IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Zaid dan Anwar... Bin Sama, Namanya Ibrahim... Tapi Tak Sama...

>> Friday, November 19, 2010

KENYATAAN MEDIA - 19 NOVEMBER 2010


Ini berikutan episod pemilihan parti di mana saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti: Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti. Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai ‘Trojan Horse’ dan ‘Sore Loser’.

Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya.

Saya amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepada saya selama ini. Saya mungkin telah melakukan kesilapan semasa saya berada dalam parti tetapi saya tidak sekali-kali melakukannya di atas niat jahat untuk melemahkan parti atau untuk menjatuhkan sesiapa pun.

Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam. Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu.

Sewaktu saya meletakkan jawatan sebagai Menteri dahulu, saya mahu menegakkan satu prinsip penting iaitu bahawa mana-mana menteri yang tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan mestilah meletakkan jawatannya, iaitu prinsip ‘Collective Responsibility’. Pada masa itu, saya tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan untuk menggunakan ISA terhadap 3 orang awam.

Kali ini pula, saya berhenti kerana adalah amat wajar untuk saya berbuat begitu apabila saya tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggap saya sebagai pengkhianat. Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.

Saya meletakkan kepercayaan saya kepada kebijaksanaan masyarakat untuk memahami bahawa kita mestilah sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dasar yang ikhlas walau dalam situasi apa sekalipun kerana itulah sahaja yang akan menentukan erti perjuangan sebenar. Ramai peminat Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada saya bahawa karier politik saya akan hancur selepas ini.

Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini. 

ZAID IBRAHIM
Gua bukannya ahli PKR mahupun nak menyokong kenyataan media si Zaid Ibrahim nih... tapi bagi gua kenyataannya nampak rasional daripada kenyataan pemimpin2 yang lain, tak kiralah dari parti mana sekalipun. Soal samada beliau ikhlas atau tidak dengan kenyataannya itu, tak berani gua mengiyakannya. Keyakinan gua pada kenyataannya sekitar 85% sahaja, maklumlah kenyataan seorang ahli politik, macam2 ada...

Jika kita mengikuti perkembangan isu dalaman PKR dengan segala tuduhan dan penafian serta kutuk mengutuk sesama mereka, kita sendiri boleh membuat penilaian siapakah pemimpin yang boleh dipercayai atau pun yang jenis pandai berpidato tapi habuk pun tarak, itu terpulang pada lu orang menilaikannya... wa tak campur... sebab lain orang lain pendapatannya... hahahaha....

Sekali lagi gua ingatkan... dalam politik macam2 ada. Cakap2 ahli politik dengar boleh... Percaya...??? he..he..he.... sebab gua bukannya speasis sokong membabi buta atau wala tak bertempat.... lagipun macam PKR atau umnoapco tu... sepatutnya parti untuk rakyat, membawa wadah perjuangan untuk rakyat.. membela nasib rakyat, bukannya parti keluarga atau parti mak bapak diorang atau parti keturunan tok nenek diorang... macam sial jer... hahahaha...

Seperti dialog Sir William Wallace (Pejuang Scotland) yang berjuang menuntut kebebasan dari penjajahan England.

"Rakyat memberi kuasa pemerintahan kepada mereka (Raja/Pemimpin) untuk melindungi rakyat, tetapi mereka menggunakan kuasa sebagai pemerintah untuk kepentingan diri dan keluarga mereka".

Inilah yang terjadi dalam negara yang tercinta ini.... fikir-fikirkanlah..., so.. persetankanlah apa yang terjadi pada Zaid dan Anwar Ibrahim, selagi mereka bersama Pakatan Rakyat gua sokong kedua-duanya. Lagipun kedua-dua ekoq tu... bukannya bersih sangat, masing2 ada agenda tersendiri.., jadi pergunakanlah mereka untuk menumbangkan umnoapco/barisan nasional. Selainnya kita sembang kemudian... hahahaha....

Jika hendak dibandingkan antara umnoApco/barisan nasional laknatullah dengan PKR atau parti baru Zaid Ibrahim... semuanya datang dari acuan umnoApco jugak, dari sikap tikam menikam rebut jawatan dan kuasa adalah permainan diorang, dah tu pulak semuanya dah kaya raya... tapi kita/rakyat marhaen masih tetap sengsara dengan desakan hidup.

Diantara ketiga-tiga parti tersebut, walaupun barisan nasional meletakkan calon yang bertaraf ulama sekalipun, mudarat mereka adalah lebih besar dan jijik dari daging babi. Pi mampuih laaaaa... dengan umnoapco barisan nasional yahudi laknatullah..., jadi mana2 parti yang berada dalam gabungan Pakatan Rakyat adalah pilihan yang terbaik... walaupun nampak macam kurang baik (ini dah termasuk dalam permasalahan mudarat besar atau mudarat kecil, jadi gua terajang mudarat yang besar dulu)

Tumbangkan Keraaaaajaaaan Barisan Nasional adalah kewajipan utama, cukuplah kuasa yang diberikan selama 53 tahun, kita perlukan perubahan demi anak cucu cicit kita... dan sekaranglah masanya untuk perubahan itu.

Justeru itu..., walau apa sekalipun yang terjadi pada PKR gua tak ambil peduli, yang pasti dalam PRU akan datang, letaklah siapa pun calon dalam Parlimen/Dun di tempat gua ini (Shah Alam), gua tetap akan pangkah Calon Pakatan Rakyat. Begitu jugalah dengan tempat lu orang.... pangkah lah.. mudarat kecil.

umnoApco/barisan nasional... yeaaakkkkk.... kiss my ass..... hahahaha....

4 IkutSukaLu...::

Nizam,  Friday, November 19, 2010 10:54:00 PM  

Gua pun sama bro... mati hidup balik pun gua tak kan pangkah umnobn. Walaupun pkr/pas letak beruk jadi calon pun gua pangkah jgk sb beruk lebih mulia dari babi dlm umnobn laknatullah.

Unknown Saturday, November 20, 2010 4:44:00 AM  

YEARGHH!!Gua sependapat ngan lu bro.Janji ameno musti ditumbangkan telebih dahulu.Yang lain2 kite ceta kmudian...

Anonymous,  Tuesday, December 28, 2010 11:23:00 PM  

susah2 lu bukak parti baru a.. la apek....gua akan pangkah lu...lu kan best.....HANG INGAT,HANG BEST KA!!!!!

Anonymous,  Tuesday, December 28, 2010 11:25:00 PM  

susah2 lu bukak parti baru a.. la apek....gua akan pangkah lu...lu kan best.....HANG INGAT,HANG BEST KA!!!!!
kambing boy

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP