IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Luuu... Boleh Berambus...!!!

>> Wednesday, October 13, 2010

Ha..ha..ha.... gua kurang berminat dengan kisah "TendangMamatItu"... setelah dia mengkucar-kacirkan Kerajaan Negeri Kelantan. Walaupun siapa betul siapa salah... wallahuaklam.

Tetapi..., gua sokong dalam tajuk dan isu beliau mendesak supaya si Menteri Anak Yatim get lost dari kabinet Najib, dan gua sokong yang teramat sangat. Weiii... anak si Yatim betul cakap mamat tu... letak jelah jawatan dan tak payah nak win-win situation lagi dengan rakyat malaysia.

Najib Razak.... tolong pecat Rais Yatim... ada berani ke...???

Perdana Menteri Najib Razak wajib meminta Rais Yatim meletakkan jawatan sebagai Menteri Penerangan serta merta bagi membersihkan kabinetnya daripada anasir-anasir subversif yang boleh merosakan perancangan mulia Perdana Menteri untuk membawa transformasi di peringkat nasional. Rais Yatim adalah batu penghalang utama. Beliau adalah ubat luput tarikh yang kini sudah menjadi racun.

Rais Yatim berisiko tinggi terhadap komitmen transformasi Kerajaan Persekutuan yang boleh menyebabkan pemilih-pemilih muda yakin bahawa UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak mungkin mampu hidup berdua mati bersama dengan rakyat yang cintakan perubahan positif di Malaysia.

Hari ini sudah ada barisan blogger-blogger memanggil supaya semua blogger memboikot Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi sebagai protes kepada tindakan tidak bermaruah Rais Yatim membuat laporan polis terhadap penulis blog Ahirudin Attan atau lebih terkenal dengan panggilan Rocky Bru.

Saya menggesa Kabinet mengeluarkan arahan serta-merta kepada Kementerian Penerangan supaya menyiarkan semua senarai syarikat-syarikat swasta yang menerima habuan sama ada didalam bentuk geran, projek atau kontrak daripada Kementerian Penerangan di bawah Rais Yatim.

Saya juga menggesa supaya satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS di bawah pentadbiran Rais Yatim terutama di dalam hal perlantikan Ketua Pengarah baru.

Rais Yatim telah berkali-kali gagal membuktikan beliau tidak mampu mempertahankan maruah bangsa dan negara apabila berdepan dengan kemelut komposer Namewee yang berketurunan Cina. Bahkan Rais Yatim pernah bukan sekali tetapi berkali-kali meminta supaya Namewee dimaafkan. Tetapi beliau segera membuat laporan polis berhubung isu yang mempertikaikan integritinya. Jelas di sini Rais Yatim lebih mengutamakan dirinya sendiri daripada Negara Malaysia.

Pada tahun 1990, selepas tewas di dalam pilihanraya umum, Rais pernah mengutus sepucuk surat kepada akhbar dan antara lain menuduh ‘jambatan sudah dibakar’. Hari ini saya ingin menyatakan kepada Rais Yatim,

‘Ya, jambatan sudah dibakar dan kamu tolong berhenti menyeberang ke mari!’
Rais Yatim, Adios You.

Who gets Santa Rais' RM1 Billion Handout.

Rais Yatim lodges police report 

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP