IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rambo Boleh Berjaya... Inikan Pula Hang Tuah (Melayu...)

>> Friday, November 05, 2010

Hidup kita ini umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah, itupun kalau kena kena pada gayanya, maksud gua cara kita membentuknya, samada hubungan sesama insan mahupun hubungan dengan Allah. Silap pengurusan corak kehidupan... hehehe.. sendiri mau ingatlah.
 
Di sini..., gua nak bagitau tentang SEMANGAT JUANG, untuk mneruskan kehidupan ataupun perjuangan dalam politik, tak kiralah dalam parti apapun... kecuali parti yang penuh dengan perkara dan manusia jijik seperti umnoapco yahudi melayu laknatullah... hahahahaaaa.....
 
Banyak contoh2 insan dan individu yang berjaya mengubah hidup mereka, tapi dah alang2 gua terbaca dari  sumber malaysiasensi, so... gua kopi O' pekat jelah untuk N3 ini... ngeeeee.... lu orang layan jelah yeaaa... 
 
Tahukah anda bahawa pelakon filem Rambo, Sylvester Stallone dahulunya pernah bekerja sebagai pembersih kandang singa. Selain itu, karier awalnya dalam bidang perfileman adalah dengan filem lucah yang berjudul 'Party at Kitty and Stud's'.


Sylvester Stallone dilahirkan dalam keluarga yang cukup daif. Sewaktu kelahirannya, ibunya telah melahirkannya di tangga sekolah dan di sebabkan itu, Stallone mengalami kecacatan di bahagian muka dan menyebabkan beliau tidak dapat bertutur dengan baik.

Dengan menidakkan kecacatan diri sebagai penghalang, Stallone akhirnya mengambil keputusan yang sangat janggal dan langsung tidak masuk akal! Apakah matlamatnya? Stallone mahu menjadi seorang pelakon hollywood!

Langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendaftar di sebuah sekolah lakonan dan selepas itu, Stallone mengikuti salah satu sesi ujibakat. Percubaan pertamanya tidak berjaya! Masakan tidak. Dengan cara pertuturan yang tidak jelas dan rupa paras yang tidak menawan, tiada siapa yang mahu mengambilnya sebagai pelakon.

Berpegang kepada matlamat, dia WAJIB menjadi pelakon, Stallone telah melakukan satu tindakan yang gila! Di dalam bilik uji bakat, dia tidak mahu berganjak selagi dia tidak di ambil sebagai pelakon! Akhirnya, setelah di pertimbang dan melihat kepada kesungguhan Stallone, dia akhirnya di ambil sebagai pelakon tambahan. Walaupun scene yang di lakonkan tidak lah lama, ia cukup untuk memberi satu peluang baru dalam hidupnya.

Malangnya, selepas itu, dia gagal mendapat peluang untuk mana-mana syarikat produksi filem.Dengan kehidupan yang daif, Stallone terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dollar.

Tidak lama selepas itu, Stallone berpeluang untuk menonton satu perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Chuck. Ramai yang mengatakan bahawa Chuck tidak mampu bertahan walau 2 pusingan. Menakjubkan! Chuck berusaha sehingga 15 pusingan! Semangat yang di tunjukkan oleh chuck pada masa itu memberi inspirasi kepada Stallone.

Stallone akhirnya mendapat satu idea untuk menghasilkan sebuah filem daripada perlawanan yang baru sahaja di tontonya. Dia pulang ke rumah dan mula menghasilkan skrip pertamanya tanpa henti selama 84jam! Sesudah siap, Stallone cuba menjual skrip tersebut namun gagal! Tiada seorang pun berminat untuk membeli.

Tanpa ada rasa kecewa, dia berusaha keras lagi untuk mencari sekurang-kurang nya satu syarikat untuk membeli skrip tulisan nya. Akhirnya dia berjaya dan syarikat filem tersebut menawarkan harga 75 ribu USD kepada Stallone. Dia seharusnya gembira. Tetapi masih belum dapat memenuhi hasratnya. Bukan kewangan yang dia inginkan. Yang di inginkan adalah menjadi pelakon!

Dia hanya bersedia menjual skrip itu dengan syarat dia yang melakonkan watak utama. Stallone memang sudah di rasuk IMPIANNYA untuk menjadi pelakon agaknya!.

Ganjaran di naikkan sehingga 1 juta USD. Namun jawapan Stallone masih lagi tidak! Akhirnya, syarikat itu mengalah dan bersedia mengambil Stallone sebagai pelakon. Dan dari hasil lakonan itulah terhasil filem Rocky yang membawa Stallone menjadi salah seorang bintang hollywood terkenal.Keuntungan daripada filem itu mencecah sehinnga 170 juta usd dan ia menjadi salah satu pemenang bagi ketegori filem terbaik.

Kenapa semua ini terjadi? Adakah Stallone seorang yang berbakat dalam lakonan? Adakah dia seorang yang kacak dan mampu bertutur dengan baik? Adakah dia boleh menulis skrip dengan hebat? Kesemuanya tidak!

Sumber: Siapa Sylvester Stallone? | MalaysiaSensasi.Net
 
p/s: Teruk jugak kehidupan mamat ni yeaaa..., sekarang ni dah jadi millionaire.... 
 
Kesimpulannya dalam bab politik, walaupun PAS/PR kalah di Galas... perjuangan harus diteruskan, isu dan faktor kekalahan tu biarlah pemimpin2 yang bodoh sombong bangang tak boleh ditegur tu fikirkan dan bermuhasabah diri..
 
Kesimpulan sebagai insan biasa yang normal, punya akal fikiran yang waras.... "Weiiii.... malu... la.. weiiii... orang kurang upaya (orang cacat ) pun boleh berjaya... inikan pula yang normal macam lu orang..., memang dasar melayu PEMALAS...."...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP