IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Member Gua Totok Umno Bengang Dengan KERAjaan.. hahaha..

>> Monday, November 22, 2010

Siang tadi ada sedikit perdebatan antara gua dan member2 kat port lepak, di mana seorang member totok umnoapco tak puashati pasal member nak renew roadtax tak lepas beb...., gua bagitau kat member ni... kerajaan tangguhkan dulu pasal blacklist tu... hingga Februari tahun depan, dia pulak kata mana ada.... kencing jer semua tu..., dia tetap kena bayar semua saman baru boleh renew roadtax...., gua mengalah jelah sebab dia dah bayar 5 saman dan renew roadtax siang tadi.

Tapi sempat jugak gua provoke dia...., kalau lu dah kata kena kencing dengan KERAaaajaan, siapa pulak yang pi pangkah dan sokong bagai nak rak si kaki kencing semua tu... hahahaha.... berasap jer.. muka member gua nih... dah tak macam rupa manusia... muakakakakaaaaaa... mana taknya... kena kutuk kow2 dengan member lain lagi... cili kasi taruk.. lada kasi tuang... mana taknya dah sampai berhutang dengan member2 nak bayar saman punya pasal, tengah bulan beb..... kah...kah...kah...

Dan disebabkan gua masih tak puashati, inilah pasalnya gua terpaksa mengadap pakcik google bertanyakan isu blacklist nih, so.... jumpa laporan dari Utusan Meloya Online, seperti biasa gua memang tak percaya lansung dengan laporan media pencacai tu..., maka gua refer kat MalaysianInsider. Wokeyyy... kompom cerita yang sama berkaitan "Senarai Hitam Saman Ditarik Balik Sehingga 28 Februari 2011".

Habis tu apasal member gua kena kencing siang tadi, jika ikut laporan dari kabinet sepatutnya senarai blacklist tu ditarik balik hingga February tahun depan, bermakna kalau nama ada blacklist masih boleh renew roadtax laaaa... dalam pada itu boleh settle kan saman tu slow n steady.... tak lah membebankan..., tapi mengapa sebaliknya yang terjadi...


Setelah di amati betul2 kenyataan tersebut, baru gua faham ini satu lagi kenyatan yang agak memukau iaitu senarai hitam ditarik balik..Kalau beruk di hutan boleh la... dikatakan begitu. Jika kita semua baca balik laporan kabinet tersebut hanyalah ayat2 untuk perbodohkan rakyat jer... cuba tengok balik kenyataan ni.."
"Pada masa sama, bagi kenderaan yang telah disenaraihitamkan sebelum keputusan Kabinet ini dibuat, mereka tetap perlu menjelaskan semua notis saman sedia ada dan tidak akan dihapus kira," katanya."
Ini bermaksud semua kenderaan yang telah kena saman pada tarikh sebelum kenyataan ini dikeluarkan tetap disenaraihitam dan memang tak boleh renew roadtax. Kalau tak percaya pergi la JPJ. Ini berlaku sendiri apabila member gua perbaharui roadtax dia siang tadi, dan semua 5 saman tetap kena bayar.

Kenyataan tersebut hanya laku bagi kereta yang kena saman selepas kenyataan tersebut dikeluarkan. Maksudnya tak disenarai hitam dan boleh perbaharui roadtax sehingga February 2011.

Pandai betul menteri2 ni dan akhbar2 ni mengelirukan rakyat tetapi keadaan sebenarnya adalah berbeza. Taik kambing bulat2.... satu Malaysia kena kencing kow-kow sat punyeeeeaaarrrr..... hahahaha....

So... sebelum akta internet di bentangkan/luluskan, gua nak ambil kesempatan nih menghasut lu orang semua, kepada yang ada saman dan tak boleh renew roadtax, kita semua tak payah la... renew langsung, pasal kabinet pun tak pernah nak ambik tau yang sekarang nih... rakyat tengah sesak, baru jer... habis beraya... lepas nih nak mengadap peruntukkan untuk anak2 bersekolah pulak... perghhh... masak ranum beb...

Apa kata masa kita kena saman nanti, kita cakap jer... kat Bro Polis tu.... "Kalau nak saman pun saman jelah..., pasal saman yang lama pun gua belum bayar lagi..., yang ni pun dah tentu2 tak bayar jugak.... ehhh.. kat mana nak tandatangan nih.... cepat sikit gua dah lewat nih..."

Kalau KERAaaaajaan masih pekakkan telinga... dan tak prihatin kepada masalah rakyat, maka beramai2 lah kita pakat tukarkan KERAaaajaan gilerbabi nih....!!! amacam ada berani ke...???

Persoalan sebenarnya adalah KERAaaaajaan, nak sakau duit dari rakyat, duit dah habis buat projek sana sini, duit pun dah tinggal ciput... atau habis tak tahu mana pergi..., samada projek betul2 bermanfaat pada rakyat atau tak tahu samada projek harganya berpatutan atau dibuncitkan.... tak caya lu orang pergilah beli buku laporan Ketua Audit Negara, semua jawapannya ada di situ.


Pak Polisi pulak (PRDM) kalau nak mendidik para pemandu, buat roadblock dan tahan kenderaan yang pandu laju, time tu jugak suruh turunkan autograf, barulah adil bagi kedua-dua belah pihak. Bukannya main aci sorok2 dan tembak senyap2..., apa guna belanja juta-jutaan beli mitsubishi evo... tapi jarang2 nampak atas highway..., stanby jelah evo tu... atas highway, nampak jer... gua bawak laju lu orang kejar aaarrr... suruh gua berenti tepi dan saman... baru gentle beb... ini main sorok2 belakang tiang macam dah takda cara lain ke yang lebih bermoral...???

Lagi satu pesanan gua buat KERAaaajaan barisan nasional yang bangang nih, kalau dah tak mau bagi pemandu pandu laju, KERAjaan KARbinet tolong luluskan hanya kereta berCC 660 saja dan yang layak berada di atas lebuhraya di Malaysia, biar jadi macam semut berjalan berbaris cantetttt... gua pun bukannya naik kereta besar tapi gua nak tergelak dengan Malaysia punya penguatkuasan..... nampak sangat nak cari duit...!!!

Luluskan jualan kereta CC besar2... lepas tu tak boleh belasah atas highway... kereta 2000 ke 3000 CC, boleh henjut tak lebih 110km atas highway.... apa barang beb... itu pasal gua katakan KERAaaaajaan celaka nih nak buat duit, firsly untung sakau duti eksais kereta 300%, secondly... untung sakau duit speedtrap (saman ekoq).

Selagi boleh sembelih... diorang akan sembelih kow-kow punya..... So... nak percaya lagi ke dengan KERAaaajaan barisan nasional nih.... ntah apa2 punya undang2 jalanraya pun gua tak tau laaaa... dan pak menteri pulak semuanya jenis bangang terlampau.... ehhhhmmmm... pi mampuih laaaaa...

9 IkutSukaLu...::

mahaza Tuesday, November 23, 2010 12:41:00 AM  

Tak tahu la kat mana kesilapan yang ditanggung dek kawan tu sebab aku ok je..... adalah beberapa saman tahun lepas tak sempat bayar (belum cukup ongkos dan sebelum dimaklumkan ditarikbalik hingga Feb 2011 tu). Bukan taknak bayar, nak pegi bayar dah takleh memandu.... online takleh pulak.... takleh ke? Mungkin blacklist dah terlalu lama agaknya (kes aku baru takat 2009... kot)

Prof. Era Pasca Tuesday, November 23, 2010 12:55:00 AM  

kalau tanya den jenis saman trafik mana yang tak ada...? jawapan nya semua ada.. wakaka

dari tak pakai talipinggang samapai tak pakai helmet... kahkahkah

ISA Tuesday, November 23, 2010 2:30:00 AM  

mahaza,

member gua nih... tak la pulak tahun bila, dengar citenya speedtrap..

mungkin yang lama2 agaknya... biaq pi la kat dia... geng pemuda umno, diorang kan rajin bantu bn... hahaha...

ISA Tuesday, November 23, 2010 2:31:00 AM  

baginda,

lu lagi ganas... lagipun tak kemana duit tu... bagi kat KERAjaan gak... hahaha...

Unknown Tuesday, November 23, 2010 3:15:00 AM  

mmm ... jangan tak tau Polis Raja Di Malaysia, kan ke? He he he

Akta Hasutan untuk hal cyberspace yang depa UM?NO nak buat tu dah berkuatkuasa ke belum? Kalau dah ON, jaga-jaga sikit, jangan hasut benci UM?NO, kata kerajaan tak betui, tak pasai pasai. Tapi kalau kita nak hasut rakyat supaya jadi cam lembu kena cucuk hidung, tu tak pa. Siap ada imbuhan lagi, ada kerjaya lagi.

Damn those bloody bigots!

Kakcik Seroja Tuesday, November 23, 2010 5:31:00 AM  

Salam Isa...

kereta 660cc sebenarnya lebih laju dari kereta 2000cc tau.... (tak tahulah kalau dia dah tukar enjin). Masa kakcik balik dari Tk Intan baru2 ni, di lebuhraya PLUS - selamba je kancil 'cucuk2' dari belakang minta laluan - lepas tu berdesup pergi tak nampak lagi! Masa tu, kereta kakcik dipandu dengan kelajuan melebihi 120km/j.

ISA Tuesday, November 23, 2010 1:41:00 PM  

Hanz,

Kalau kutuk jadi hasutan, kalau bodek takpa...???

Kepala bapak diorang punya undeng2... hahaha...

ISA Tuesday, November 23, 2010 1:43:00 PM  

kakcik,

Itupun salah Kerajaan juga, kerana membenarkan kereta tu di modified dan berada atas jalanraya...

Penguatkuasaan undang2 malaysia amat lemah.

berasap,  Thursday, February 24, 2011 3:07:00 PM  

Gua malas nk ckp lelebih..gua org johor..ada 2 saman kecil...mmg gua ingat pun dn belum bayar lagi..kompaun jek..tapi lebih memeranjatkan gua..4hari lepas..gua menggatal tangan nk bukak myeg dan check ic no dan saman gua..tetiba gua dh ada 3 saman...PELIK..no plat moto gua dan ic gua ada kene saman kt tanah merah..wo0o0o0ooooooooooooooooo...............

plat moto gua plat joho der...gua pelik ni..kalau org curi pakai plat gua..takkan polis tu tahan tk tenguk roadtax???...??...???...???(gua malas nk tanya banyak..lu orang isi la sendiri tanda tanya tu)

ini kes pelik..ini kes sudah lebih..saman tu tk pakai helmet..kompaun 60 dan diskaun dpt 30..wo0o0o0ooooooooo....

moto gua bawak pi keje je..takkan dari joho gua nk pi tanah merah naik moto buruk gua..apa KEJADAHNYA gua nk pi kelantan tk pakai helmet naik moto......gua pernah pi kelantan sampai sekarang gua hidup ni sekali je..tu pun masa rombongan sekolah rendah..ada dekat 20tahun lebih tu..W0o0o0o0o0oooooooooooo.........

tkpa tkpa..sbb gua mmg nk bayar pun..gua tk nk hutang apa2 dgn orang..dan gua akan bayar jugak saman kt tanah merah tu walau gua tk buat..

TAPI...rm30 tu gua akan tuntut balik di mahkamah akhirat..2-3 pihak gua akan saman sebagai penama..lu org tau tau jela sapa yg gua akan saman tu..
lu jawab la depan Allah..

kalau gua suruh lu naik moto ex5 gua dari joho pi kelantan tk pakai helmet lu orang mau ka??berani ka??

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP