IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pelik Tapi Benar..!!!

>> Thursday, November 25, 2010

Entri kali ini nak bicara perkara pelik tapi benar di dalam kehidupan masa kini. Hendak dikata terkena pada diri Wak ataupun anda, niatnya hanya muhasabah diri sendiri. Renung-renungkan sejenak? Wak akui, ada dalam list ini.. Wak bukanlah perfect pun.. Apa pun alasannya, tetap salah?? Ini adalah listed "pelik tapi benar dari Wak". Anda nak tambah, ikut suka andalah...
 
Kita sering berpiket/boikot McDonald, KFC dan sewaktunya... Tapi tidak memikirkan nasib pekerja "Melayu" yang rata-ratanya bekerja kat disitu.. Patutnya offerlah pekerjaan baru kepada mereka supaya lumpuh terus depa tu... Yang kerja kilang arak jangan cakaplah..hehehehehehe.. Pelik bukan??

Pakai barangan pirate, dah terang-terang curi harta intelek .. Tetap juga beralasan "Ala... takper, yahudi mabuk/kafir yang punya". Kalau macam gitu, malam ni kita pii rompak rumah orang kafir?? hehehehehehe... Pelik bukan??
 

Tak lama lagi ada silibus seks disekolah untuk hindar genjala seks luar nikah.. Padahal ajaran agamalah yang menjadi benteng nafsu serakah.. Kan ke pelik tu??
 

Orang kita jijik bila dengar gay atau golongan homoseksual... Padahal bila Adam Lambert datang Malaysia senang-senang dapat permit buat konsert.. Radio jangan cakaplah, hari-hari main lagunya... Lagi pelik???
 

Dulu kalau kita lihat adengan melayu peluk-peluk di televisyen, kita akan marah... Tapi sekarang dah jadi biasa dan menjadi trend pengarah nak nampak adengan cintan-cintun.. Alasan deme "itu lakonan sahaja, dan adengan peluk-peluk letak bantal diantara mereka"...?? Kan pelik bin ajaib tu??
 
Kita kena buat bangunan tinggi-tinggi, Supaya nampak maju dan berdaya saing... Padahal nak tunjuk maju atau berdaya saing, tak perlu semua itu... Tingkatkan mutu pendidikan, ekonomi, modal insan dan lain-lain.. Kan nampak pelik bertingkat-tingkat?? Kat Mecca pun nak buat juga... Ana sedih betul...
 

Isu Semasa atau masalah rakyat/cerita hot asyik pusing PP, Kedah, Selangor dan Kelantan.. Seolah-olah hanya negeri-negeri tersebut sahaja dalam Malaysia... Padahal mana lagi kawasan wilayah persekutuan dan Negeri lain?? Ke Wartawan takde coverage kat sana?? Pelik bukan?? Paham-paham jelah...
 

Yang last ni bukan pelik.. Tapi macam nak marah pun ada... Kata jalur lebar.. Tapi dok sempit lagi apahal??? Ni pelik asyik nak tarah duit Wak jer...

Itu sahaja listed dari Wak... Kalau nak sembang, 1001 malam tak habis atau berjela-jela lagi entri ini.. Bukan malas tapi tak larat dah asyik jalur sempit... Tapi Wak nak tekankan disini, walaupun kita tahu semua perkara tersebut dan boleh mengubahnya, Amat pelik kalau kita hanya berpeluk tubuh sahaja atau hanya bermakian/kutukan sahaja...

Tindakkan...??? Yeelek...!!!

Jom guna hak anda??.. Apabila anda ada hak untuk memilih??? Jeng-jeng-jeng...

Petik dari Wak Jeng.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP