IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Najib Kencing Lagi.....!!!!

>> Tuesday, October 19, 2010

Lu orang dag baca "Najib Punya Lawak Ada Masyukkk". Di situ ada disebutkan agenda tersembunyi Keraaajaan memberikan peruntukkan kepada SPR sebanyak RM250juta.

Terkini...., timbul pula isu Keraaaajaan kena beri pampasan kepada PLUS sebanyak RM5 billion pulak, tapi dalam pembentangan bajet 2011 takda pulak sebut perkara ini kan...???

"Pampasan maksima RM5 bilion" menyusul, sebaik sahaja rakyat diumumkan khabar baik bahawa "kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak dinaikkan untuk lima tahun", ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan tahun 2011, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai ketika ditanya selepas pembentangan Belanjawan 2011 oleh Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi, lantaran keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun. Namun demikian, Donald Lim enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.

Bagaimanapun, kenyataan ini bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh UEM Group (yang dikuasai Khazanah Nasional) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sidang media pada hari ini. UEM Group dan KWSP mengambil-alih PLUS Expressways Berhad dengan RM 23 bilion pada 15 Oktober.

Menurut UEM Group dan KWSP, kerajaan telah berhutang dengan syarikat konsesi lebuh raya sejumlah RM2.5 bilion, setakat 30 Jun 2010. Malah, kerajaan dianggarkan perlu membayar pampasan maksima RM5 bilion seandainya tidak menaikkan kadar tol untuk lima tahun, mengikut perjanjian konsesi asal. Dengan kata lain, kerajaan mungkin perlu membayar RM7.5 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata, UEM Group dan KWSP telah mengambil-kira risiko komersialnya ketika mencadangkan pengambil-alihan dengan nilai RM23 bilion. Jadi, penawaran RM4.60 untuk seunit saham telah mengambil kira faktor "kadar tol tidak dinaikkan untuk lima tahun".

Bagaimanapun, pihak UEM Group dan KWSP bersedia untuk berunding dengan kerajaan dalam isu perjanjian konsesi baru dan pampasan dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim
Apa punya PM.... banyak sangat agenda tersembunyi nih...... duit siapa pulak yang bakal kena rembat dengan keraaaaajaan barisan nazianal nih....

3 IkutSukaLu...::

a.samad jaafar Tuesday, October 19, 2010 12:11:00 PM  

Teruskan usaha menyedarkan bangsa yg sedang tido ni yeop..

Anonymous,  Tuesday, October 19, 2010 1:28:00 PM  

-Gertakan Jiwa Tempur-

Lawak Najib mengundang batuk berdarah, berdekah banyak sangat, namun pedih ulu hati, jantung dan lain-lain.

Lang Tuesday, October 19, 2010 5:45:00 PM  

salam bro,

piem2 selepas dr mamak udah mula ceredik... diorg dah jangka piem2 selepas yang keempat tidak akan berjaya mengatasi rekod tabdir dia.. apa lagi nak pikir panjang bro... kalau lu pon lu akan tibai jugak apa saja peluang yg lalu depan mata... selagi ada lobang buat duit abeh rabak dikerjakan...

rakyat ni walau pon diberitahu ribuan kali hanya sebahagian je yg paham dan sebahagian tu tak mampu nak ubah pon... yang tongong lagi bengong serta kaki bohdek lagi ramai yg akan bertepuk tangan atas pa yg dimomokkan oleh simangkuk hayun.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP