IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Inilah Hasilnya Setelah 53 Tahun.

>> Thursday, October 07, 2010

Pada Ramadhan dan awal Syawal yang lalu, saya berkesempatan untuk bersolat di beberapa buah masjid di seluruh Malaysia. Saya banyak 'travel' ke beberapa buah negeri untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Saya sempat singgah di beberapa buah masjid di tempat-tempat yang saya kunjungi untuk bersolat.

Secara keseluruhannya, saya agak 'takjub' dengan sikap yang ditonjolkan oleh jemaah beberapa masjid yang saya kunjungi. Berikut saya kongsikan pengalaman saya...

Bilal terlebih prihatin:
Ketika saya berjalan keluar dari sebuah masjid selepas solat asar, tiba-tiba saya sedar tangan saya dipegang dari belakang. Rupanya-rupanya, tangan saya dipegang oleh salah seorang bilal (tukang azan) masjid tersebut. Saya memberi salam kepadanya dan dia menjawab salam saya.

Dia kemudiannya bertanya, "Adik ni anak sapa?".Kebetulan pula, ayah saya juga baru keluar masjid jadi saya tunjukkan tangan saya kearah ayah saya.

"Adik kalau nak solat belakang imam kene tahu ganti imam tau?".

"Tau.. saya ada (pernah) jadi imam di masjid kat Johor", jawab saya.

"Adik solat jemaah bagus, tapi kalau boleh, pakai baju tangan panjang. Makruh pakai baju tangan pendek ni".

Terkejut saya dengar kata-kata itu. Sejak bila pulak makruh pakai baju tangan pendek. Setahu saya tiada nas yang menjelaskan perkara tersebut. Yang ada, hanyalah qias dari para ulama tentang melipatkan baju lengan panjang yang dikaitkan dengan hukum mengikat rambut ketika solat.

Niat bilal tadi mungkin baik namun bagi saya, adalah lebih baik jika teguran itu dibuat atas perkara-perkara yang bersifat jelas akan nasnya. Ini kerana teguran sebegini hanya akan menjadikan islam itu kaku. Teguran tentang perkara-perkara khilaf juga perlu dielakkan.

Jarak luar biasa:
Pernah satu kali saya datang bersolat di sebuah masjid. Ketika tiba di masjid tersebut, saya dapati solat Zohor baru sahaja hendak bermula dan para makmum sedang mengambil tempat. Alangkah terkejutnya saya melihat jarak diantara para makmum di dalam saf.

Setiap makmum mempunyai jarak kira-kira satu jengkal dengan makmum yang lain. Apabila saya tiba, saya merapatkan diri saya dengan makmum di sebelah saya. Ketika solat, saya dapat merasakan yang tindakan saya merapatkan badan dengan makmum di sebelah saya tidak disenanginya namun saya tidak mengendahkan akan hal tersebut kerana apa yang penting bagi saya terutamanya apabila melibatkan soal ibadah, adalah keredhaan Allah, bukannya keredhaan manusia. Sepatutnya, makmum solat dengan merapatkan bahu dan kakinya dengan makmum di sebelah.

Memulakan saf... dari kiri:
Suatu hari saya tiba di sebuah masjid untuk solat maghrib dan mendapati imam baru sahaja memulakan solat. Saf pertama telah penuh dan saf kedua telah dimulakan oleh beberapa orang makmum. Apa yang pelik ialah, saf dimulakan bukannya dari tengah (belakang imam) tetapi sebaliknya jauh di sebelah kiri berdekatan sebuah tiang. Siapa la yang ajar mereka ni memulakan saf dari kiri?

Ditegur kerana rapat:
Pada waktu yang lain pula, saya datang untuk solat berjemaah. Seperti biasa, saya akan merapatkan diri saya dengan makmum di sebelah. Kali ini, saya bersolat di sebelah bilal (tukang azan) masjid. Tiba-tiba, saya ditegur oleh bilal dengan nada yang agak kasar supaya saya menjarakkan diri saya daripadanya. Badan saya hanya bersentuhan (bukannya bertindih) dengan pak bilal namun dia seakan-akan marah dan mahu saya menjarakkan diri. Pelik bukan? Bukankah setiap kali sebelum solat imam kebiasaannya akan berkata, "Lurus dan rapatkan saf". Tentu seorang bilal tahu akan hal ini bukan?

Makmum tidak berani bergerak:
Ada dua kes yang pernah saya lihat di mana makmum kaku dan tidak bergerak terutamanya bila terdapat kekosongan di dalam saf. Kes pertama, apabila salah seorang makmum keluar saf kerana terbatal wuduk. Makmum di belakang makmum yang keluar tadi tidak berganjak untuk memenuhi saf. Makmum disebelahnya juga kaku dan tidak bergerak untuk merapatkan saf. Akhirnya, tinggallah ruang kosong di dalam saf tersebut sehinggalah solat jemaah tamat.

Dalam suatu kes yang lain pula, ia berlaku sebelum solat. Ketika makmum sedang mengambil tempat, saya dapati makmum di sebelah saya agak jauh dan memberitahunya supaya merapatkan dirinya dengan saya. Apa yang menyedihkan adalah, ada makmum yang tidak mengendahkan ajakan saya. Yang pelik dan kadangkala melucukan pula adalah, ada setengah makmum yang pura-pura bergerak merapati saya dengan menggerakkan badan dan kakinya namun setelah saya bersedia untuk takbir, makmum tersebut kembali menjarakkan diri.
------------------------------------ 

Kisah di atas adalah diantara beberapa peristiwa pelik yang saya temui ketika bersolat di masjid. Tujuan saya berkongsi kisah-kisah di atas bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun untuk menceritakan secara tidak langsung tentang kesilapan para makmum yang harus dibetulkan agar solat jemaah yang kita lakukan lebih sempurna.

Namun begitu jauh di sudut hati saya, perasan sedih menyelubungi diri memikirkan tentang tahap kefahaman agama dikalangan umat islam sekarang. Itu bagi mereka yang bersolat di masjid. Bagaimana pula mereka yang tidak bersolat di masjid atau yang tidak langsung bersolat? Bagaimanakah tahap kefahaman islam mereka?

Bagi saya, kesilapan yang dilakukan para makmum adalah kerana mereka kurangnya pengetahuan dan kefahaman agama. Jadi, apa yang lebih utama sekarang ialah untuk memberi pendidikan dan ilmu agama yang secukupnya agar generasi islam akan datang lebih faham tentang islam.

Ini bukan tugas ustaz atau ulama, ini tugas untuk semua orang islam yang mempunyai ilmu tentang agama islam. Sebarkanlah pengetahuan dan kefahaman islam kepada saudara-mara/jiran/rakan anda, namun pastikan apa yang disebarkan itu tepat agar masyarakat makin faham dan mendekati islam dengan betul.

Bagaimana mungkin orang bukan islam hendak faham akan islam jika orang islam sendiri keliru dengan islam?

Sumber : Email Yahoo Group

1 IkutSukaLu...::

Lang Thursday, October 07, 2010 5:53:00 PM  

salam bro,

sebab tu setan takut pada orang yg tidur tp berilmu dari org beribadat tapi jahil..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP