstar mongol dah jadi geng..

anak2 melayu dapat pinjam je la...

yg lagi kesian..

ada la blongok pembela negara..main blog buat isu politik smata2..tk main isu hal rakyat..

skang aku ngah rasa ptptpu ni..tak pa..aku tk kesah sngt...tawakal je..bayau je la...tapi..anak2 orang lain..anak2 korang..

yg golongan pertengahn...??yg serius punya hal???

ahahahahahahhaha teruskan undi BN..

zalizalu Saturday, December 25, 2010 8:42:00 PM  

jom undi umno... tak sabar tunggu tahun 2020

Anonymous,  Saturday, December 25, 2010 10:19:00 PM  

pendidikan bukan utk yg layak tpi untuk berniaga ptptn

STANDARD MESIA

Incek Akim Saturday, December 25, 2010 11:53:00 PM  

kalau lepas grad, konfirm dapat keje, ade harapan la lagi nk byr ptptpu. klw xde keje? adoi la hidup. nak belajar susah, tengah belajar susah, dah belajar pon susah. haha~

nakha Sunday, December 26, 2010 12:08:00 PM  

lemah btol bahase melayu penulis blog ni, bro..hahaha..

pendidikkan.tindakkan.menaikki.

ISA Sunday, December 26, 2010 2:09:00 PM  

Pakwe;

hahaha... nyahkan bn PRU 13 nanti... selamat rakyat malaysia.

ISA Sunday, December 26, 2010 2:10:00 PM  

brutalsolo;

lu pun terlibat jugak...??? hahaha...

ISA Sunday, December 26, 2010 2:11:00 PM  

new hope;

kerajaan berniaga dengan rakyat beb..

ISA Sunday, December 26, 2010 2:12:00 PM  

Incek Akim;

Welcome back bro...

kerajaan bn mendidik rakyat supaya berhutang.

ISA Sunday, December 26, 2010 2:16:00 PM  

nakha;

1) Kat bawah n3 tu ada link penulis blog yang asal, lu boleh klik dan komen padanya.

2) FYI, penulis blog adalah penulis bebas dan ikut suka hati dioranglah nak tulis macam mana pun...

3) Lu kalau nak baca penulisan dan ejaan yang mengikut etika, lebih baik lu baca buku/suratkhabar...

hahaha... gua rasa lu yang lemah dalam memahami dan membuat perbezaan...

kalau tak puashati jugak... lu buat blog sendiri... kah..kah..kah....

Mat Chabau,  Sunday, December 26, 2010 2:28:00 PM  

Aku pun kena bayar jugak...pakai kete kancil secondhand pun kira dah baik dah. Gaji boleh bayar hutangggggg !!

umaq,  Monday, December 27, 2010 12:46:00 AM  

aku grad taun 80an...slamaet...dpt biasiswa JPA xya byaq....hehe...tp anak sulung aku ni yang aku dok risau..lps MRSM dpt SPC.MARA nk antaq p ireland amek course medic.bwat foundation kat ACMS setaun.mula kata nak antaq bln 9 xjd tunda bln Januari,last2 kena tunggu bln June 2011 plak...sementara tunggu bulan June kena pi amek kursus bahasa la n ntah apa2 kursus lagi kat taylor's colledge n ACMS.member dia yg amek MD(UKM) kat ACMS dah nak masuk 2nd yr ank aku br nk merangkak p ireland.nak tolak nnt mara rjct SPC dia plak....adoih....penin aku....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP