IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Cerita Bodohnya Kastam Malaysia.

>> Tuesday, December 28, 2010

Lu orang nak tau betapa bodohnya penguatkuasaan Kastam Malaysia di sempadan Malaysia, baca kisah kat bawah nih....;

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.
Kesimpulannya, sebab itulah masalah penyeludupan di malaysia tak pernah selesai...., itu tak termasuk lagi cerita bawah meja... kah..kah..kah....

2 IkutSukaLu...::

pemudakedah,  Tuesday, December 28, 2010 6:47:00 PM  

cerita nih den dah baca dalam mastika beberapa tahun lopas.....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP