IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Al-Mau'nah Kisah Benar. - Part 1.

>> Thursday, November 25, 2010

Kisah Benar Al-Mau'nah seperti yang diceritakan oleh: DSP Abdul Razak bin Mohd Yusoff.

PENDAHULUAN;

Pada subuh 02hb Jun 2000, sekumpulan ahli pertubuhan ilmu kebatinan Al-Maunnah telah menyamar sebagai pegawai kanan tentera, masuk menceroboh ke dua kem tentera di 302 AW di Kuala Rui dan 304 AW di Grik, Perak.

Mereka berjaya melarikan beratus-ratus laras senjata dan beribu-ribu butir peluru. Mereka berkubu di sebuah dusun durian di Bukit Jenalek, Sauk, lebihkurang 60km dari Grik. Mereka telah menangkap 2 orang anggota polis yang sedang menjalankan penyiasatan di kawasan mereka dan menawan seorang penduduk kampung yang sedang mencari durian.

Mereka berjaya menawan seorang anggota tentera yang tersesat masuk ke kawasan mereka dan membunuhnya. Dalam satu pertembungan dengan pihak tentera, seorang anggota kumpulan mereka telah terbunuh. Mereka kemudiannya membunuh salah seorang tebusan mereka, seorang anggota polis berbangsa India. Mereka telah dikepung oleh tak kurang dari 2,000 personnel Pasukan Keselamatan; yang melaksanakan pelbagai teknik pengharuan, pujukan dan rundingan sebelum mereka menyerahkan diri kepada Pasukan Keselamatan.

KRONOLOGI TINDAKAN `C’ SQN. 69KOMANDO SEMASA OPS. SUBUH;

030800 Julai - PP 69Komando mengarahkan C/Insp. Abd. Razak bersama Ptl. 41. Berjumpa dengan OCPD Kuala Kangsar kerana laporan beberapa orang penduduk kampung yang mendengar bunyi tembakan yang mencurigakan.

030900 Julai - Setelah berjumpa dengan DSP Nazri, Timbalan OCPD Kuala Kangsar, C/Insp. Abd. Razak dan kumpulannya diarahkan balik kerana menurut DSP Nazri, KPN telah menyerahkan operasi ini kepada pihak tentera.

050800 Julai -  PP 69Komando mengarahkan 2 orang pegawai bersama kekuatan 3 ptl. berlepas ke Balai Polis Kati. Mereka akan menerima arahan selanjutnya disana.

050930 Julai - C/Insp. Abd. Razak dan Kpl. Ismail b. Che Mat telah diarahkan untuk mengawal DSP Halim dan 2 orang anggotanya dari Cawangan Komunikasi IPK Perak memasang alat pembesar suara di Sekolah Kebangsaan Jenalek untuk digunakan oleh Pihak Perunding.

051130 Julai - Semua anggota `C’ Sqn. ditempatkan di quarters lama JKR, berhadapan Pondok Polis Sauk.

051730 Julai - 2 orang pegawai dan ptl. 34 telah membuat tinjauan di belakang Sekolah Kebangsaan Jenalek, berada di GR 261499; lebih kurang 300m dari kedudukan musuh.

051940 Julai - Kumpulan tinjaun balik ke martek.

060700 Julai - PP 69Komando menyampaikan taklimat gerakan di martek, 2 orang Pegawai dengan kekuatan 3 ptl.; ptl. 34, 41 dan 42 digerakkan dengan 3 Volvo ke Sekolah Kebangsaan Jenalek. Mendapatkan `pointer’ dari Major Fadhil, selaku Pemerintah Medan Angkatan Tentera dalam operasi ini.

060915 Julai - Pegawai dan anggota `C’ Sqn. dapat arahan melalui walkie-talkie untuk masuk ke kawasan dari PP 69Komando

060930 Julai - Bergerak dengan 3 buah kenderaan jenis Volvo ke Debussing Point bersama-sama pointer dari ATM.

060940 Julai - Sampai di Debussing Point.(Bt. 73.1 Jalan Sauk/Lenggong, berhampiran Sekolah ugama lama. Meneruskan perjalanan ke kawasan tanggung jawab dengan berjalan kaki.

060955 Julai - Singgah di GR 257497 untuk bertukar pointer

060955 Julai - Bergerak ke kawasan operasi di GR 258500 bersama pointer baru

061020 Julai - Sampai ke kawasan tanggungjawab. Buat penilaian mukabumi, arah angin, lokasi musuh dan pasukan sahabat. Merapati seberapa dekat yang boleh dan tunggu arahan selanjutnya dari PP 69Komando

061240 Julai - C/Insp. Abd. Razak memanggil semua trooper balik ke `backstop’ untuk menyusun perancangan baru. Mendengar set perhubungan untuk mengetahui keadaan semasa. Mendapat berita 2 anggota musuh dapat diberkas ketika sedang melarikan diri dari kumpulan mereka dan menyerah diri kepada pasukan keselamatan. Menurut musuh yang diberkas itu, ramai lagi rakan-rakan mereka yang hendak menyerah diri, tetapi takut ditembak oleh Pasukan Keselamatan.

061315 Julai - C/Insp. Abd. Razak mengarahkan troopernya merapatkan kepungan untuk menyambut mana-mana anggota musuh yang hendak menyerah diri

061325 Julai - C/Insp. Abd. Razak menyusup menghampiri kubu musuh dan berlindung di sebalik batu besar berhampiran `water point’ musuh

061330 Julai - Timbalan Presiden kumpulan musuh menghampiri `water point’ untuk mengambil air sembahyang. C/Insp. Abd. Razak mencabar Timbalan Presiden itu untuk menyerah diri. Bermulanya perbincangan untuk menyerah diri.

061535 Julai - C/Insp. Abd. Razak menghubungi semua `call sign’ untuk masuk ke kubu musuh dengan aman kerana musuh sudahpun bersetuju untuk menyerah diri

061550 Julai - C/Insp. Abd. Razak bersama troopernya keluar dari kawasan tanggung jawab melalui jalan masuk

061615 Julai - 3 buah kenderaan sudah menunggu di `roadhead’ untuk membawa trooper C’ Sqn. pulang ke Martek.

Bersambung...

5 IkutSukaLu...::

Pak Oncu Thursday, November 25, 2010 9:38:00 PM  

Isa ,,, den nak tanya kisah benar dari sumber mana ??

Isa Thursday, November 25, 2010 9:44:00 PM  

Pak Oncu,

Sumber akan diberitahu last sekali... hahaha...

Anonymous,  Friday, November 26, 2010 12:10:00 AM  

Tak usah nak buang ruang nak cerita kisal Al-Maunah.Sudah cukup kita ketahui Kes Al-Maunah ni adalah drama UMNO dengan Angkatan Bersenjata dan Mamali adalah drama UMNO dengan polis.Itulah yang sebenarnya,tak payah nak buang masa.Dalam erti kata yang lain,Angkatan Bersenjata dan polis kena kuda dek UMNO.Full Stop.

MOH KEMBARA Friday, November 26, 2010 6:17:00 AM  

Salam Yob ISA,
Jeng jeng jeng! BTW,pasal ruang komen Yong tu, kekadang Yong pun hadapi masalah yg sama kat blog org lain. Just rewrite ur comment later atau tenyeh jer kat shoutbox! Thanx.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP