IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jadi Menteri Dan Berjawatan Tinggi Dalam Kerajaan bn Memang Power...!!!

>> Wednesday, October 13, 2010

Yang ini gua copypaste dari ruang komen di sini. Jika benarlah seperti yang dinyatakannya.... perghhh... lu orang fikirkanlah sendiri.... hahaha...

JANGAN SALAHKAN JPM SAHAJAPegawai JPM 2010-10-12 15:33
Kami pegawai-pegawai Kerajaan tidak kira di mana berada dan bekerja baik di JPM, JPA, MOT, MOH, APMM dan dimana-mana kementerian/jabatan/agensi sekali pun tidak berani bersuara atau menegur salahlaku pengurusan atasan seperti KSU, KPPA, ketua jabatan, setiausaha bahagian yang menjadi balaci politik seperti ini, apatah lagi menegur ahli potitik yang berkuasa seperti Perdana Menteri dan Menteri.

Jika kami berani menegur atau bersuara, silap-silap kami kena masuk POOL di JPA. Ini sudah pun berlaku mana-mana pegawai yang berani menentang arus perdana baik pegawai biasa baik JUSA akan segera diPOOLkan dan duduklah mereka di situ sampai pencen. Kalau rasa terhina atau malu eloklah mereka letak jawatan atau bersara pilihan. Inilah dilema kami pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat. Jangan salahkan kami di JPM. Sekian, pegawai P&P di JPM.
Ishhh... ishhh...ishhhh... power bangat kuasa mereka2 yang disebutkan yeaaaa... tak sedar diri ke... gaji diorang tu di bayar oleh siapa...??? Itulah bahananya kalau dah lama sangat berkuasa dan berada di tampok pemerintahan. Macam sialan haramjadah jer.... wa cakap luuuuu.....

Bersempena PRK Galas, kat bawah ni pula gua ulangsiar pengakuan Pejawat Awam dalam JASA yang pernah gua siarkan dulu... di sini.
"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100.

Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!

Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.

Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?

Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".
So... apa pandangan lu orang sekarang terhadap keraaaaaaajaan barisan najis nih.... gua dah malas nak cakap lagi dengan kepincangan dan kebobrokkan diorang... sejak tertubuhnya umno baru pada tahun 1985. Habis semua agensi/jabatan kerajaan di lacurkannya..., kalau tak ikut cakap diorang... natijahnya seperti di atas itulah...

Kalau lu orang masih tak percaya lagi... tanyalah nasib guru2, polis2 yang telah di tukarkan ke pendalaman... apa sebab mereka di tukarkan...????

hahaha..... kesian kat kakitangan/penjawat awam kan...., dah laaaa... gaji diorang semua di bayar dari hasil cukai Arak, Magnum, Toto, Damachai, Kasino Genting, Rokok, Pusat Hiburan dan sumber2 HARAM yang lain... macam yang spesies merican naina kutty pulau pinang fatwakan tu.... dah tu dipergunakan pulak demi kepentingan Parti umnoapco yahudi laknatullah....

Nauzubillah.....

3 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Thursday, October 14, 2010 1:01:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Salam Bro ISA
Petik dari komentar N3 Bro ISA
"Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO/PAS "
UMNO melayu/campur mamak/campur dayak / campur melayu PR Indon
PAS melayu berugama Islam
Pengarah perjawat awam ,Melayu + Mamak.
Bro ISA pun Melayu
Gua pun pendatang Melayu
Soalannya:- Apa yang Orang Melayu pandai? Pandai habiskan duit rakyat.Pandai menipu orang Melayu sendiri. Itu sahaja yang Melayu pandai.................

ISA Thursday, October 14, 2010 4:26:00 AM  

hj jamaludin,

Melayu pandai ciplak apa.... hahaha...

Anonymous,  Thursday, October 14, 2010 11:03:00 AM  

-Gertakan Jiwa Tempur-

Bila pemimpin menyatakan simpati, ia hanya di bibir, tak sampai ke hati.
Tak pernah difikirnya pasal kita ni, asyik fikir nak buat duit je.

(sebut pasal duit judi, nak pulang balik ke buku-buku teks dan kelengkapan pembelajaran dekat sekolah kerajaan tu, dengar kata, duit judi ada msuk dalam pembangunan pembelajaran. Berenti sekolah lah semua anak melayu kita)

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP