IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Makhluk Tamak Haloba... Syabas.

>> Wednesday, November 24, 2010



•Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor.
•Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat.
•Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat.

Pelan Syabas:
Tahun Kenaikkan Tarif : 2009 (37%), 2012 (25%) dan 2015 (20%).

1. Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka.

2. RM 325 juta ‘hilang’ apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas.

3. Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan.

4. RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta.

5. Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion.

Pelan Selangor:
Tahun Kenaikkan Tarif: 2009 (12%), 2012 (12%) dan 2015 (12%)

1. Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

2. Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan.

3. Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan".

4. Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat.

5. Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat.

Pilihan di tangan anda!

Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah.
Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor.
Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Selangor..!!!!




P/s: Perlukah kita menyokong makhluk yang tamak haloba ini. Dalam ruangan komen di sini, member takda nama ada bagitau, betul ke...??? Dan jawapannya... jeng..jeng..jeng... !!!

Tanpa Nama berkata...:
hang tak kenai ka sapa ni.eesh eesh eesh.. kaki pompuan nih!!!

Rabu, November 24, 2010 12:10:00 PM

Persoalannya... siapakah pompuan itu....???

3 IkutSukaLu...::

Kasim,  Friday, November 26, 2010 2:32:00 PM  

Alamak bro, gua ingat lu tebal telinga sgt. Klu ikut lu punya style, mcm brutal. Tapi, komen sensitif pun lu nak padam. Apa barang bro?

Gua nak tanya sikit bro pasal air ni. Sejaumana Kera-jaan Selangor ada kepakaran nak urus air kat Selangor bro? Siapa yg nak lead Uni-Company Air kat Selangor ni bro?

Gua rasa Khalid ni berdendam dgn Rozali je bro sejak Khalid ni dlm dunia keparat lagi. La ni, bila dia ada kuasa, hbs dia hentam Rozali and Syabas.

Lu tgk dia skt punya baik dgn Talam Corporation. Siapa owner Talam bro?

Lu tgk jgk dia punya kamceng ngan CEO I-City tu. Apa rkyt Selangor dpt dgn I-CITY tu bro? Sebijik mentol pun tak dpt blk bro..Jgn kena kencing dah la bro.

Wa sokong air milik kera-jaan, tapi gua rasa kat blkg khalid, byk lagi buaya nak baham kontrak air bro..Lu tgkla nanti klu lu tak percaya!

Mazlan,  Friday, November 26, 2010 2:37:00 PM  

Aku cdg PR Slgr tak payah bawak isu ni gi jupe YDPA dan serah memo..Mcm mana klu YDPA tak fovour dgn their interest? Sakit nanti PR Selangor nak putar alam kat rakyat.

Dahla YDPA tak favour to them, msk court pun klh jugak, lagi teruk PR nak putar..

Depa dah la kaki putar...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP