IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Suara Keramat Rakyat... Blogger Di Persalahkan...!!!!

>> Sunday, November 07, 2010

1) Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai "kenyataan liar Haris".  Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.

2) “Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.

3) Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti. Mereka punya agenda buruk”

Petikan kenyataan di atas adalah jawapan daripada pimpinan atasan terhadap apa yang disifatkan sebagai “kenyataan liar”. Ada yang mengatakan dakwaan tersebut adalah satu fitnah terhadap Azmin Ali,  ada yang mengatakan ini kerja2 “trojan horse” yang ingin melihat PKR hancur dan gagal dalam misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya.

Walau apa pun teori dan persepsi, masing2 boleh membuat penilaian tersendiri. Dari pendapat gua, jika dakwaan yang sebegini berat disiarkan oleh blogger, maka menjadi tanggungjawap pimpinan untuk menyiasat dan memperbetulkan keadaan. Bukannya menjadi “bangau oh bangau” menuding jari terhadap blogger.

Kebanyakkan Blogger tidak mendapat apa2 manfaat dari “kenyataan liar” ini, apatah lagi mendapat sebarang bayaran untuk menjahanamkan partai. Ada dikalangan blogger yang rapat dengan kepimpinan dan mendapat akses tertentu, ada juga blogger yang melihat sendiri korupsi yang berlaku dan sebagai contoh, bagaimana politik wang berleluasa dalam pemilihan kali ini secara jelas dan terang. Bagaimana wang RM100 dihulurkan kepada setiap pemilih. Jadi bukankah ini amalan lapuk dari umnoapco yang diserapkan dalam parti.

Contoh…, ini ada satu cabang (kawasan parlimen YB), yang dulunya semasa kempen pilihanraya hanya memperuntukkan RM22 ribu sahaja, tetapi untuk pemilihan cabang menghabiskan RM200 ribu untuk kempen.... banyaknya duit dia… tapi bukannya duit dia pun… hahaha…

Justeru itu, kepada Dr Syed Husin Ali, janganlah menghina blogger setelah mendapat kuasa, blogger menegur kerana sayangkan partai dan tidak ingin melihat apa yang selama ini diperjuangkan menjadi sia-sia belaka dengan salahlaku dan permainan kotor segelintir pimpinan atasan akibat mabuk kuasa dan gila jawatan.

Janganlah apabila sudah berada di atas maka aspirasi ahli bawahan tidak dipedulikan, janganlah menganggap ahli bawahan itu sebagai anjing/pencacai yang harus patuh setiap masa hinggakan apa saja  pimpinan atasan lakukan tidak boleh ditegur, walaupun nampak keji tetapi di larang untuk menyalak… itu perangai umnoapco yahudi melayu laknatullah namanya. Jika begitu jangan gunakan nama KEADILAN… kerana ianya telah jauh menyimpang dari definasi “KEADILAN” yang sebenar.

Sebagai contoh lagi, janganlah jadi seperti salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, apabila kalah di cabang beliau sendiri barulah nak sedar akan rungutan masyarakat terhadap dirinya selama ini. Maaflah… sudah terlambat beb… kalau lu hantuk kepala kat dinding sekalipun tak akan mengubah apa2. Selama ini apabila mendapat teguran secara baik, lu berlagak bodoh sombong... sekarang ini ahli yang cerdik dah tak pandang sama lu… baru lu ada akai sikit…

Secara kesimpulannya, Pimpinan PKR harus menyiasat perkara ini secara telus, jika tidak cita2 Pakatan Rakyat untuk ke putrajaya melalui PRU-13 nampaknya akan semakin pudar dan malap gara2 hilangnya keyakinan penyokong terhadap pimpinan partai, malahan ada juga dikalangan pimpinan sendiri yang bergaduh.

Jika ini berterusan maka harapan gua secara peribadi dan rakyat yang mahukan untuk melihat perubahan Kerajaan Persekutuan dengan menguburkan BN dalam PRU-13 sekaligus mengembalikan ketelusan dan hak rakyat serta ingin melihat sebuah negara dimana Agensi Kerajaan seperti Polis, Spr, Sprm, Badan Kehakiman, mana2 GLC serta Institusi Kerajaan dan sebagainya BEBAS dari cengkaman Politik BN dan umnoapco semakin hancur dan tidak kesampaian gara2 makhluk2 hampeh dan gampang yang gila jawatan dan kuasa.

Semoga Pakatan Rakyat khususnya PKR dapat membetulkan keadaan dan kembali bersatu demi PRU13. Jika perlu digantikan Anwar Ibrahim... cari dan kemukakanlah calon yang sesuai bagi mengantikan beliau, sebab beliau pun bukannya maksom seperti Rasul... pemimpin datang dan pergi, untuk itu berlapang dadalah untuk menerima kenyataan tersebut. Kerana partai mendokong perjuangan dan suara keramat rakyat, bukannya suara perjuangan individu. Harap maklum....

4 IkutSukaLu...::

Matkambing,  Sunday, November 07, 2010 9:15:00 PM  

betulkah pimpian tertinggi dalam pkr telah tuli terhadap kepincangan yang berlaku ketika pemilihan kali ini? mengapa tiada tindakan yang boleh membetulkan persepsi ahli bawahan tentang kepincangan yang berlaku atau sebenarnya pimpinan mahu 'keadilan' hancur lebur?

Matkambing,  Sunday, November 07, 2010 9:17:00 PM  

betulkah pimpinan tertinggi dalam pkr telah tuli terhadap kepincangan yang berlaku ketika pemilihan kali ini? mengapa tiada tindakan yang boleh membetulkan persepsi ahli bawahan tentang kepincangan yang berlaku atau sebenarnya pimpinan mahu 'keadilan' hancur lebur? dimana letaknya nawaitu setiap pemimppin didalam hal ini?

Matkambing,  Sunday, November 07, 2010 9:19:00 PM  

betulkah pimpinan tertinggi dalam pkr telah tuli terhadap kepincangan yang berlaku ketika pemilihan kali ini? mengapa tiada tindakan yang boleh membetulkan persepsi ahli bawahan tentang kepincangan yang berlaku atau sebenarnya pimpinan mahu 'keadilan' hancur lebur? dimana letaknya nawaitu setiap pemimppin didalam hal ini?

cicit ngah layor Monday, November 08, 2010 12:56:00 PM  

Pemimpin2 yg duduk diataih PKR ni jangan ler jadi ayam jantan.Kokok berderai2,ekor bergelumang tahi.Esok,biler pisau sembelih dah sampai ketengkok,baghu komer ader akai... Biler blogger tegor,komer kater blogger nak sabotaj.Org tegor tu sbb sayang parti ler komer ooii!!! Kalau tak ader org mengangkat,mcm maner komer bulih duduk diataih tu.Biler dah duduk diataih tu,jangan ler berludah saner sini,abih ler kener kepaler org bawah ni.Org bawah ni nampak komer berludah...komer jer yg tak mengaku.Jadi pemimpin ni kener ler ikut sunahnyer...dengor aper2 rungutan org bawah dan betoikan maner2 yg tak betoi.Teman dah moler getek dah ni pader komer.Getek tak aper lagi..jangan sampai teman benci.Kalau dah benci...bukan komer jer teman benci,sampai kepokok bunger komer teman benci,ayam itik komer teman benci.Stop dulu angan2 komer tu,buat keghojer,perkemaskan dighi.Kalau agak2 dah tak makan cekak dgn anggungjawab tu,undor ler dgn secare terhormat.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP