IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kenapa Pemerintah Semakin Bermaharaja-lela..???

>> Saturday, December 04, 2010

Kini apa lagi yang tinggal? Apakah sudah tidak ada platform lain yang benar-benar ikhlas berjuang serta mahu menumpaskan kezaliman? Seorang rakan mengupdate statusnya di Facebook mempersoalkan;

"Kenapa pemerintah semakin bermaharaja-lela, kerana rakyat sudah hilang KEBERANIANNYA terutama Tok2 Guru, Ulama2, Ustaz2 serta pemimpin2 rakyat."

Bagi saya, kenyataan tersebut amat salah. Kalau rakyat hilang keberanian, pasti kesemuanya tunduk kepada kerajaan yang maha celaka ini. Tapi punca mengapa kerajaan semakin bermaharajalela, kerana mereka tahu dan yakin bahawa harapan untuk menang semakin cerah kerana pemimpin-pemimpin Melayu dari parti pembangkang semakin kerap membuat aksi-aksi bodoh.

Mereka menawarkan harapan baru kepada rakyat yang marah dan muak dengan pemerintah yang sedia ada, tetapi sikap dan kelakuan mereka langsung tidak banyak beza dengan parti pemerintah.

Apa yang berbeza?
Mereka juga tergila-gilakan jawatan. Mereka mendakwa mereka perjuangkan demokrasi, tapi demokrasi dalam parti sendiri pun diabaikan!!! Ada yang bertitle ulama tapi entah apa-apa. Adakah dengan berterusan berperangai sebegini, harapan kononnya mahu menawan Putrajaya akan tercapai..???

Usah mimpilah!!!
Yang banyak buat hal, bermasalah adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku Islam juga. Semuanya "BULLSHIT" lah. Sekarang kerajaan nak naikkan harga itu dan ini, sudah tidak ada apa-apa halangan kerana rakyat dan pengundi sudah tidak dapat membezakan mana satu kerajaan dan pembangkang, kerana perangai mereka serupa sahaja.


Tanggapan saya memang tepat. Saya pernah menulis beberapa ketika dahulu mengapa parti-parti pembangkang masih lagi tidak menang-menang walaupun berpuluh tahun berjuang. Ini berpunca daripada sikap pemimpin-pemimpin yang memberikan harapan palsu kepada rakyat, menjanjikan bulan dan bintang, bertopengkan imej yang "alim dan bertaqwa" serta imej yang "demokratik", tetapi semuanya hampeh!!!

Agak-agaknya, selepas PRU-13 nanti, negeri mana yang masih lagi kekal di dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat?

Dan ini jawapan saya pada status di Facebook beliau: "Salah tu.. bukan hilang keberanian, kalau hilang keberanian mereka tak lawan dah kerajaan. Tapi pemerintah semakin bermaharajalela kerana pemimpin-pemimpin Melayu/orang-orang Melayu BODOH dalam politik. Kita bagi amanah, dia khianat."

Reformis Jalanan.

2 IkutSukaLu...::

bunbinban,  Saturday, December 04, 2010 10:54:00 PM  

aku setuju. di bagi amanah, dorang lupa diri. Ni masaalahnya bila pemimpin di puja dan di puji membuta tuli. Setengahnya dah jadi mcm Madey, dek kerana terlalu di puja tak sudah-sudah ingat rakyat ni bodoh. Wey bro...agak2lah nak puja ke puji. Dorang bknnya maksum, tak pernah buat silap. Skang ni, terus terang aku ckp, mood rakyat dah berbelah bagi. Sokong BN kang teruk sokong PR kang lebeh kurang je perangai. Di tegur kang kata tak walaq, trojan horse, pengkhianat tapi dorang yg khianat kat rakyat. Bila blogger tegur kata dah mula mesra kerajaan tapi time blogger sokong bagai nak rak, setengah tu uicap terima kasih pun tak malah di sisih. Apa punya pemimpin mcm ni. Tapi, undi aku punya, suka hati aku la nak undi sapa...ha ha ha...jgn sampai nnt aku 'apung'kan undi aku di pasaran...ha ha ha...tapi aku punya maruah diri, walau terdesak mcmmana pun aku takan 'melacur'kan diri. Yg aku takut, pemimpin2 yg tak sedar diri. Utk PKR, lebeh baik antara 3 beranak tu letak jawatan dlm parti. Yg terbaik letak jawatan adalah Anwar tu sendiri. Tak ye pun Kak Wan, sbb sebagai presiden parti Kak Wan cuma mcm 'puppet' je. No power. Tlg sampaikan kat Anwar pesanan ini supaya dia tau tinggi rendahnya langit.

Waris,  Sunday, December 05, 2010 12:13:00 AM  

Aku pun dah mula benci dgn pemimpin2 PR yg bodoh dan tak sedar diri terutama ketua pemuda pas yg tak habis2 dgn meLAYUnya. Entah dari mana dtgnya ust ni yg tak pernah aku dgr namanya tiba2 jadi ketua pemuda yg membawa pemikiran org tua umno dlm pas. Aku pun mungkin akan apungkan undi aku nanti.

BTW... setakat ni aku lebih benci umno & perkasa drp benci pas & pkr. Pas & pkr aku cuma benci segelintir pemimpin bodohnya saja tapi umno aku benci keseluruhannya dunia & akhirat. Asal nampak org pakai songkok tinggi je aku rasa mcm nak bagi penampar. Begitulah bencinya aku pada umno dan perkasa. Nak kata kuat tu tak juga tapi nafsu nak menampar haramjadah pakai songkok tinggi tu terlalu tinggi kerana merekalah puncanya meLAYU tak dapat jadi tuan sampai hari ini. Mereka hanya jadi puppet terhadap tuan2 cukong yg berada dikeliling mereka.

Kalau nak dibandingkan dgn yahudi, aku lebih benci umno dari yahudi. Kebaikan yahudi ialah mereka membela bangsa dan agama mereka sendiri wpun mereka tu jahat. Yahudi tak berperang dgn rakyat sendiri. Umno... menjahanamkan bangsa dan agama mereka. Mereka menembak dan membelasah rakyat mereka sendiri tak kira tua atau muda. Menyalak sana sini (terutama geng songkok tinggi) utk jadikan meLAYU sbg tuan tapi mereka sendiri bertuankan cukong2 cina disekeliling mereka.

Cukup2lah meLAYU jadi bodoh dibawah pemerintahan umno. Jgn pula pas dan pkr mewarisi sifat memperbodohkan meLAYU zaman berzaman.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP