IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

GEMPAR 18 SX - Rakaman Video Bukti Adun PAS Selising Berzina.

>> Tuesday, December 21, 2010

Nak komen lebih2 gua tak berani beb... sebab tiada bukti.

Walaupun isu ini adalah isu lama, tetapi di mainkan semula oleh blogger umnoapco. Tetapi kali ini berserta dengan bukti video seperti dalam facebook mereka (klik).


Melihatkan pada tajuk n3 beliau, gua ingatkan bukti video bergambar Adun tersebut tengah sedap menutuh atau sedang ditangkap dalam keadaan seperti yang didakwa oleh si pencerita dalam koc keretapi tersebut. Rupa2nya klip video ceramah/pengakuan seorang yang kononnya saksi terlibat dalam tangkapan tersebut, 2 perkara berbeza bhaiiii.....

hehehe... tajuk mesti gempak kan... takda hal bagi gua... sebab gua bukannya jenis menyokong membabi buta dan gua tak pernah telan pil wala' seumur hidup gua... yang gua mahukan adalah KEBENARAN...!!!!

2 perkara berbeza yang gua katakan tadi iaitu pada tajuk n3 dan kisah dalam video klip tersebut. Walaupun ini bukan rakaman bukti video Adun Pas berzina, ini adalah rakaman bukti video TUDUHAN Adun Pas berzina. Ianya ada perbezaan besar antara bukti perlakuan dengan bukti tuduhan. Tuduhan adalah tuduhan semata-mata, tidak akan menjadi fakta yang sahih sebelum dibuktikan benar di Mahkamah.

Jika video ini adalah bukti yang kuat, kenapa tidak dilanjutkan ke mahkamah syariah agar tindakan boleh diambil. Jika mahkamah sudah menjatuhkan hukuman maka tiada siapa yang berani menafikannya lagi. Kalau mahkamah pun tidak terima ini sebagai bukti, mana mungkin kita berhak kata ini adalah fakta.

Yang gua nak lihat sekarang ini apakah PAS akan melayan cerita ini atau membiarkannya sahaja. Jika dibiarkan maka kebanyakkan pembaca (terutamanya rakyat) akan menganggap ianya benar kerana tiada penafian dan tindakan bagi membersihkan nama Adun PAS tersebut.

Bagi gua tuduhan dari si penuduh tersebut amat berat dan mencemar imej PAS. Beranikah PAS mengheret si penuduh tersebut ke muka pengadilan..???

Berkata benarlah walaupun PAHIT...., jika tidak benar SAMAN...!!!!

(Sebagai back-up..., gua dah share video tersebut di facebook gua, manalah tau kalau2 link yang gua bagi kat atas tu dah kena sorok dengan hantu kopek pulakkan... hehehe...)

7 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Tuesday, December 21, 2010 4:10:00 AM  

maleh nak tengok 11 kali depa ulang tayang lam group den.... gua suh depa letak video menunjukan nik aziz yang kata sendiri "allah maaf kan" takde pulak.. kahkahkah ini macam citer EZAM KOTAK tuduh ANWAR jer... takda bukti tapi sembang lanton!

sapie mugen 30 Tuesday, December 21, 2010 4:38:00 AM  

pencacai umngok mmmng x ade peley!!
penakot!!! cerite jew lebih!!!

opisboi Tuesday, December 21, 2010 7:54:00 AM  
This comment has been removed by the author.
opisboi Tuesday, December 21, 2010 8:01:00 AM  

aku bab2 tuduh org berzina tanpa saksi 4 org aku tak nak join sbb aku sayang kulit aku dari kene sebat 80x. sila rujuk
surah an-nur ayat4.
"dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik;" geng2 yg buat citer tu depa dah ada baju kalis api neraka yg di beri olih UMNGOK..

MOH KEMBARA Tuesday, December 21, 2010 8:32:00 AM  

Salam Yob, cakap memang senang - Amy Search!

Anonymous,  Tuesday, December 21, 2010 8:38:00 AM  

Tuduhan berzina tanpa empat orang saksi wajar dibakulsampahkan sahaja pertuduhan dalam apa-apa keadaan. KECUALI si suami/isteri sanggup bersumpah laknat mengikut syariat yang ditetapkan Islam.

So... dibakulsampahkan sahajalah.

Banyak lagi perkara berfaedah kau orang boleh buat, contohnya - syorkan pada UMNO untuk check DNA Rahim Tambi Chik dengan DNA anak yang dituduh satu ketika dahulu. Bukan nak tuduh dia berzina cuma nak check benarkah tuduhan itu palsu dan membersihkan namanya.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP