IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Berhati-Hati Dengan Kenyataan Najib.

>> Friday, October 01, 2010

Barisan Nasional secara jelas sudah menyedari mengenai kemungkinan mengalami kekalahan yang lebih besar dari pilihanraya umum ke 12 dalam Pilihanraya Umum akan datang. Bn khususnya Najib mula bercakap bagi pihak mereka yang punya kepentingan yang tidak mungkin menerima hakikat kemungkinan ini cukup besar terjadi. Ini ada logiknya kerana jika difikir mana mungkin adik Najib mampu tinggalkan kerusi empuk dalam CIMB yang menghasilkan pendapatan berjuta setahun begitu sahaja.

Dalam menterjemahkan kegusaran ini semalam Najib dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di Kuala Lumpur malam semalam berkata bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan BN boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat. Najib membayangkan keadaan huru hara dan seumpamanya.

Kenyataan Najib ini tidak boleh diambil mudah.

Sememangnya banyak persediaan telah dilakukan oleh Bn untuk menghadapi kemungkinan berdepan dengan kekalahan yang lebih besar dari PRU ke 12 yang lalu.

Perkasa contohnya bukan sebuah organisasi biasa ia dicipta secara terancang dan merupakan pemegang 'francais' bagi umno untuk menjalankan operasi menaikkan suhu perkauman. Umno tidak melakukan operasi ini sendiri kerana selepas PRU 12, mereka sedar jika Umno mainkan sendiri membakar api kaum maka Umno akan lebih ditolak, tetapi mereka sudah tidak punya banyak pilihan. Api perkauman harus dibakar untuk mengepung majoriti tapak sokongan Melayu. Malah Perkasa juga merupakan agen yang bakal menimbulkan huru - hara ketika keadaan memerlukan mereka melakukan perkara tersebut berdasarkan keputusan PRU akan datang yang amat genting bagi regim pemerintah.

Walaupun Umno cuba kelihatan berbeza dengan Perkasa tetapi bagi orang yang celik politik pasti mengetahui hakikat sebenarnya. Bayangkan mana mungkin kumpulan tanpa lindungan khas boleh mengepung majlis orang lain dengan melakukan provokasi bakar dan seumpamanya malah selepas itu mengugut tetapi tanpa tindakan polis regim pemerintah. Mereka mendapat perlindungan istimewa demi melaksanakan misi penting bagi pihak regim.

Sehubungan dengan itu rakyat khususnya rangkaian anak muda progresif seperti dalam Pakatan Rakyat harus dipersiapkan dengan kemungkinan tersebut.

sejarah membuktikan setiap kali tapak sokongan rejim terancam mereka akan kembali kepada garis perkauman tebal dan mencipta huru - hara. Ingat ketika regim terlepas menguasai Pilihanraya Kerajaan Tempatan mereka cipta huru hara dan haramkan pilihanraya tersebut.

CheguBard.

1 IkutSukaLu...::

Lang Saturday, October 02, 2010 2:21:00 AM  

salam bro,

bakal akan muncul mageran 2....

pelan perancangan bermula dari berahing ditendang keluar, menggunakan paspot palsu memasuki wilayah pas... setelah berjaya menyusup maka keluarlah dia dari wilayah dah mengistiharkan dia bukan spy... dalam masa yang sama fasa dua berjalan.... tubuhlah gerakan api.... api dari tuannya diguna untuk membakar apa saja yang menghalang laluan tuannya...

kalau api ini gagal membakar... sojar mageran mengambil tempat... dan kali ini lebih hebat dari pilem yang pertama kerana ada pelakon2nya diperingkat antarabangsa...

siapa hero mageran1... siapa pula hero mageran2... apakah perancangan manusia itu lebih baik dari perancangan penciptanya?

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP