IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pengorbanan Seorang Suami.

>> Monday, November 29, 2010

Pada akhir zaman yang serba canggih dan moden ini, ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yang dilakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yang insan bernama suami korbankan untuk wanita yang bergelar isteri..

1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya untuk buat baju kurung isteri daripada seluar suami. Suami sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.

2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat rumah, semuanya suami lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.

3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni lu orang semua tahu harga barang semuanya naik. Tetapi si suami sanggup beli setiap bulan untuk isterinya sedangkan suami tak pernah gunakannya.

4. TUALA, suami cuma pakai sehelai saja tuala sedangkan setiap bulan isteri bertukar-tukar tuala..

5. BAJU, suami cuma pakai sehelai saja baju dalam satu masa, tapi isteri pakai dua baju dalam satu masa (baju dalam).. ngeeee...

6. BARANG KEMAS, suami tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. Tapi beli jugak untuk isteri.

7. ALAT SOLEK, suami rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi SANGGUP beli untuk isteri. Ini yang paling tak boleh blah ni... membazir... tapi belikan jugak...

8. KASUT, suami lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah, demi isteri dia sanggup beli yang bertumit tinggi.

9. REHAT, 90 hari isteri di beri rehat selepas melahirkan anak sedangkan suami mungkin akan diberhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama.

10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, isteri dapat merasa naik ambulans sedangkan suami, Cuma ikut dari belakang dengan kereta sendiri.

11. TIDUR LUAR, kadang-kala bila ada perselisihan faham, suami berkorban tidur di ruang tamu, sedangkan isteri syok jer.. tidur dalam bilik.

12. Lu orang kalau yang dah bergelar suami pasti tahu apa yang telah lu orang korbankan kepada isteri masing2 kan... so tambah2 lah sorang sikit... hahaha...

“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
MORAL: JANGAN DERHAKA PADA SUAMI, TAK ELOK TAU.. HAHAHAHA...

9 IkutSukaLu...::

mahaza Monday, November 29, 2010 9:48:00 PM  

No 7 - Jangan Isa.... ada yang masuk wad/ICU terkejut beruk kang....

Manjeamusyuk Monday, November 29, 2010 11:50:00 PM  

no. 10 xtahan nk gelak tu..hahahaha!

Tinta.Muallimah Tuesday, November 30, 2010 12:11:00 AM  

Salam yeop. Bebeno sgt le tu yeop !!!

tubelawak Tuesday, November 30, 2010 12:20:00 AM  

beli emas takpa.. tak rugi.. hahaha

nadrah zainuddin Tuesday, November 30, 2010 12:54:00 AM  

hahahaha tak boleh blaa. dah beli penyapu tu, reti retikan lah guna. berkorban sikit lagi untuk isteri. ahahaha.

agas,  Tuesday, November 30, 2010 9:55:00 AM  

minta izin copy bro...

Anonymous,  Tuesday, November 30, 2010 6:03:00 PM  

Adham

izikan saya menjawab balik

1)mestilah kain kene lebih dari suami.kalau same alamatnye nampaklah bentuk tubuh si isteri kepada bukan muhrim

2)si suami disilakan utk menggunakan mesin basuh/mesin parut/blender/oven.Ringan sikit kerje isteri dirumah

3)mmg sabun,berus &penyapu dh mahal.tp kalo xbeli busuk lah baju suami basuh xguna sabun,rumah berhabuk,berpasir xde penyapu.Alangkah gembira hati suami melihat keadaan ini

4)Sanggupkah si suami melihat isteri bertual yang asalnya putih tp jadi kuning.Adakah ini contoh baik utk anak2?

5)kalau macam tu suami harus tetapkan satu jenis baju shj yg isteri boleh pakai dalam rumah. he he

6)no komen

7)Sanggupkah si suami menatapi wajah isteri yg penuh dgn parut dan liang roma yang besar di wajahnya?


8)Apakan daya si isteri sememangya lebih pendek dari suami


9)Ini adalah kezaliman untuk si suami. Biarlah mereka (suami) yang merasai nikmat mengandung dan melahirkan anak.

10-12)Xlarat nak pikir dah

abu muaz Sunday, May 22, 2011 8:15:00 AM  

memang pun begitu... siapalah suami kalau nak dibanding dengan isteri.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP