Perggghhh... pendedahan yang dibuat oleh Haris Ibrahim (Bahasa Inggeris) dan Mat Saman Kati (Bahasa Melayu) betul2 mengundang kontroversi, hasilnya Blogger Cucu Mat Kilau ishtihar keluar PKR dengan pelbagai alasan dan sebab mengapa beliau bertindak sedemikian.
Seperti mana yang gua selalu menceceh dalam blog ini, sejak isu Reatreat PKR di Corus Paradise Port Dickson, di mana gua persoalkan tentang pembaziran kewangan PKR hingga gua di cop sebagai Blogger Lalang oleh totok/pencacai tegar PR, hinggalah sekarang ini, gua tak ambil pot lansung, malas nak ambil tahu kerana puak2 ini jenis menyokong pemimpin secara membabi buta. Bagi mereka pemimpin tak boleh di tegur. Cehhhh... macam cilanat wal celaka jer...
So... sekarang amacam..???, Matlamat gua perubahan kerajaan, berwadahkan PR... tetapi apa sudah jadi dengan salah satu komponen PR iaitu PKR...??? Baru isu pemilihan partai... warna2 umnoapco sudah keluar, dan tidak dinafikan kebanyakan pemimpinnya masih melekat bau daki dan peluh umnoapco partai yahudi melayu laknatullah. Ini sudah kes teruk.... dua kali lima sepuloh... hahahaha...
Justeru itu... sempena Pemilihan PKR nih... lu orang ahli PKR buatlah pilihan yang tepat siapakah yang lu orang nak lantik sebagai pemimpin partai lu orang nih.... suara orang bawahan yang harus diutamakan, bukannya suara calon2 yang menabur wang ringgit meminta2 supaya dirinya di undi... hehehe...
Tapi gua salute suara2 di bawah ini yang berani menentang pemimpin yang korup...;
|
Apa pasal kau tersengeh? |
Aku sudah muak dengan segala kepincangan yang semakin nyata kebenarannya dan terus berlarutan dalam pilihan parti PKR. Zaid Ibrahim ditomah dengan segala macam hinaan palsu yang bersendikan husutan daripada Azmin Ali.
Permainan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin jelas dalam mencaturkan kepimpinan PKR dengan cara yang amat hina.
Kalau dulu ahli parti hanya mendengar rungutan dan cacian daripada penyokong Umno/BN terhadap PKR, sekarang ahli dan pemimpin parti PKR sendiri telah sedar akan segala penipuan dan permainan kotor oleh Azmin Ali dan dibiarkan berleluasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Sokongan terbuka terhadap Azmin Ali dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden parti oleh pejabat Anwar Ibrahim bukan rahsia lagi. Banyak email-email propaganda yang membodek Azmin dihantar kepada para wartawan dan blogger daripada pejabat PKR. Syed Hussein, Khalid Jaafar dan Biro Komuniakasi, Parti Keadilan Rakyat adalah antara agent yang samada secara "terpaksa" atau sukarela telah menatang dan menjunjung Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden. Tidak cukup dengan itu, hujan fulus daripada Dato' S Khan memastikan gurkha-gurkha Azmin terus lena bertilamkan RM.
Dengar sini Anwar Ibrahim!! Kalau gini cara pemilihan parti PKR dijalankan, maka kamu dan pencacai-pencacai parti kamu tidak layak untuk mengkritik SPR atau mana-mana badan kerajaan yang menyeleweng. Parti kamu, Parti Keadilan Rakyat adalah Parti PENIPU Rakyat! - Rembatan dari
Blog Pemantau.
(Nota: Gua check blog pemantau nih... masih baru lagi tapi dia punya hentam tak ingat dunia, bagus2... belasah jer.. bro.. pemimpin2 yang macam celaka nih...)
Lepas tu... baca pula
Blog Kerajaan Rakyat, perghhhh... Bro Sofi Yasin, yang mendesak penjelasan ikhlas dan telus dari Anwar Ibrahim tentang isu berkaitan
Azwan Azmin Ali. Gua tak terkejut dengan amarah Bro. Sofi Yasin kerana gua pernah lihat bagaimana beliau hentak Anwar Ibrahim dahulu.
6 IkutSukaLu...::
bro, pasnie mesti hang lagi kena hentak...hehhehe..takpa...janji puak2 nie paham...kalau tak paham...mampuih pi la!!
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA
Kalau gua tak silap , dulu Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata yg Parti PKR parti celaru . Dan anak bongsu gua pulak kata Parti PKR adalah Parti Kuat Ronggeng atau Parti 69 ( Parti tunggang langgang).Pada AP Azmin lu memang WTF punya geng.
alah..pas pun dah tunggang terbalik...perangai ada jugak sisa2 umno..
inikan pula pkr..
kah kah kah kah..
jangan berkokok mcm haji bodoh atas ni..
-Gertakan Jiwa Tempur-
PKR, parti untuk orang yang benci UMNO tapi tak mahu masuk PAS. Bila dah dok dalam pakatan, PKR silap sikit, PAS kena, DAP silap sikit, PAS kena.
PAS silap sikit, PAS kena(??)....
Tak terkejut pun kalau budaya ngok dalam UMNO masih lekat kat dalam diri diorang.
Orang Melayu biasa lah pendengki!
Buat cerita yang tak betul tetapi berlagak macam tahu semua...poraaaah
Tak nak undi PKR, DAP dan PS siapa peduli janji UMNO menang dan aku tetap bumiputra ...yang lain bolih mampus kecuali kalau nak ubah sesikit.
Semua kena kencing dengan zaid ibrahim... berapa kali dia ajak datang rumah dia kat Tropicana tu?
Selagi dinamerkan manusier,dan manusier tu tak giler..selagi itu dier tak cukup dgn aper yg dier ader.Otak waras ler tu.Tapi kalau sampai dah mencughi(undi)dan berpakat2 nak ninggaikan kawan(UG),kiter dalam berpesatuan ni dah dikire belot.Jangan nayerkan kawan2 kiter...itu tak betoi,tak ader adab namernyer.Kalau nak aman,SEMUER kener ikut jalan yg betoi,tak kigher kepaler ker ,ekor ker...jadi betoi ler semuer.
Post a Comment