IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Harap Keturunan Mandaliar Faham..!!!!

>> Monday, October 04, 2010

Roslan, Ah Meng, dan Kirit bertekak sesama sendiri. Tidak tahu mana hujung pangkalnya kenapa mereka bertegang urat. Setahu aku mereka bertiga rakan sejati, bagai urat dan leher.

“Urat dan leher?” Soal Rhine.

“Kenapa, tidak boleh ke menggunakan perkataan tersebut?” Aku menyoal Rhine, wanita berdarah Melayu dan Perancis.

Pagi itu angin semilir menyapa lembut pipiku, serasa seperti belaian tangan ibu yang sudah lama tidak dirasa. Rhine menyela-nyela rambut perangnya. Matanya menjangkau jauh ke sekitar, aku perhatikan sahaja.

“Kau bukan Melayu!” Rhine memandang aku. Matanya yang tadi meliar ke sana-sini, kini tertancap ke arahku. Kenyataan aku itu sedikit lancang.

Muka Rhine merah, bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan.

“Kata-kata kau itu bagaikan ledakan bom yang memecahkan angkasa, engkau tahu!” Rhine bersuara.

“Ah, jangan bersandiwara dengan kata-kata itu Rhine. Engkau bukan Melayu, jadi usah bermain dengan bahasa. Hanya Melayu sahaja yang bisa bermain bahasa. Bahasa Melayu yang kau sebut itu, hak orang Melayu. Hanya Melayu sahaja yang berhak kepadanya.” Aku cuba menyemarakkan api kecil yang mula kelihatan. Peduli apa aku, aku mahu melihat bagaimana reaksinya.

Aku mahu melihat bagaimana reaksinya, bila aku menafikan haknya sebagai Melayu. Ya, dia Melayu, tapi aku sengaja.

Roslan, Ah Meng dan Kirit yang tadi bertegang urat mula bersalaman. Sudah berbaik aku rasakan. Ah..., persahabatan bagaikan musafir mencari Tuhan. Dalam pencarian pasti akan datang beribu pancaroba yang menggugat keimanan. Namun dalam pancaroba yang dahsyat itu, mereka tidak sekalipun berhenti dan berpatah hati sebagai sahabat.

Rhine masih tegak memaku didepanku. Aku merasa setiap patah perkataanku, bagaikan panahan busur-busur mata dan tikaman lidah keris menderanya.

“Aku Melayu! Aku takkan biarkan engkau menafikan hak aku. Tidak sesekali engkau boleh merampas hak aku. Aku tidak pernah mempersoalkan hak engkau, dan aku juga tidak pernah menyentuh hal yang sudah kita sama-sama akui. Jadi kenapa engkau mulakan?”

Ah! Rhine, begitu keras. Keras dengan pendiriannya. Aku pasti pendiriannya itu benar, dan aku akui. Ah! berapa ramai Melayu sepertinya, keras dan tegas dalam membela hak. Siapa kata aku mahu membangkitkan isu perkauman? Sarang tebuan jika tidak dijolok atau dikacau, tebuan-tebuan itu tidak akan menyerang. Dia tahu haknya, dan dia tahu akan hak orang disekelilingnya. Usah dikacau, usah diganggu, duduklah diam-diam.

Rhine menunggu respon dariku. Aku sekadar senyum. Aku Melayu juga Rhine, aku sekadar menguji. Aku tahu engkau Melayu, Melayu tulen walau engkau dihasilkan dari dua benih yang asing. Engkau Melayu, aku juga Melayu. Aku bicara lagi padamu Rhine, tebuan itu baik. Dia berkerja dengan pantas menghasilkan produknya, dia juga pandai menjaga diri, tapi usahlah engkau mengganggunya. Usahlah engkau menafikannya, pasti engkau akan disengat. Itu pesanku Rhine.

“Ya! Engkau Melayu. Perempuan Melayu terakhir Rhine.” Rhine senyum lebar bila aku memujinya. Manis senyumannya, lagi manis jika senyuman itu sentiasa disisi.

Rhine berlalu pergi, dia meninggalkan aku seorang diri dengan buku-buku yang berselerakan di meja. Ah! Rhine engkau istimewa.

Paradigma.


Jika watak Rhine ada juga darah melayu dan peranchis. Jika yang dalam gambar tu... ada ke walau setitik darah Melayu...???? Habis tu kenapa nak membuat onar dan memperbodohkan orang2 melayu....????

1 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Tuesday, October 05, 2010 12:03:00 AM  

kahkahkah nama di tag guna nama reezal..

nape tak guna NAINA? ataupun MERICAN?

kahakhakh malu la tu...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP