IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

20 Tahun Tinggal Dalam Rumah Usang.

>> Sunday, November 14, 2010

Najib Razak nak bina Menara Warisan dengan kos RM5 billion atas nama PNB yang tanggung semua kos, kot yeaaa... dan apa sajalah alasan bagi merealisasikan impiannya untuk mencatatkan namanya sebelum dia kena tendang pada PRU 13 nanti.... whatever...!!!!

Persoalannya adakah dia sedar atau tidak masih ramai lagi rakyat malaysia yang merempat dan hidup dalam kesusahan...??? Adakah dia sedar dikalangan rakyatnya masih tinggal dalam pondok usang, dalam kandang lembu, rumah tak cukup sifat... bocor sana terkopek sini dan macam2 lagi kedhaifan yang di hadapi... sebagai contoh seperti di bawah ini..;

 Gambar Hiasan
Email 1:

Assalamualaikum, Semasa Misi Ziarah Ramadan baru2 ini kami sempat menziarahi rumah Makcik Ramlah (Mak Lang Melah) berumur hampir 80 tahun yang didiami bersama anak perempuannya. Terletak di kawasan perkampungan yg kebanyakan penghuninya tergolong dlm golongan miskin tegar di Kg Temelong, Lenggong, Perak.

Rumah usang tanpa bilik ini teramat kecil, hanyalah sebesar bilik utama di rumah teres biasa. Langkah kami di atas rumah itu terpaksa diatur berhati2 akibat rumahnya yg sangat usang. Namun kami amat tertarik dengan rumahnya yang bersih & kemas. Mengikut cerita orang kampung, Makcik Melah amat mementingkan kebersihan & menjaga amalan agama terutama solat. Alhamdulillah, hati saya amat tertarik untuk membantu golongan seumpama ini. Walaupun miskin tegar tinggal di rumah usang, namun beliau tetap mementingkan pegangan agama.

Anak perempuannya yang juga sudah lewat usia yang membantunya setiap hari termasuk mengangkat Makcik Melah ke bilik air. Bilik air pun tidak seperti bilik air biasa, cuma anjung dapur yg lantainya berlubang sedikit untuk tujuan mandi dan membuang air dan hanya berdindingkan kain kanvas. Rumah ini tiada bekalan air & api. Menerima ehsan jiran sebelah yg menyambung api ke rumahnya. Bekalan air pula perlu diangkut oleh anaknya setiap hari

Harapan mereka, agar bahagian dapur rumah ini boleh diturunkan. Dibina satu bilik yang ada bilik air agar ibu tua ini senang mengengsot ke bilik air. Manakala anaknya pula tidak perlulah naik turun tangga setiap kali mengangkut air. Perbelanjaan pembinaan bilik & bilik air ini dlm anggaran RM5000. Kalau ada rezeki lebih, dapat juga dibina pam air untuk salurkan bekalan air ke rumah ini

Sekiranya ada yang sudi membantu keluarga ini, khususnya menunaikan harapan mereka bolehlah menghubungi: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Email 2;

Assalamualaikum, Berita baru diterima.. Alhamdulillah usaha kita telah menyedarkan pihak yg bertanggungjawab.. bekalan air & api dlm proses dimasukkan setelah berpuluh2 tahun Makcik Melah menunggu.. satu lagi berita yg mengejutkan, rupanya peruntukan RM5k telah dikeluarkan pihak kerajaan utk kos pembinaan bilik & bilik air.. tapi telah dilesapkan oleh ntah siapa2.. ko jawablah kat akhirat nanti..

Insya-Allah saya akan salurkan terus duit yg diterima agar dapat dibina sedikit2.. setakat hari ini 09/11/10 ada RM1100. Sahabat2 saya di sana akan bergotong-royong membina rumah Makcik Melah yang sedang sakit sekarang.. semoga harapan beliau tertunai jua.. semoga masih ada sahabat2 yg prihatin & sudi berkongsi rezeki mereka untuk keselesaan Makcik Melah & anaknya.. amin - Elly 012-3614014
Email 3;

13 Nov 2010-update- hanya Allah yang tahu betapa terkilannya hati kami.. misi tidak tertunai, hajat tidak kesampaian.. namun ajal maut ketentuan Allah. Tika ini, jasad Makcik Melah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg Temelong, Lenggong, Perak... menutup mata buat kali terakhir pada waktu Isyak 12 Nov 2010. Saya sempat mengumpul dana sebanyak RM1550 dlm masa seminggu, dan sahabat2 di sana nekad membeli barang2 binaan untuk mulakan projek membaik pulih rumah Makcik Melah walaupun dana masih kurang.

Seperti biasa, arwah Makcik Melah ceria menyambut tetamu.. masih terbayang2 gelak tawa & senyumnya tanda gembira menerima kunjungan. Pada saat2 akhir kehidupannya, diberitakan dia tersenyum melihat persediaan sahabat2 di sana untuk membaik pulih rumahnya. Namun, apakan daya.. dia cuma sempat melihat persediaan sahaja, api & air juga belum sempat dimasukkan... setelah hampir 20 tahun rumah kecil ini dibina oleh penduduk kampung tanpa bilik, bilik air serta tanpa api & air.. walaupun permohonan telah beberapa kali diusahakan oleh para sahabat di sana...

Walau apa pun.. kami tetap bertekad untuk teruskan projek ini, semoga masih ada rezeki, sumbangan sahabat2 yg pemurah... sekurang-kurangnya, anak arwah yang juga hampir mencecah usia warga tua, dapat merasa sedikit kesenangan & tidak mewarisi kesusahan ibunya. Sekurang-kurangnya anak Makcik Melah dapat merasai kesenangan setelah berkorban seumur hidupnya setia di sisi arwah, mengangkat & memapah arwah, menjaga & menguruskan arwah.

Semoga usaha kita dipermudahkan Allah..amin..
Al-Fatihah utk Arwah Mak Lang Melah.. : Elly 012-3614014

So... apa pendapat lu orang semua... wajarkah pembinaan Menara Warisan yang Najib Razak impikan...??? Serta kos baik pulih Mahligai PM yang bernilai RM65 juta...????

Masih ramai lagi rakyat seperti cerita di atas yang masih hidup melarat dan kesusahan. So... kepada para pemimpin YB - YB... perbanyakkanlah turun padang melihat2 rakyat yang susah, tak kiralah lu orang dari parti mana sekalipun... dan pantau jugalah segala bentuk bantuan kewangan yang di salurkan supaya ianya tidak diselewengkan oleh anjing2 durjana.

2 IkutSukaLu...::

cicit ngah layor Sunday, November 14, 2010 7:05:00 PM  

Ini yg dikaterkan pemimpin?? Tulong jauh sikit drpader teman.Pemimpin yg dikeghomon dek kaki bodek,tamak dan tak ader hati peghot,gampang.Nak caghi pembantu pon tak gheti..yg ader semuer setan2 yg berwajah manusier.Teman betoi2 kesian..aper kan dyer..teman pon hidup melaghat,tapi ndak juger membantu.Saper2 yg menelan duit peruntukan tu..ingat ler..komer akan menerimer kutukan dr semuer kecuali anak bini komer yg komer tamu dengan duit peruntukan tu.Ingat ler bahawesernyer duit tu dah jadi haram..makan ler komer duit haram,kenyangkan ler kaum keluarger komer dgn duit haram.Memang gampang komer ni.

TOK WALI PAS,  Sunday, November 14, 2010 9:24:00 PM  

SEBIJIK MACAM DI BACHOK KELANTAN, 1 KELUARGA TIDUR ATAS TANAH TAPI KERAJAAN NEGERI BELI BANGUNAN JUTA2 MILIK PEMUDA PAS.

BENGONG PEMIMPIN

KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP